Salam semua, pada awal tahun 2014
ini MI telahpun bertukar sekolah di sebuah sekolah yang lebih kecil dikenali
sebagai SMUAABJ dan bilangan pelajarnya tidak begitu ramai, sikit aje, sekitar
230 orang sahaja. Maklum saja, memang begini situasi sekolah-sekolah agama di
Kelantan di bawah pentadbiran YIK (Yayasan Islam Kelantan). Setiap sekolah
agama ni mempunyai pelajar yang tersendiri dengan pentadbiran yang unik dan
menarik. Kalau SMUAZ sebelum ini agak ramaila, hampir 600 orang pelajar.
Tentang pertukaran itu memang sedihla nak tinggalkan SMUAZ, yelah banyak sangat
kenangan pahit manis tersimpul rapi di sana.
Tapi oleh kerana pertukaran ini MI yang pohon
sendiri, maka MI perlu bersedia segala baik buruk yang akan dihadapi nanti. MI
yakin, selagi kita bergantung harap kepada Allah, maka kita tak akan kecewa.
Ok, Khamis lepas kami meraikan
majlis “Maulidur Rasul” dan disertai sekali dengan majlis perpisahan bekas
pengetua dan seorang guru lelaki dari SMUAABJ. Ustaz Fitri bin Umar (bekas
pengetua) dan Cikgu Faisal (guru Sains) disambut dengan bunga manggar dan
paluan kompang. Sederhana tapi istimewa.
Memandang wajah Ustaz Fitri yang
berseri-seri, MI yakin ilmu ustaz ni cukup tinggi dan mempunyai keperibadian
yang cukup mulia. Daripada ucapannya saja, memang tepat apa yang MI anggap
sebentar tadi. MI cukup kagum dan hormat insan seperti ini, semoga Allah
merahmatinya.
Berkenaan majlis perpisahan ini,
Mudir kami yang baru sekarang (Ustaz Hashim) pinta agar majlis ini dianggap
majlis penghijrahan, maksudnya kita berpisah untuk sesuatu yang lebih baik. Dan
MI cukup setuju dengan kata-kata beliau.
ini budak kompang
Sebelah kiri Ustaz Fitri, dan kanan Cikgu Faisal
Beberapa point ucapan yang menarik telah melekat di kepala MI ialah daripada Ustaz Fitri, katanya:
a)Kalau belajar, biar sampai pandai
b)Ada akhlak, biarlah akhlak terpuji
c)Kalau berjaya, biarlah memanfaatkan orang lain
Ringkas, tapi cukup padat. Rasanya ungkapan sebegini telah diucap berulangkali kepada pelajar-pelajar sekolah ni, coz masa Ustaz Fitri tengah sebut, dah ramai pelajar menyambung bait-bait katanya. Sangat impressed!
*****
Selamat maju jaya buat MI sendiri yang baru ke SMUAABJ. Semoga Allah sentiasa bersamaku. Aminn
Sakam uolls. Well, seperti biasa ada 2 subjects yang we all belajar setiap sem dan kali ni kami belajar:
a) Teaching English Through Literature (Mr.Ravindran)
&
b) Phonetics and Phonology (Dr.Anne)
Oleh kerana degree MI satu ketika dahulu ialah bidang yang sangat jauh berbeza daripada Applied Linguistic ni, memang tak dinafikan rasa sungguh janggal dengan bidang bahasa ni. Terasa sangat susah dengan phonetics symbol, articulary phonetics dan segala bagai itu. Tapi one part yang terasa best ialah bab kebisingan dan huru hara iteww. Yelah, we all banyak belajar correct pronunciation dan macam mana sesuatu perkataan / bAHASA English ini terhasil dari mulut kita, we all banyak kena utter and sound the word. Hmmm..masa practice benda alah ni dalam kelas baru terasa banyak yang kita dah salah pronounce sejak sekolah rendah lagi taww..huhu camana nak jadi pendidik kalo camnih..skang sikit sebanyak dah tahu..another new knowledge to learn.
Okay, kat sini MI copy sedikit note semasa 1st kelas hari tue, rajin membaca maka quiz nanti leh jawab dengan senang hati yeww..
1. What is phonetics?
a) the
study of speech sounds / the physical description of the actual sounds that we
make.
Example:
Look
at the words
TUCK STUCK CUT DUCK
-The
first three words containing the letter ‘t’ and you might say that they sound
the same.
-
and the last word (DUCK) begins with a letter ‘d’ which you might say is
different from the letter ‘t’.
-
But when we look at the physical property of the sound
‘t’ in TUCK, STUCK and CUT, there is a slight difference.
a)
‘TUCK’ – the letter ‘t’ is accompanied by an audible out rush of air (a little
huh sound) and this is known as aspiration.
b)
‘STUCK’ – there is no out rush of air (you can test by putting your hand in
front of your mouth when saying those words) and can sound almost like DUCK if
we omit the ‘s’.
c)
‘CUT’ – the ‘t’ is different, it may not involve any opening of the mouth,
maybe accompanied or replace by a stoppage of air in the throat – glottal stop.
-
And when we look
at the ‘t’ and ‘d’ sounds, they are produced in:
a
SIMILAR MANNER
a)
we raise the front part of the tongue to the bony ridge (alveolar ridge) behind
the upper teeth to form a blockage to the passage of air out of the mouth.
But DIFFERENTLY in the vocal cords
(Adam’s apple)
b)
in which the vocal cords will vibrate when we say ‘d’ (voiced) and do not
vibrate when we say ‘t’.
b)
A phonetician usually works in one or more of the following areas:
-
Physiological phonetics (the anatomical, neurological and physiological bases
of speech)
-
Articulatory phonetics (the actions and movements of the speech organs in
producing sounds)
-
Acoustics phonetics (the nature and acoustics of the sound waves which transmit speech)
-
Auditory phonetics (how speech is received by the ears)
-
Perceptual phonetics (how speech is perceived by the brain)
-
Forensic phonetics (applications of knowledge on phonetics in legal cases ex: speaker
identification and the analysis of recorded utterance)
Hari ni actually 2nd meeting and Dr.Anne forgot to bring her speaker, so sempatla MI jumpa vid ni yang tersangatla bestnya awek British ni menggunakan accent dari sana. British menggunakan Bahasa Inggeris standard yang diiktiraf seluruh dunia, memang untungla mereka yang belajar or kerja kat sana..huhu (nak jugak nak jugak!) Ada beberapa lagi video yang best, tapi tengok yang ni satu memang awesome, dahla chomel dak nih.
p/s: nak repeat balik tengok Harry Potter 1-6 (British accent)
*****
teringat balik betapa comel sungguh Daniel Radcliff masa filem 1st-3rd tuh..dah naik umur remaja semakin berubah, tapi tetap hensem & Emma Watson kekal jelita..
Tahun ni Sya cukup excited coz her younger sister, Sofiya, mula masuk Darjah Satu, di sekolah yang sama pula tu..dua-duanya tak sabar-sabar nak ke sekolah. Sya seronok akan ada adik sendiri di sekolah,macam kawan-kawan dia yang lain, yelah, perasaan ada adik di sekolah yang sama pasti seronok. Banyak perkara boleh dikongsi bersama. Sofiya, paling seronok mestilah part serba baru, Papa dah beli uniform, kasut baru, alat tulis baru, dan banyak lagilah...semua serba baru.
MI akur kehendak mereka awal ke sekolah, so, seawal 7.15am kedua-dua beradik ini telah terpacak di pagar sekolah..semuanya berjalan lancar. Dalam hati MI tak putus-putus doakan Sofiya yang baru mengenali alam persekolahan, maklumlah, kawan-kawan baru, suasana baru dan segalanya buat MI tak senang duduk. Macam-macam terlintas di fikiran, risau dia tak jumpa tandas la, duit poket dikebas budak nakal la, rebah kat longkang la, kena marah guru, sesat tak jumpa kelas dan byk lagilah yang negatif bermain di fikiran. Doa MI semoga dia sentiasa gembira dan selamat. Tentang Sya tak risau sangat, maklum sajalah, dah Darjah 4 kan...semua dah boleh urus sendiri... jadi doa ingatan MI buat Sya diakui agak terbatas..
Ditakdirkan rekod MI ambil semula anak-anak pulang dari sekolah cukup buruk. I reached almost by 2pm instead of 12.45. Banyak sangat hal yang tak dapat dielakkan, but Allah had listened to my doa...dan inila keadaan Sofiya, she just soooo excited with her new text books, with smiling faces, and her shining eyes. Memang nampak keterujaannya itu walaupun agak comot sedikit.
But when it comes to Sya, when she arrives later, she had this crying face.
So I keep asking why my dear, you are crying?!!
And guess what, it was because she's keep worrying of her own younger sister. Macam-macam yang difikirkannya semasa di dalam kelas..sampai menitik air mata. I'm soooo impressed..a caring sister as well. So nice..!!
MI tetap cool, pujuk pula Sya..dia sangat serius menangis sehingga teresak-esak kerana risau Sofiya hilang arah tuju..itu cukup menyedihkan hati nalurinya.
******
Peristiwa ini berlarutan selama tiga hari, Sya menangis di saat Mamanya masih risaukan Sofiya...Sebelum masuk hari keempat, akhirnya Sya datang, ke arah MI, dia minta / pohon doa MI.. sayu sungguh rasanya. Katanya macam ni: "Mama, doakan kakak esok dan seterusnya agar kakak tidak lagi menangis kat sekolah teringatkan adik, atau bimbangkan dia, kakak tak boleh belajar."
**********
Kata-kata kakak buat MI tersentak, memang salahku.
aku sebagai ibu, kenapa hanya doakan yang lemah, yang kuat juga perlukan doa ibu. Doa ibu doa mustajab, sekali terlintas di fikiran ia hampir menjadi pasti...Jelas doa ibu Allah dengari, ayuh banyakkan doa.
MI jarang sangat makan kat luar kecuali terpaksa atau atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan seperti kerana kursus atau ada program lain di luar. MI lagi enjoy masak sendiri dan seronok ahli keluarga makan hasil masakan MI, tak kirala sedap ke tak, yang penting bersih dan berkhasiat.
Segala jenis resepi ada di hujung jari, just google and you'll find it! So takde alasan tak pandai masak lagi..kalo tak sedap sebab tersilap cara atau sukatan aje dan itu masih bleh improve bit by bit kan.
Kat bawah ni MI ambil kira kalo setiap kali melangkah ke kedai makan atau restoran. Terpulang kalo nak kata cerewet bagai, tapi sensitiviti seperti ini memang MI selalu ambil pusing coz yang makan itu kita. Teringat sorang ustaz masa sekolah menengah dulu selalu cakap mcm ni kat we all: "kita adalah apa yang kita makan", dan omputih pula tak abis-abis dengan quotenya "Good food is the foundation of genuine happiness"
Okay antara tips mengunjungi kedai makan ialah:
1-cuba perhatikan pelayan kedai makan atau tuan kedai sendiri,
terjaga tak syariat berpakaian terutamanya perempuan. Apabila ternyata ketat sendat dan tidak menutup aurat dengan sempurna apalagi tidak bertudung, maka saya memilih untuk segera meninggalkan restoran itu. Ini terang-terang petanda yang tidak baik namun cukup menggembirakan bagi kaum lelaki.
2-cuba lihat pula ada tak lelaki dan perempuan yang sopan makan di kedai tu, kalau tak sopan mesti mudah nampak,cuba cari yang sopan. Contohnya sebuah keluarga yang menutup aurat atau sekurang-kurangnya lelaki yang berkopiah. Ini pemandangan yang menggembirakan. Senyum. :)
3-Jika masuk waktu azan, buat-buat tanya ada surau tak. Cuba masuk dan nilai tahap kebersihannya dan perhatikan staff restoran yang meninggalkan kerja dan menunaikan solat. Sebolehnya elakkan solat kat kedai makan, lagi baik solat di masjid atau surau.
4-Adab sopan staff atau pekerja selalu menjadi perhatian pelanggan; MI sensitif dengan staff yang gelak tak hengat dunia (sesama mereka), bergurau senda tak kena tempat, bercakap terlalu kuat, kedekut senyuman, layan endah tak endah, terlebih mesra (cakap terlalu banyak walaupun baru kenal menyebabkan kita kekok dll yang negatif.
5-Pekerja yang merokok-yang ni paling awal saya reject, lebih-lebih lagi rokok di hujung jari sambil mengira baki pelanggan. (uwekkk...nak muntah kat situ jugak)
6-Premis kotor-sampah sarap sana sini yang tak sempat dibersihkan
7-sistem pengudaraan yang bersih dan tempat yang tidak terlalu bising sampai nak cakap dengan orang sebelah pun tak dengar. Tempat sebegini wajar dijauhi, bagi MI keenakan menu yang dihidangkan tak dapat dinikmati sepenuhnya.
8-speaker/sistem audio yang dipasang terlalu kuat dan saluran yang dipilih tidak mengganggu pengunjung dengan lagu hip-hop yang boleh menyebabkan jantung terkeluar. Nak senang pasanglah ikimfm atau radio negeri masing-masing..kannn
7-Ada kucing kotor / kurap takpe, janji tuan kedai bagi makan kat diorang tanpa menganggu pelanggan di kerusi atau bawah meja apalagi atas meja..
ada beberapa lagi tips yang MI pilih, tapi dah lupa. Nantila MI update lagi lau ingat. Yang penting MI nak kongsi satu lagi doa best setiap kali kita makan kat luar dsbnya. Doa ini mampu mengelak sihir (InsyaAllah atas kehendak Allah) tidak kira di mana jua kita makan atau minum. Dulu-dulu sejak sekolah lagi MI amalkan doa ini tanpa tahu apa kelebihannya kerana salah satu doa sekolah sebelum kelas bermula, rupa-rupanya ia mampu mengelak sihir dan sebrang gangguan syaitan. Ada dalm koleksi al-maksurat dan al manzil
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في
السماءوهوالسميع العليم
“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
Assalamualaikum..masa MI tengah update ni awal pagi, semua tengah tidur. Kat luar rumah pula hujan lebat dari malam tadi..tak tahula air naik ke tak. Memang sejuk tak hengat.
Ni MI nak share some photo shoot yang MI sempat capture rumah my mum suatu petang pada hari yang banjir 2 tahun lepas (2012), pada 2013 yang lepas langsung tak naik air, cuma parit depan rumah ni penuh laa..
ok layannn..
Laluan utama yang dipenuhi air
Ayah mula sibuk membina batas dengan guni
masa ni my cam masih cantik, kalo snap "close-up" dia jadi camnih, nampak titisan hujan yang turun
musim banjir begini kanak-kanak lah yang paling gumbira
Sya, Sofiya dan sepupu sepapat, Husna, Zafri dan Imran.