February 29, 2012

Jack lagi..

Kisahnya masa Jack datang umah MI hari tue waktu asar, di hujung minggu plak. (Jumaat) So lepas selesai solat, MI call KBVC kat Kota Bharu (Tunjung), katanya dah tutup, tapi staff dia quite kind, dia bagi contact no satu lagi cawangan kat Machang, quite near dengan my parent's house. Tapi actually kedua-dua klinik haiwan ni, both at KB and Machang lebih kurang sama aje jaraknya dari umah MI tinggal ni, KL (Kok Lanas), around 18 km la juga. Bukan senang nak cari klinik haiwan kat Kelantan nie, tak banyak macam kat negeri lain. Dah dapat contact num staff in charge (bukan doc vet), dia kata lagi 10 minit nak tutup..hadui...memang cian sungguh kat Jack. So nak tak nak MI try treat sendiri. Memang tak pro macam PM, yang segala ubat + jarum ada kat umah. Bila dah tak sempat ke vet, MI pegi kedai cari wet food 3-4 bungkus. Ubat-ubatan memang tak ade. Kalo ader sekalipun, memang MI tak taw macam mana nak bagi ker suap ker, sapu dll. Kalo tengok keadaan mulut dier memang sudah herot. MI rasa macam rahang dier patah. Lidah dier terjulur keluar. Seolah-olah dah tak boleh masukkan semula ke tempat asal. Bila bagi wet food whiskas junior, memang dier makan habis sampai licin. So MI assume nie perkembangan yang baik coz at least Jack can eat. So InsyaAllah he will recover soon. Lepas makan, cecair yang meleleh di mulut tue memang tak berhenti menitis. Lepas tue bagi dier minum air. Sekejap aje bekas air tue kotor coz bercampur dengan cecair dari tempat mulut yang cedera tue. Dier pun macam dah tak boleh urus diri sendiri. So semua paper yang MI alas kat cage tue kotor. Separuh mulut sebelah bawah pipi kiri dier dah buruk. Jack memang dah tak boleh nak tutup mulut dier sendiri dah. Mata plak berair..Ya Allah..tolongla agar segalanya dimudahkan. MI berdoa dalam hati. Then, MI amik kain dan beberapa helai tisu, MI lapkan mulutnya yang comot kerana wet food yang dimakan tadi bercampur pula dengan cecair yang menitis tak berhenti-henti dari mulut dier. Risau jugak kot-kot dier menepis marah atau sakit. Tapi nasib baik dier kelihatan "pasrah". Banyak helai tisu jugak habis. At least kat mulut aje yang cedera teruk, bahagian badan, kaki, tangan, ekor so far nampak ok. Then masa usap-usap kepala dier MI dapat rasa macam tempurung kepala dier bengkak dan berketul. Tak reti nak explain kat sini. But masa usap tue, bahagian yang berketul tue macam ikut sekali. MI panik jugak, kot-kot tempurung kepala pecah ke ape. Then malam tue bagi sebungkus lagi wet food, pun dier makan dengan lahap macam ada mendengus pun ye coz mulut takleh tutup kan. Namun cecair yang menitis tempat cedera tue tetap tak berenti keluar. Lepas abis makan+lap mulut +air mata dier, MI cakap-cakap sket dengan dier. Suh dier tidur lena malam tue, esok pagi nak bawak pegi jumpe vet. Dier cam dengar kata aje, terus tidor berdengkur. Hehe. Cage tue kat luar umah, malam tue dalam 11pm, MI rasa tak sedap ati, pegi intai dier jap. Lampu tak terang sangat, MI nampak memang dier tidur, tapi kurang nyenyak. Rupa-rupanya si Jack nie dihurung nyamuk yang banyak sangat. Berpuluh-puluh ekor. Semua pakat gigit tempat cedera yang terdedah tue, selain hidung dan telinga Jack, memang kesian sangat. Air mata still kuar lagi. T_T. MI terus cari ubat nyamuk (lingkaran Shieldtox-iklan jap), dengan harapan semua nyamuk tue lari. Sib baik still simpan ubat nyamuk nie, padahal beli tahun bila tah, ada jugak gunanya. Letak jauh sket dari cage, coz kuat sangat bau asap dier. Alhamdulillah baru bleh tidur lena. Sambung next entry.





     

    

February 27, 2012

Kisah Sedih Jack


Just look at those pictures. I had this story for already 3 weeks. It's issue of time and Internet Service Provider (ISP) at my place to delay such story.


Jack belongs to "Mr.Nobody". I really had no idea what happened to him
 


Jack entered our back door -went into the kitchen- of course looking for food.


Then my children cried to help him. We gave him some wet food. Alhamdulillah Jack ate them all. He was really hungry.

Something happen at his mouth. I think he was crying as I put him into the cage. I could see some tears dropped from his eyes (smelly liquid from his mouth as well). What on earth happen to Jack?

I knew you hurt much my dear. Don't worry. I promised to help you, Jack.
 
 
 
 
p/s: Jumpe lagi next entry

The Latest Apple of My Eye


Ada kata hidungnya kembang..           








Ramai juga kata yang ini gelap sikit warnanya..                                                                



One of her small hands......Whatever it is....she's now my apple of my eye..
Syeema shows how she cares human





 Almost 3 months, love to give billion smiles a day.




 
 How complete my life to hold you each day





 Thanks Allah for giving Zahraa to my life





 Just suddenly remember how my mother kissed her little children those early days...I really don't mind to kiss her back this much !


   I knew Syeema a loving person (I mean cat)            
Si hidung merah!

February 22, 2012

Syeema yang Istimewa



Jom kita tengok matanya yang unik..sebelah biru..sebelah lagi hijo..

 

Asalnya juga kucing terbiar..merimaskan peniaga kedai-kedai makan..
So Mr.Zack bawak balik umah..mentang-mentang dia kenal wife dier nie giler kucing..dia mintak jaga...hmmmmmh..whatever.. 


Kehadirannya memang merimaskan si MOMO..tapi kami anak beranak tetap suker dier..

 

 Kami "bubuh" nama Syeema..memang dier kucing betina..



Ini Momo yang mula tunjuk rasa tidak puas ati





 Tapi Syeema tetap cool. Dia tahu kehadirannya tak selalunya digemari ramai


  
Kata orang-orang tua, kucing kalau lain jantina boleh hidup serumah, kalo dah sama jantina gaduhla jawabnya..



Dan kata-kata itu memang benar.

 Tapi MI paksa berkawan jugak..MoMo cam besa, bolayan





 Momo tetap jual dengan harga yang tinggi



Syeema cukup agresif pada mulanya. Mengiau kuat tak hengat (lapar), dah kenyang manja yang amat, suka bergurau senda. Kalo xder sapa nak melayan, dier mainla sorang-sorang..


Memang kesian masa hari first Syeema masuk umah kitorang, bila dah bagi food kasi dier makan, dier jilat bulu di badannya. Then MI nak sapu umah sket, amik penyapu (xkan sapu umah ngan tgn kan), si Syeema ni pulak bergegas lari menyelamatkan diri macam dalam ketakutan. Barulah dapat tahu si Syeema ni actually dah biasa kena batang penyapu, sampai kita nak sapu rumah pun dier still ingat kita nak pukul dier. Memang sedih sangat. Rupanya dier dah terbiasa dengan batang penyapu...





p/s: kalo bagi makan walau sepinggan pun, xpenahnya licin dimakan. So tidak rugi bagi mereka makan. Perut kucing tidak sebesar nafsu makan seorang manusia

Birthday Papa in February

 Baru-baru ni birthday papa. Dia x minat sgt org celebrate..but my children x habis-habis pujuk belikan cake. So memang x ader sambutan. Memang betul-betul makan cake! No invitation, no present!   



 So far, cake itu memang delicious. Just bought at nearest bakery..hihi




Sesi suap menyuap






 Zahraa pun wish happy birthday jugak