MI ingat nak share
sedikit sebanyak tentang tips presentation yang terBAEK. InsyaAllah, kumpul
sedikit sebanyak pengalaman masa diploma, degree dan skang master. Rasa cam ada
jer yang kena improve. Tapi bagi MI la, untuk menjadi presenter terbaik bukan
senang, perlu merasa beberapa kali presentation sebelum ini dan belajar drpd
kesilapan lalu.
Selagi anda bergelar
pelajar, memang perbentangan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Zaman
IT skang pula memerlukan kita semakin kreatif dengan menggunakan Power Point
bukan lagi kertas mahjong atau papan tulis. Lepas alam universiti, alam kerjaya
pun banyak juga yang memerlukan soft skill sebegini bila berhadapan dengan
client, customer dll. Namun focus MI hanya untuk pelajar okes..
Bagi MI, pengalaman
paling memeritkan ialah pertama kali present masa zaman matrik uia dulu. Memang
takde pilihan coz lecturer nak individual presentation, masa tu memang tak
tentu arah, nervous gabra gementar tak tentu arah semua ada. Namun bila dah
melalui beberapa siri presentation, lama-lama kita menjadi semakin matang dan
bersedia.
Walau apapun, bagi
MI penglibatan pelajar dalam kelas perlu diberi pendedahan seawal sekolah
menengah lagi. Ini merupakan salah satu faktor terpenting yang mampu memberi
suntikan semangat kepada mereka. Bila dah memasuki alam kolej, university dan
yang sewaktu dengannya, sekurang-kurangnya tidakla kekok sangat coz mereka
telah mengalaminya di alam persekolahan.
Di sini selaku guru
juga, MI menyeru agar guru-guru lain lebih kreatif kaedah P&P nya yang
sering mendahulukan penglibatan pelajar di dalam kelas. Pengajaran bukan sahaja
semakin menarik, malah lebih berkesan sehingga mampu meninggalkan pengalaman manis
kepada para pelajar.
Di sini MI share
banyak keping gambar anak-anak murid MI yang batch SPM 2012 semasa kem SPM
mereka tahun lepas di Sri Nipah Resort. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan,
memang hebat belaka. Ada kalanya kita jadi kagum sendiri melihat betapa
hebatnya mereka apabila berkata-kata di hadapan khalayak ramai. Di sinilah kita
dapat menilai tahap ilmu, mentality dan kekuatan jiwa seseorang semasa
presentation. Memang benarlah kata pujangga “ucapan seseorang melambangkan
keperibadiannya”.
Okay, antara tips yang
MI nak kongsi ialah:
1. Preparation-buatlah persediaan dari A-Z. Kalo berkumpulan biarla
diskus sampai betul2 puas hati,sapa yang akan mula dulu, point apa yang akan
disebutkan oleh rakan2 dan teliti semula dari awal hingga akhir. Last sekali,
kalo masih ada masa cubalah buat rehearsal secara ringkas (kalau boleh anggap
real) supaya tiada point penting yang tertinggal.
2. Co-operation –sekiranya presentation
anda dalam kumpulan, setiap member perlu beri kerjasama, bukan sekadar
mendengar, berilah pendapat, kongsi apa yang anda tahu selain berusaha
menjadikan kumpulan anda adalah yang terbaik.
3-Language-gunalah
bahasa yang mudah, maksudnya tidak terlalu bombastic. Takde maknanya bila kita
buat persembahan di depan tetapi audience semuanya berkerut kening coz tak paham. Objektif tak sampai, markah
presentation mungkin tak banyak coz mesej kita tak sampai..huhuh kesian taw.
3. Eye Contact - Yang ini memang penting, kalo tak kena tempat memang
nervous tak hengat. Anggap semua audience itu adalah sahabat karib anda yang
sentiasa menyokong, bukannya orang asing. Selain itu cuba sekali-sekala pandang
lecturer (pemberi markah), bila dah dapat sedikit keyakinan, pandanglah
keseluruhan audience (bukan seorang dua yang dikenali saja). Kalo nervous
jugak, ada petua menyatakan pandang dahi mereka, bukan mata.
5. Body Language-Bahasa
badan hendaklah sentiasa positif. Berdiri tegap dan cuba dapatkan postur
badan yang selesa dan menyakinkan. Jangan berpeluk tubuh, menghayun tangan
tidak tentu arah, menyeluk saku, bercekak pinggang atau apa-apa tabiat tangan
yang tidak sesuai. Anda akan tahu dengan sendiri bagaimana menggunakan tangan
semasa menyampaikan point dengan gerakan yang sesuai dan difahami. Selain itu mimic
muka perlu juga sesuai bukannya tunjuk muka ketat (stress), moody dan yg
sewaktu dengannya.
6. Appearance-sapa
kata pemakaian tidak penting, kalo semua students pakaian uniform seragam, ok
fine. Tapi kalo dah kat u, biarlah kemas dan warna yang sesuai
7. Confidence-
Ini sangat penting. Uolls perlu yakinkan diri bahawa apa yang akan uoll
sampaikan nanti sangat penting, malah lecturer sendiri belum tentu tahu dan
aware dengan research atau kajian yang telah uoll lakukan. Jadi cara
penyampaian perlulah berkesan dan buktikan yang uolls telah cuba sedaya upaya
memberi persembahan yang terbaik.
6. Introduction, body and conclusion. Memberi ucapan atau menyampaikan
persembahan individu mahupun berkumpulan untuk carry mark course samalah
seperti buat karangan/essay. Ada permulaan, isi kandungan dan penutup. Setiap
lokasi ini sebolehnya curilah telinga audience uoll dengan sesuatu yang boleh
menjadi memori. Jika menarik, ia mungkin menjadi trademark diri anda. Uoll yang
berfikiran kreatif mungkin mampu menyelitkannya dengan cerita ringkas, humor ungkapan
/ frasa yang catchy, hadis, potongan ayat suci al-Qur’an, pantun yang direka
sendiri dan sebagainya yang boleh meninggalkan audience dalam keadaan senyum
kerana puas hati atau dalam bentuk persoalan yang menguji minda
Selain
itu, beberapa tips lain ialah:
-Setelah
sehabis daya berusaha membuat persiapan, maka berdoalah..kerana tanpa bantuan
Allah, kita menjadi lemah.
- Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan
kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.
-Tenangkan diri sendiri dengan berselawat, beristighfar dan sedikit
senaman ringan kerana sedikit sebanyak mampu mengawal tekanan darah yang
gemuruh.
-Cuba bersedia dengan apa jua bentuk soalan kerana anda mungkin disoal
macam-macam selain sahabat-sahabat yang suka mengusik persembahan anda.
- Jangan sesekali beritahu ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu
sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda (ini nasihat daripada lecturer MI sendiri)
-Jangan menghafal setiap patah isi kandungan persembahan yang
akan disampaikan, ini mendatangkan masalah yang lebih parah. Cukup sekadar point dan huraian spontan sepertimana yang telah dibincangkan dalam kumpulan.
-Jangan biarkan emosi
negative menguasai minda.Pemikiran positif akan memberi keyakinan dan kepuasan
untuk diri anda seterusnya menyampaikan aura tersebut kepada seluruh audience
anda termasuk pensyarah / guru anda. Selamat mencuba yer!