February 23, 2014

Gelagat Chinta-Chinta Hati

Pada suatu petang yang cerah, kami suke-sukhi mengadakan siri photoshoot yang tidak seberapa ini...


Sofiya aka "adik"


 Kakak aka Sya


Bersama wau kesayangan- Ben10



Kami mesra dan banyak juga bertelagah..huhu


tetiba ada terselit si kecil


 okay

 dia nak conquer cam

 haa...suka sangat




 bertiga ker berseorang lebih baik....?!

 rupanya suka posing dak kecik nih


 happynye dier..

 selipar tu kalo tak bertukar memang bukan Zahraa


 hikhik



tetiba rasa nak lompat...haaaa  ambk 




February 19, 2014

Motto Sekolah Kami.. -INGAT Pesan Guru!




Kali pertama melangkah kaki ke sini... (SMUAABJ)...
..motto ini cukup menarik perhatian MI. 
Ianya lengkap dan penuh makna, lebih-lebih lagi loghat negeri Kelantan yang digunakan. Bunting ini digantung di depan astaka sekolah. Ini kata-kata yang tertera di atasnya:



-ngaji kena besungguh (belajarlah bersungguh-sungguh)
-peranga kena comey (akhlak biar terpuji)
-perikso kena dapat cemerlang (peperiksaan biar berjaya)
-halal haram kena cakno (cakna)
-dosa pahala kena cakno
-jange derhaka pada ibu bapa




di sini...kebanyakan pelajar lelakinya cukup innocent lagi pemalu



manakala pelajar perempuan pula sopan akhlaknya...mudah-mudahan begitu.. positif di tempat baru...hu hu



************

INSYA ALLAH bahagia dunia akhirat.


Getting to know Rizuan- my new son ^_^

Salam semua..what a hectic week we had!.. Biasala awal-awal tahun dan bulan, maka setiap cikgu dan pelajar hampir tiada ruang yang betul-betul kosong...semuanya full. Tak lain tak bukan aktiviti ko-kurikulum yang sungguh rancak seawal January hingga April sepertimana sedia maklum...

So, MI sempatla melatih dua pelajar ni untuk memorize script English oration mereka untuk peringkat Zon E. Memang less than 1 week. Rasanya 4 hari sahaja dorang ni berpeluang menghafal. Itupun setiap petang latihan ko (juga untuk Zon E) yang tak boleh diabaikan. MI sendiri pun huru hara dengan jadual latihan sukan dan susunan program sukan dan ilmiah. Belum lagi program Bahasa Arab yang juga diarahkan berjalan lancar di bawah program ko-kurikulum..MI tak nafikan memang haru di bawah pentadbiran MI yang masih sebulan jagung memegang jawatan Setiausaha Kokurikulum kali ini...Mahu pohon jutaan kemaafan...



di sebalik haru biru itu...


alhamdulillah..syukur kepada Allah, Rizuan berjaya mendapat Naib Johan.
ada hasil juga kami ke SMUA Al-Hasaniah Pangkal Jenerih ini..


walaupun Emma gagal meraih perhatian juri....




yang sememangnya kelihatan sangat serius sepanjang competition berlangsung...


namun Rizuan selaku peserta ke 13, (di mana semua penonton tengah mula bosan)....beliau tampil cool and steady dengan tutur kata yang cukup teratur dan jelas..syukurlah!



"err...tiba-tiba lupa next point..."


Syukurlah dapat juga number - MI dah agak dari awal, at least num 3!


Manakala calon menantu ini memang we all satu dewan dah agak, inilah johannya. Dahla muka comel, putih bersih, pelajar Maahad Tahfiz rupanya...so, no wonder (that's y I said calon menantu)**hahah tetiba!


Winner 1st place bagi perempuan ini juga sepertimana yang MI jangkakan! Memang awesome, walaupun berpurdah. Kepetahannya mencuri hati semua. Tahniah!


Berfoto kenang-kenangan dengan Mudir tuan rumah- Ustaz Mazlelee, seorang yang baik hati selain kelakar & cepat mesra (friendly). 


*******

I'm missing my ex-student, Ridhwan and Allah replace it with Rizuan.
Nice knowing you Rizuan and may Allah bless you.






p/s: nanti sempat MI update pula minggu pesko (pesta sukan sekolah) at my new school!

February 11, 2014

Para Wanita & Isteri Sahaja ^_^


Salam semua..lama dah tak bukak belog ni..maklum saja sibuk menyelaraskan aktiviti ko-kurikulum semenjak dua menjak ni. MI tetiba je jadi bidan terjun dalam bidang ko kat SMUAABJ nih..hukhukhuk..rasa nak nangis aje.

MI baca beberapa post kat Facebook semalam dan jumpa beberapa post yang rasanya rugi kalau tak diambil kata-katanya. MI bab ayat jiwang dan kretip ni lemah sungguh, sebab tu MI kena banyak membaca. Nak kasi ilmu dan ingatan itu sentiasa tajam di minda. 


Kata-kata petikan kat bawah ni sangat bermakna dan cukup puitis. Hebat sungguh si penulis. Kata-kata semangat buat seorang wanita, ibu dan perempuan.


******



1- "Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah...bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang"







2- Wanita itu memang hebat..


Photo: Kuatnya seorang wanita










Peace!