Showing posts with label sUkA SuKi. Show all posts
Showing posts with label sUkA SuKi. Show all posts

February 11, 2014

Para Wanita & Isteri Sahaja ^_^


Salam semua..lama dah tak bukak belog ni..maklum saja sibuk menyelaraskan aktiviti ko-kurikulum semenjak dua menjak ni. MI tetiba je jadi bidan terjun dalam bidang ko kat SMUAABJ nih..hukhukhuk..rasa nak nangis aje.

MI baca beberapa post kat Facebook semalam dan jumpa beberapa post yang rasanya rugi kalau tak diambil kata-katanya. MI bab ayat jiwang dan kretip ni lemah sungguh, sebab tu MI kena banyak membaca. Nak kasi ilmu dan ingatan itu sentiasa tajam di minda. 


Kata-kata petikan kat bawah ni sangat bermakna dan cukup puitis. Hebat sungguh si penulis. Kata-kata semangat buat seorang wanita, ibu dan perempuan.


******



1- "Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah...bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang"







2- Wanita itu memang hebat..


Photo: Kuatnya seorang wanita










Peace!

April 19, 2013

February 24, 2013

Air Terjun Yang Membeku di China


Subhanallah..



Air mencurah berhenti kerana cuaca sejuk melampau


nak gi jugak bleh






Fenomena air terjun membeku ini berlaku di hadapan Reservoir Empangan Longchuang, Zaozhuang City, Shandong Province China Timur. Air yang menyimbah Empangan Takungan Longchuang telah membeku apabila suhu jatuh dan bertukar menjadi air terjun ais.

*****
Beberapa minggu lepas MI terlihat imbasan berita ini di TV3, memang terkejut melihat fenomena aneh sebegini..yelah, kita kat mesia ni mana nak rasa seme ni..bagi yang memandang bukan melihat akan kagum & terkasima..tapi cubalah kita melihat dengan mata hati..semua ini tidak mungkin berlaku dengan kuasa Allah bukan?

Air terjun yang sedang turun perlahan-lahan membeku sedikit demi sedikit..ini  petanda kebesaran Allah. Kita tidak mungkin tahu mereka juga bertasbih dengan cara tersendiri..semuanya memuji-muji keagungan Allah.


Jom perhatikan dalam Al-Quran:

 “Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1


“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Jumu’ah : Ayat 1


“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41



**********

jom bertasbih!

Lagu Untuk Mereka Yang Kecewa Berchinta ^_^


Lirik Lagu Aku Yang Tersakiti – Judika

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


****
Tiba-tiba entry orang jiwang-juwang..hikss.. Ohye..bukan itu maksudnya..tapi indah pula lagu yang bersifat doa sebegini kan..memang sesuai bangat untuk mereka yang berputus kasih di tengah jalan..hikhik..selalu org yg putus cinta suke lepas kemarahan dlm lagu..yg ni laen sket..memangla sedih, namun pada masa yang sama titipkan doa.....oohh sungguh sweet!


***setelah digugel..inilah dia si judika  ..=_=

and once again, from indonesia.. 


February 20, 2013

Menguji Kesabaran.... Mouth Ulcer




Entry yang sakit okeh. It is REALLY hurt. And annoying..huhuh.. Sejak kecik sampai besar penyakit nih tetap menyerang. Tak pasti berapa ramai yang senasib dengan MI dalam hal ni, tapi percayalah...sakittttttt sangat. Sakit yang tersembunyi yang tak diketahui semua orang coz sakitnya dalam mulut, selagi kita tak bagitahu dengan orang sekeliling, maka dorang tak tahu.. selepas menggugel..ni yang MI jumpek..hik..hik so true. Kekadang kene kat lidah, kekadang kat gusi, kekadang satu tempat, kekadang 2 tempat, kekadang dah sembuh satu tempat, pastu kene plak tempat lain..huhu sabar jer.. :)



Lau nak tau banyak lagi facts & pics kat SINI. MI ingat petua my mom masa sekolah2 dulu suh sapu ngan garam..wehooo..sakit tak hengat beb..mak senyum aje, tapi betul, baik kejap aje, tak sampai sehari dah hilang sakitnya. Tapi kalau nak guna balik petua tu, memang pikir 4juta kali coz tak tahan blehla nak samakan cam melalui operation tanpa ubat bius..hehe..bleh..) 
Dalam my family, 3 beradik yang ada prob nih, yang lain elok aje MI nengok, takde penah2 pulak kene..nyampah (takpuasati =_=) . Kak Za, MI dan adik bongsu MI, Hisyam.

Penyakit ni membawa seksaan pada we all pada tiap kali:

1-berkumur, gosok gigi.
2-terkena sentuhan dari luar 
(sekitar pipi, dagu, bibir even dengan tangan sendiri)
3-mahu mengunyah makanan 
(takde nak kunyah2, telan terus..huhuh)
4-nak berkomunikasi (cakap bila perlu ajer)



Punca masalah

( I knew this fact some times ago, but still can't cope with!!) so nak salah sapa? salah diri sendiri okess..

1-kurang air dalam badan (minumlah air masak banyak-banyaksss)
2-kurang makan sayur (huhuh..dah taw)
3-kurang makan buah (da makan, tapi jadik gak ulcer..:(
4-menggosok gigi dengan cara yang kasar 





Nak merawat?..Huhuh..bukan senang nak baek penyakit nih..banyaknya kena sabar jek..pengalaman MI sendiri yang berbelas tahun dah kena sakit benda alah ni, hampir semua jenis ubatan kat farmasi & klinik dah try, tapi still amik masa nak sembuh, kekadang dalam 5 hari dah sembuh, kekadang 2 minggu, banyaknya berminggu-minggu. Ada sekali dua tu dalam sebulan jugakla, coz dah sembuh satu, naik lagi dua..huuu..

Ni yang latest, baru jap tadi MI consult ngan doc Azmi, dia bagi ubat nie.. :) Tak pastilah nie cmana hasilnya..harap2 superb lah..!


**************



Kalo direnung semula, sakit ni sebenarnya BESAR hikmahnya..antaranya
 (true fact okes)

1-Allah nak MI jaga mulut-menjaga tutur kata dengan semua orang
2-cakap benda perlu aje (yang penting)
3-kurangkan ketawa yang melalaikan
4-Allah nak kita sepanjang masa mengingatinya-bertasbih, bertahmid, beristighfar, bertahlil, berselawat.
5-bersabar
6-berdoa
7-bermuhasabah




October 08, 2012

Gaya Bebas

Lately busy yang amat sangat.. nak jaga kelas lagi...perah otak untuk program Kem Pelajar SPM tahun ni lagi..kelas part time MI sendiri pun belum terurus sepenuhnya...hmmm bestnya cikgu cikgi Form 3 ...bila exam bermula maka semua buku dah boleh tutup rapi...huihuihui...MI ni kena jaga anak-anak murid tersayang hingga ke akhir tahun...sabar aje...janji kerja ikhlas kerana Allah, nak harapkan manusia faham memang tak faham, nak harapkan balasan manusia memang tak dapat..walau apapun kita serahkan sebulat-bulatnya kepada ALLAH SWT... 



Tengah tension..stress rasa lega leh tengok anak tido mcm nih..



















atau benda hidup macam nie...tenung mata dier..konpem tenang..



September 21, 2012

Raya@SMUAZ Part 1

salam semua... MI nak update sket pic yg MI sempat bersama-sama beloved students kat sekolah MI. So heppi bila MI dpt bergambar dgn students F5 yang akan menduduki SPM xlama lagi...






Tingkatan 5 Bukhari 2012




with the girls of 5B


Ciki-cikgi...



Birthday Syahid







Makan time




ini Sipi.. (Zulshuhaifi) aka "CP" (sedap kalo dengar dier mengaji Quran pagi-pagi...)

September 08, 2012

Mode Busy Begins

 Salam semua...xpasti nak start mcmmana, tapi yg MI tahu, zaman busy MI akan bermula sebaik saja MI dapat apa yg MI apply past few months... 1st degree MI dulu UIA, kalu bleh mmg nak dgn UIA aje coz dah kenal lama peel perangai UIA, tp disebabkan jarak, masa, tempat, semuanya terpaksa MI pertimbangkan dan akhirnya MI pilih UUM utk Master.. segan pun ada, bukan apa, usia sudah mencecah 30an baru terfikir balik nak further study...

MI dpt offer letter ni 2 weeks ago, syukur alhamdulillah..mudahnya Allah buatkan hati MI riang gumbira.. cuma satu part yang xbest ialah sebolehnya MI nak tukar prog nie kepada ELT (English Language Teaching)..sesuai dgn bidang kerjaya MI sebagai guru Bahasa Inggeris..tapi offer itu hanya di K.Terengganu, itupun by January next year disebabkan kurang calon yang memohon.....apa nak buat ek..memang kena teruskan istikharah sehingga MI betul-betul yakin. So far, untuk tukar prog pihak UUM minta student complete dulu 1 sem & bayar processing fee RM200. Ttg payment & complete 1 sem tu not big matter sgt..yang MI risau prog tue MI tak berpeluang sampai ke sudah. Coz Dr.Latif yang MI jumpa kat IPG baru nie ada adv MI ulang alik ke UUM (Kedah) aje every weekend....*!@#$%%^&*pengsan!






MI amik part time...huhuh...xsabar aje rasa nak study dan tamatkan course nihh...



UUM ohhh....ohhhh 



 lepas register tue we all dapat backpack ni...canteq kan...mmg leh muat laptop & segala jenis file yg u all nak bubuh.. tang ni mmg MI salute sungguh UUM, bijak ..sgt bijak




pelagih...jom study...oh yea, bab kata DR. Latif, cgpa paling min 3.7 okehhhh GDLUCK utk diri sendiri..!


April 07, 2012

cerita FeLT





Baru-baru nie MI ada attend satu course jahitan. Felt craft namanya. Course ni anjuran owner blog As. Blog dia mmg kurang update tapi agak aktif di FB. So sesape berminat blehla contact dan search dia kat FB ek. Jahitan felt skang ni sangat famous dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan peminatnya yang tersendiri yang biasanya di kalangan pelajar sekolah, ladies dan remaja khususnya. Masa course tue MI belajar beberapa seni jahitan seperti jelujur, back stitch dan insang pari. Di situ juga MI kenal beberapa "komponen" key chain. Seni felt sangat mengasyikkan kalau minat, dan selain itu otak peminat seni ini akan menjadi kreatif dengan sendirinya seperti mencipta beberapa lakaran comel, karakter kartun, dan hiasan yang indah-indah. Pendek kata seni felt sememangnya mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pengusaha yang serius menjadikannya satu bisnes yang menguntungkan. Cuma setakat ini MI jadikannya satu hobi waktu kelapangan. Selamat berjaya kepada yang berminat!


 



 Rasa cam dah saantekkk...lantaklah.



My not-so-good felt craft!...malunya...!






Antara design yang ada di sana
 


 Antara peserta yang hadir selain MI


Sungguh Khusyu'









 Semua tak sabar nak tengok hasil kreativiti sendiri



 Emmm...cantek gak





Tuan penganjur ada bela kucing...MI sempat snap..semuanya chomel & manja..
 


 Muka mahal tak mo senyum



 Yang ini pon..




Yang ini manja, tapi sukar didekati...comel sangat..



Ni wajah dekat dia...muah muah...!



p/s: bleh search seni felt kat google, ada yang kreatif seperti ibu ini
dan kalo nak dapatkan segala bahan membuat key chain, brooch dll bleh usha kat sini- SUS

April 04, 2012

HaTiKu MiLikMu...huhuhu...LaLaLa...



Salam semua...kali ini MI rasa nak jiwang karat-karut sket... Rasa macam nak share penghayatan lagu Hatiku Milikmu ni...ntahla kenapa..tapi mcm besh syangat...esp lepas nengok Cinte Elysa aritu...hmm...rasa nak jadi Fasya jap... kan chomel pakai tudung..


HATIKU MILIKMU

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
  Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

September 21, 2011

1 of My DrEaMs !

 
I got a lot of dreams in my head.  One of them is to get here, Pulau Nami, Korea Selatan... I never know when I will get there. Maybe never?!!! No. No. I will try to fulfill one of those dreams. I will try, sooner or later or maybe when I get pretty older..huhu.. It's not impossible to get there, Air Asia kan ader..OurTony Fernandes would be proud to help me then!

Okay, dahla tue, but these pictures which I got from Mr.Google will talk for you. It explains millions words why I should reach there.

Well, the pic above is sooooo adorable kan. Musim suam-suam sejuk tak silap Ikah!





 Ini musim bunga...rasa nak geget2 bunga kuning nie bleh..




Pelagih...musim sojuk arrr... bestnye..I nak duk situ dengan my children





Musim luruh penuh warna-warni...





Musim panas ... :D





So sweet kann...




Selain kisah Winter Sonata yang cukup mengujakan, Malaysia pun tidak ketinggalan amik kesempatan ini untuk kenang-kenangan,..terus Ikah bayangkan Elly Mazlein yang comel tue watak Ikah..huhu...saja nak feel pegi Korea sama Mawi & Ekin...wek wek..



Ini pula drama yang pecah tv hari tue...Ikah x pernah tengok walau satu episod pun..coz masa tue zaman study kat uia...xsuke arr nak pegi tv room...citer beratus episod camni nak komitmen..and I really do not have such strength!! Dengar citer member cukup ahhh...

Tapi couple Korean ni sweet aje kan..nak perasan la kejap jadi dorang...


OK OK..cukuplah tue, just wanna share 1 of my million dreams on earth!! Harapnya tercapailah satu hari nanti.. Takkan melompat Pulau Nami dikejar...