January 31, 2011

Mereka dah Berbaek... ; )

    


Seri nie even anak yatim piatu, dier sangat aktif ke sana ke mari, selain tue dier juga kuceng yang sangat independent. Bila dah kenyang, dier cari aje tempat tersorok nak tido..but skang biler dah start baik dengan kami, dier dah pandai duk atas riba cari ruang nak dapatkan haba..nak tido dekat si MOMO mana mungkin coz masa tue si MOMO marah cam SINGA baru lepas beranak..dier mendengus macam nie...HAHHHHHH!!!!! (sambil menghembuskan udara sebanyak mungkin melalui mulot & lobang idungnye..)


 Namun setelah beberapa hari dier buat macam tue,  lelama dier bowink kut. Mungkin juga sakit mulut & hidung coz asyik semburkan udara busuk kat si Seri. Lagi satu, kalo dier marah dan fight camana sekalipun, si Seri x melawan, dier tunduk dan mengundur aje...so start situ si Momo dah rasa cam buang karan aje coz kemarahannya tidak berhasil. Nak lawan jugak xpadan coz Seri kecik lagi...


So... at last...

 


Diorang dah jadi kamceng skang nie, Momo dah lama bowink..asik-asik main ngan manusia macam si Ikah tue..nak jugak feel main dengan satu species nie....hmm...boleh tahan gak bestnya...tido sesama...main sesama....makan pun sesama...




Seri pun dah rela dipeluk Momo..moga sehat dan bahagialah selamanya...no more quarrels ok? Memang betul kata si Groundnut hari tue, lama-lama diorang akan kawan jugak..syukurlahh...cuma time gurau senda tue, si Momo aje asik jadi winner..tengok body la babe....



January 26, 2011

RiMauKu YanG KaCaKs..



Hmmm...kat sekolah nie kalo datang rasa stress ker sedehh ker Ikah mesti cari si Rimau nie..senang aje jumpe mamak nie, kalo tak kat kantin mesti tidur aje kat mana-mana ruang yang tersorok..tadi Ikah ajak dier masuk bilik lagi...bagi whiskas sket...pastu sekejap aje dah krohhhh..krohhh...kurang asam jawa betul taw..


 tengok tue, manja kan si Rimau nie..


okay bangunla jap...Ikah nak bergambar sama kamoo nie Rimau..manala taw kot-kot ada Rimau Betina kat luar sana yang berminat... alahhh..masamnya muka....badmood lah tue..orang kaco tido




Nak pegang misai sket leh takk...(tak sah main kucing kalo tak pegang misai)..Ikah xcabut okay..tue citer masa kecik-kecik dulu..




Hallaaaa...tido lagi....


Okay last..last....aduiihhh susah betul nak bergambar ngan Rimau nie kan kengkawan!

Majlis Perpisahan Ustaz Hasan....sedih!

Pihak SMUAZ hari nie menganjurkan majlis keraian guru-guru baru dan juga majlis perpisahan untuk 5 orang guru lama termasuk bekas Pengetua (mudir) Ustaz Hasan Mat Tamat. Majlis memang meriah dengan sambutan selawat serta persembahan nasyid oleh pihak sekolah. Lepas tue ucapan oleh bekas-bekas guru sekolah ini. Yang last sekali Ustaz Hasan yang berucap...bukan Ikah saja yang sedih, rupa-rupanya sebaik aje dijemput Mudir memang sangat sebak sehingga tidak mampu berkata-kata, saat itulah air mata Ikah laju menitis..rasa sayu dan sedih yang tak terucap dengan kata-kata..

Mudir Ustaz Hasan telah berkhidmat di SMUAZ selama 11 tahun dan kali nie ditukar ke sekolah yang lain pula. Ikah sedih coz pelbagai kisah tidak enak didengar di tempat baru beliau. Sehinggakan di akhir kalam beliau berharap agar tempat baru beliau semantap pengurusan di sekolah kami. Ikah dapat rasakan yang beliau mungkin agak kekok di tempat baru dengan corak pentadbiran dan pengurusan yang berbeza..

Selain itu sempat Ikah catat sedikit sebanyak amanat beliau. Menurut Mudir, terdapat 5S untuk diamalkan agar kita semua bahagia dan berjaya dunia akhirat:
  1. Sayangilah ibu bapa
  2. Sayangilah ilmu
  3. Sayangi guru kamu
  4. Sayangilah sekolah kamu
  5. Sayangi masa
Kalau ikutkan beliau perlu menghadiri sebuah program lain pada hari ini yang mana beliau telahpun membatalkannya kerana mahu ke majlis ini. Memang terharu dan sebak sangat. Secara personal, Ikah belum pernah sebak dan menangis berpisah dengan Majikan sebelum ini. Bagi Ikah beliaulah Boss dan beliaulah Ayah. Ceramah beliau tidak pernah menjemukan. Pemergian beliau ibarat permata yang hilang..Kali pertama dengar berita pertukaran beliau dulu Ikah selalu doakan dalam hati ia hanya rumors semata..namun kini telah menjadi kenyataan yang amat perit untuk diterima...

Rasa rindu dengan suara beliau, ketawa dan lawak beliau dan paling rindu ialah saat-saat berkhidmat dan berkerja bersama beliau..rasanya khidmat Ikah selaku S/U PMR last year belum begitu mantap, namun beliau jugalah yang telah naikkan khidmat Ikah selaku S/U Peperiksaan pula..rasanya khidmat tue belum dicurahkan, beliau dah kena pergi..memang sedih...! 
Walau apapun, insan yang berilmu, warak, baik hati budi dan alim seperti beliau akan mendapat doa yang berterusan daripada semua yang menyayangi beliau..Beliau tetap TERISTIMEWA dihati kami..
Semoga Mudir Ustaz Hasan sentiasa dalam rahmat Ilahi dan dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat...Amiiin ya Rabbal Alamiin...doaku selalu untukmu Mudir tersayang...  T_T



 Yang berbaju batik pink inilah Mudir..sowi pic tak clear




 New Mudir: Ustaz Mat Yaacob sebelah kiri bersama Ustaz Mi (PK 1)



 Nurul Azren, my friend..pun bertukar ke sekolah lain...will miss u babe!


besarnya present..!

January 23, 2011

Kisah Zaman Budak bersama Kucing dan Misainya

 

Ikah ingat entry kali nie just nak share dengan semua kawan-kawan tentang kucing dan misainya. Kalau sebut misai kucing aje mesti yang kita nampak dulu adalah sejenis pokok herba renek yang berkhasiat tue kan. (ada kat belakang umah Ikah nie..nak ker..?? hehe) Tapi yang Ikah maksudkan nie ialah misai yang betul-betul milik kucing tue taw. Pokok herba tue saja tiru nama cik meow-meow kita yang mana rupa yang sama..kalau tak bubuh kucing kat belakang tue bley tak..?? cakap jela misai herba ker, misai tumbuhan ker, pokok misai ker..nie minat jugak nak amik nama tucen..awak tue pokok..mana nak sama dengan I yang menatang nie....hehe marah taw..(tetiba). Haa..tengok from pic Abg Google nie..nak sama kan misai dorang..?



Actually dari sudut sains mahupun Islam, sudah tentu setiap kejadian Allah ini ada fungsinya. Ikah nak cakap dan nak bagi hujah lebih-lebih pun tak pandai ...cuma sekadar nak berkongsi pengalaman aje la. Kalo ada di kalangan blogger kita ahli veterinar alangkah best kalau dapat share ilmu misai milik kucing nie dengan lebih detail kan. 
Okay, tentang cerita nak dikongsi, alkisahnya Ikah dulu lahir-lahir aje di dunia nie, memang dah dikelilingi meow-meow. Nak kata mak suka kucing tak jugak, tapi perasaan simpati kat binatang ini melebihi segala. So nak dipendekkan citer, Ikah masa kecik-kecik dulu selain suka tarik ekor kucing, suka juga tarik misai dier...bukan ape, geram sangat..so hari-hari dah buat macam tue, nak dijadikan cerita misai si kucing tue pun tercabutla. Ganaz kan Ikah nie! Tapi Ikah cabut sehelai aje taw..Masa tue memang tak ada rasa bersalah langsung, yela mana kiter nak tahu perasaan si tucen tue tengah sakit ker, geli ker..cuma Ikah pikir masa tue, elokla dah tercabut misai dier, nanti tumbuhla yang cantik sket. Lagipun yang Ikah tarik tue misai yang bengkok macam kurang sihat..tue yang geram..


Tak cukup dengan kenakalan itu, Ikah tambah lagi satu kejahatan. Kali nie Ikah jumpe gunting plak, ape lagih, jeling kiri-kanan supaya abang, kakak, adik, mak & ayah tak nampak. (nak buat jahat tengok kiri kanan dulu..standard budak nakal). So dengan perasaan geram tak tertahan, lalu Ikah pown gunting la misai kucing tue rapat-rapat..misai nya masih ada, cuma dah jadi KUMIS!!..pendek ahhh jadinya...si tuceng tadi plak apasala menyerah diri..tak meronta-ronta nak gigit tangan ker hape..itu yang Ikah kesalkan sampai skang.

Then, nak tahu ape jadi...? Kucing malang tadi bangun dan berjalan terhoyong-hayang..sib baik tak langgar dinding..Mula-mula memang Ikah tak perasan..tapi paling Ikah perasan bila dier kurang aktif kejar ke sana ke mari. Itupun Ikah perasan coz dier macam majuk tak mahu main ngan Ikah lagi..lagi satu si tucen nie plak dah tak mahu kejar binatang lain yang lalu lalang kat umah masa tue macam tikus, lipas dan cicak..keadaan ini berterusan berhari-hari lamanya sehinggalah misai baru dier mulai panjang semula..dan kembali kacak..
Lepas kejadian tue memang Ikah tobat tak mahu aniaya camtue lagi..yelah masih budak masa tue, rasanya dalam 5 - 6 tahun kot...mak memang bising la jugak, sape gunting misai kucing nie??? senyappp..xder saper nak mengaku..standard arr tue, dan soalan itu baru terjawab di sini..hihihi.dasar budak baru sedar diri....

okay, so kesimpulannya kucing yang tidak mempunyai misai akan memberi kesan-kesan berikut:

  1. Kucing anda tidak mampu mengimbangkan badan dier semasa berdiri, berjalan mahupun berlari 
  2.  Deria penglihatan kucing menjadi lemah kerana tidak mampu mengagak jarak sesuatu objek dan tempat yang ingin dituju dengan tepat
  3. Kucing menjadi kurang aktif dan tidak meyerang, cuma berjalan dalam jarak yang dekat sahaja
  4. Banyak habiskan masa dengan makan dan tidur kerana seolah-olah kehilangan salah satu deria terpenting dalam dirinya dan menanti saat misainya sembuh untuk kembali aktif

Yang di atas tadi tu semua melalui eksperimen jahat yang tidak disengajakan yang telah Ikah lakukan semasa zaman kanak-kanak. So harap kezaliman ini tidak berlaku di kalangan mana-mana kucing di luar sana, baik yang terbuang mahupun yang dibela. Allah yang telah menjadikan misai yang panjang, kasar dan keras mencacak di kiri kanan pipi kucing ini memang ada fungsi yang tersendiri. Boleh jadi juga terdapat urat saraf dalam misai kucing ini menghubungkan sistem saraf seluruh badan hingga ke otak kucing..entahlah, nak ulas panjang-panjang bukan ahli vet, doktor haiwan jauh sekali...apa-apa pown, percayalah, kucing tak mungkin ENCEM-KIUT-KACAK-COMEL tanpa misainya..



p/s: Nama kucing mangsa eksperimen tue ialah SIMPUL dek kerana ekornya bersimpul macam siput! 
RIP my innocent SIMPUL ..




Sofiya..


There goes my second little daughter, Sofiya..and this is one of her most favourite shirt. Will wear this suit almost everyday..If they are still wet due to have just out from the washing machine, she's not bother to wait till it totally dry. So, we put them near the stand fan. Then she will keep on asking thousands time, 
"dah kering ker ma..??"



If we tune to Doraemon series, she's not the one who looks interested to watch till the end. Just to make sure that it was on TV, but yet she plays around..with boy's toys..



like this robot. Want to let them be in my dreams as well..

January 21, 2011

Alkisah Rimau



Sebelum nie Ikah dah ada entry tentang Rimau. Ala si tucen yang Ikah assume sebagai survivor tue lah. Si Rimau mampu hidup kat SMUAZ nie tak kira musim ape sekalipun. Sekolah cuti sebulan dua pun dier still survive, padahal kantin masa tue tidak beroperasi. Masa banjir aritue pown dier survive, Ikah pun xpasti mana dier sembunyi. Bagi Ikah dier lagi tahu selok belok sekolah nie compared to the students, teacher atau sesiapa saja.  


 

Nie masa Ikah jemput dier ke bilik...manja kan Rimau nie





 Ikah rasa dier asal jantan. Misai pown lebat..

Hari tue Ikah & Cikgu Siti bukan main lama bertekak pasal jantina si Rimau nie. Cikgu Siti cakap Rimau nie betina coz tak ada telur..memang arr takde , kami dah checked! Tapi Ikah nekad cakap actually Rimau nie jantan, tapi mungkin telah dimandulkan atas sebab-sebab tertentu. So that's why telur dier tak ada. Ikah bahas lagi, kalau betul dier betina mesti dier pernah beranak dan perut agak menggeleber selain puting susu yang kelihatan di bahagian dada dier. Si Rimau nie pulak puting susu pun ada yang hilang..kecik sangat kalo ada, diraba-raba pown tak jumpe taw..Cikgu Siti tergelak aje..hehe..tapi Ikah rasa hujah tue dah kukuh la..lagi satu sore menatang nie pown boleh tahan kasarnya..aww

 


 Oh Rimau, aku tetap nak cakap kamu nie asalnya jantan kan..kan kan kan?






January 20, 2011

Keperluan Mendaki Gunung

 Antara kenangan terindah dalam hidup Ikah ialah semasa bergelar student UIA and be one of the members dalam kelab paling world  (bagi Ikah laaa) di UIA tika itew. Itulah dier Adventure and Recreational Club or aka ARC. Well, I'd join the club since I was in matric. I thought somewhere in 1998. So you know la how old I am today kan.. T_T. Inilah the only club yang paling COOL dan MACHO pada waktu itu..Members boleh tahan ramai but not all of us able to join the activities together. Mountain climbing adalah paling HOT di pasaran, asik-asik panjat gunung. Itu ajelah keje we all every weekend. Memang suke perabis duit 
PTPTIPU PTPTN dan mak bapak tika itue. Tak reti-reti cari fulus sendiri..dasar students xsedar diri...hihihi

Okey, let's usha apa yang Ikah ingat all the MUST BRING stuff to the mountains.

  1. Haversack paling ada kelas, brand KARRIMOR. Jenis-jenis lain we all reject..poyo kan.  (I never buy this valuable stuff, pinjam orang punye aje keje aku...remember, I was student at that time oke)


2. Sleeping bag..kalo dah masuk utan yang kene bermalam tue sah-sahla kena tido kan. Sejuk angin 
hutan + gunung xyah cakap ahh...
(this one I bought taw, brand Karrimor gak, tapi bila dah grad, then I started to realized that I lent it to somebody that never return it back to me...wakaf ler jawabnye..)




3. Rubber mate. Sila beli Karrimor jugak yea..tahan lasak . Rubber mate ni pattern nya lembut, so letak berbatu, berakar or berpasir tetap selesa. Biasa we all buat alas sejadah masa solat. Ikah punye pown ilang gak this one, but if I not mistaken, there was my name written behind taw ..(Ikah Punyer)..so again dah wakafkan..maybe today dah jadi kain buroks..



4. Lantern -pic nie agak modern, zaman we all dulu yang biasa-biasa aje, but still menerangi alam di waktu malam..



5- Parang. Kepada jejaka macho yang minat daki gunung di luar sana sila bawa senjata ini. Penting kalo meredah hutan..iyelah, kot-kot jalan dah tertutup ker, nak pasang khemah & banyak lagi kegunaanya.. Brothers ARC masa tue kalo tertinggal senjata nie pasti mengeluh panjang macam hilang aweks..hihi

 6. Mineral water. You can bring small bottle for your personal use, but kalo dah divide in some groups, brothers should be the one to carry on their back! Biasanya 5 litres is a must especially tempat yang sukar nak dapatkan air macam ke puncak. Penting xyah cakap ahh....
 7. Hiking boots. Never wear jogging shoes to climb. Banyak choice kat kedai kasut, pilihla yang selesa dan berkualiti oke.

 8. Inilah namanya groundsheet. Satu lagi kita ada flying sheet. Semuanya useful bila dah sampai kat campsite, important untuk dijadikan khemah di mana ration semua dikumpul, kita duduk ramai-ramai bawah khemah tue, alas tempat memasak, solat, dan yang paling penting berteduh time hujan 



9. Ration. Entah, dorang panggil ration, I ikut ajer taw. Actually it refers to main food. We had once heard other climbers used to bring Maggi, sardin and bread. It never happen in ARC. We all bawak naik beras, gandum, mihun, ayam (goreng siap-siap), ikan bilis dll. Semuanya in a measured amount siap dengan menu makan (bekpas+lunch+dinner+supper). Masak jelah pasti dimakan..I never been selected to be a chef in my group..sedey taw xpandai masak nih. (talking about the past, not today okeh!)


 10. Khemah, tapi kami panggil dome. Bentuk dier tue lah..biasa dome ni for the sisters la. It's the place for us to sleep, berehat, & apa saja yang patut..



11. Tali. Pentingla kalo masa pasang flying sheet & lain-lain kegunaan.


12. Stove. Nak masak arr apelagi. Perkakas memasak jangan dilupa taw-periuk, kuali-sudip-senduk & segala yang ringan dan memberi ruang, sila bawa






13. Torchlight - bawakla sorang satu, xperlu share setakat torch light nie..Just beware untuk kegunaan waktu malam, kot-kot kene "jale male"...but still useful for you to poopoo at night...bukan sembarangan tempat oke..



14. First aid kit. Kerana kecederaan boleh berlaku di mana sahaja. Sila bawa kalo nak selamat.

Lain-lain keperluan ada lagi tapi up to you la tue macam pakaian yang mencukupi-stoking-gloves-ada yang bawak payung-keperluan mandi-berus gigi-towel-shower-axion-dll yang logik dan sukahatikamulabarangkamusilabawasendiri..hihihi


p/s: kalo ada lagi sila tambah sendiri ...
semua pic from Mr.Google. Thanks to him. I will scan my own pic soon








Makan Free...

Semalam kami para cikgu-cikgi, ustaz-ustazah dijemput menjamu selera..best gak awal-awal tahun camnih dapat makan free..nasi lak tue, biasanya dapat undangan makan ujung-ujung tahun coz sekolah nak start cuti panjang..kali nie budak Form 6 tahun 2010 yang jemput kami..and the food just delicious as usual. Diorang order food nie kat restoron tersohor from pic kat bawah nie (source: Abg Google) ...


x lain x bukan, Restoran Nasi Ulam Kg. Kraftangan or aka Restoran Cikgu Nasi Ulam
kalo non Kelantanese nak try, adala kat KB tue
(source: Abg Google)



uor students have no choice, brought the ordered food to SMUAZ canteen
Memang totally ulam..feberet semua..



ada ulam mentah, tapi banyak yang dicelur..lebih lembut dan delicious



pastu ada ikan patin asam pedas, ikan keli & ayam goreng serta sayur lemak



oh yea, budu xbley miss oke, sekali ngan chillies + tempoyak (fermented durian)



kat ujung sinun ada juga kerabu mangga
eh, tengok si keli tue cam idup jer kan..hik hik!



wah sambil makan sambil borak yea..emmm cedap cedapp


thanks to them, pendek kata memang shedapp lahh!

January 18, 2011

Budin Hilang...Sri pula Datang...

Rasa rindu sangat kat Budin...ala ...yang ada 6 jari tue lah..hari tue dua hari turut-turut dia datang umah..tapi pelik gak, dier memang singgah untuk tidur sepenuhnya. Dia x layan langsung whiskas kering dan wetfood yang dihidang..memang datang nak tidur. Sebab tue Ikah gelar dier Budin yang pemalas. Yang pelik satu lagi, dier asal datang aje, time Maghrib. Pastu mengiaw-ngiaw manja kat kaki. Suka main sondol-sondol. Nak tidur pun memilih taw..tempat empuk aje..lepas balik umah mak ari tue dier terus tak datang..majuk kowt. Dier memang betul-betul tumpang tidur, tak membuang apa-apa pun, seawal azan Subuh, dier mengiaw mintak izin nak kuar, so Ikah bukak ajela pintu, dier pown jantan, pandai jaga diri kut..skang dier dah tak datang lagi...uhuk..uhuk..windu sangat...moga Allah selamatkan perjalanan dier..amiin


inilah Budin...hidung besar dan panjang...hobi: TIDO




Ini pula Seri..actually Ikah pun xjangka dapat si tecit nie..yatim piatu lak tue..jumpe masa kat pasar Melor KB, masa tue suara dier nyaring seluas alam, bawah terik matahari, sedang mengekori seoarang makcik yang lalu lalang kat tengah jalan. Kebetulan Ikah ada kat situ..memang nyaris nak kena langgar kereta..



ambik aje si tecit nie, terus senyap tak bunyi sore...letak kat seat kete..mana suara kuat tadi? dah ilang. Maybe dier rasa dah selamat. Ikah try gaks cari mak ker ayah dier kat sekeliling...memang takder..dier ditinggalkan sekor-sekor..jantung si Seri berdegup kencang..


bawak balik umah...cool aje bawah meja makan..bagi wetfood whiskas....dier makan lahap sampai kepenatan dan kekenyangan..




Budak Seri bermata biru..mak bapak kamu mesti lawa kan...



rasa ngantuk cam nak tido aje...



okay...let me sleep first..I really tired looking for people that can bring me home..I lost both my parents...pity me..




bulu so far bersih aje..perut agak muncit...usia begini kena take care, maybe ada kecacingan



I like the small and cute ears...feel like to bite them all..huhu!



Sofiya pown geram gak kat Seri..




okay...take my photo, later Mum will buy DSLR version, okay. So no more blur pic!



I love to play around



Sleeps soundly.

Momo ape cerr??!! Of course she got really angry. I hate stranger, katanya. Budin hari tue oke aje? Budin lain, dier Jantan. Yang nie sama species.