November 11, 2015

Mengenangkanmu bisa buat mataku berkaca...



Salam sayang buat semua...
Hari ini hari yang sayu...asyik-asyik terkenangkan ibu di kampung..begitu jugalah agaknya perasaan anak-anakku saatku berjauhan agaknya...
Ya Tuhan..benar..mengenangkan ibu dengan jasa-jasanya buat mataku kabur dan berair. Tiada lain kupinta, sudah cukup Engkau ampunkan apa jua dosa-dosanya di muka bumi ini sepanjang hayat beliau..

Ini titipan indah yang buat ku sebak... seolah-olah inilah apayang ibuku mahu sampaikan semasa dia masih gagah... T_T

dapat dari sini: aliyfaizal.blogspot.my



Anakku yang tercinta…

Suatu hari nanti anakku akan melihat Ibu sudah tua, dan tingkah laku Ibu sudah tidak masuk akal lagi.

Ketika itu, ibu berharap anakku mau memberi sedikit waktu dan sedikit kesabaran untuk memahami ibu.

Ketika tangan ibu bergetar sehingga makanan yang tadi ibu genggam berjatuhan diatas ibu, dan ketika ibu sudah tidak mampu memakai pakaian dengan sendiri, ibu berharap anakku mau bersabar denga tingkah dan ulah ibu. Ingatlah beberapa tahun yang lalu ibu mengajarmu apa yang ibu tidak mampu melakukannya hari ini.

Apabila ibu sudah tidak elok dipandang dengan bau yang sudah tidak wangi lagi. Jangan salahkan Ibu, dan ingatlah usaha2 ibu suatu ketika dulu mengurusmu agar terlihat tampan serta bau harum.

Jangan ketawakan Ibu apabila anakku melihat kejahilan dan ketidak fahaman Ibu mengenai memahami generasimu, tetapi jadilah mata dan akal Ibu agar ibu dapat susuli pelajaran2 yang sudah terlepas. Ibulah yang mengajarmu beradab dan Ibu juga yang mengajarmu bagaimana mengharungi kehidupan, jadi patutkah engkau wahai anakku hari ini mengajar Ibu mana yang baik dan mana yang tidak baik?!!

Jangan merasa bosan disebabkan ingatan Ibu yang sudah tidak tajam dan pertuturan serta pemikiran Ibu yang lambat ketika berbicara denganmu, karena kegembiraan Ibu sekarang ini hanya berbicara denganmu!!! Hanya satu yang ibu pinta darimu, tolong bantu selesaikan keperluan-keperluan Ibu, selebihnya biar Ibu yang selesaikan karena Ibu masih tau apa yang Ibu perlukan!!

Ketika kedua kaki ini sudah tidak mampu membawa ibu ketempat yg Ibu kehendaki, berlemah lembutlah dengan Ibu dan ingatlah ketika anakku kecil, Ibu selalu memegang tanganmu agar kamu bisa berjalan, maka janganlah malu untuk membantu ibu berjalan di usia Ibu sekarang ini, karena disuatu hari nanti kamu akan mencari orang yang dapat menolongmu berjalan.

Dalam usia Ibu yang sekarang ini, ketahuilah cita-cita untuk hidup lebih lama lagi sudah tidak sepertimu wahai anakku, Ibu hanya menanti kematian, dari itu bersamalah dengan Ibu dan janganlah menjauh dari Ibu.

Ketika anakku ingat akan kesalahan-kesalahan yang pernah Ibu lakukan terhadapmu, ketahuilah bahwa ketika itu yang ibu inginkan adalah kepentinganmu, dan sebaik-baik apa yang anakku buat untuk Ibu disaat ini, berdoalah agar Allah mengampuni segala dosa Ibu dan berdoa agar Ibu memperolehi dariNya perlindungan. Begitu juga semoga anakku diampuni dosanya dan diberi perlindunganNya.

Sampai saat ini tawa dan candamu membuat Ibu gembira seperti sedia kala, oleh itu janganlah ambil kesempatan ini wahai anakku, karena yang Ibu inginkan hanya bersamamu.

September 22, 2015

Nombor Telefon KBVC dan cawangan seluruh Kelantan


Salam sayang buat semua especially animal lovers. MI dah lama bebenar tak hupdate blog. Maaf sesangat buat semua mereka yang bertanya. MI rasa bersalah bila tak mampu membalas komen dan email pencinta kucing yang bertanyakan nombor untuk dihubungi di sekitar Kota Bharu.  Okay, kat sini MI snap biz card Dr Che Azila dan cawangan-cawangan seluruh Kelantan. Semoga dapat membantu kalian yang tercari-cari:



Dr. Che Azila agak accessible, tiada masalah sangat nak dapatkan khidmatnya coz dia bagi number handphone terus.  Menurut staf kat situ, kediamannya dan KBVC area Tunjong tu dah tak jauh. Belakang tu aje. Correct me if I was wrong.

Number nya: 012 928 3950





No. Telefon cawangan-cawangan KBVC lain:


1. Kota Bharu : 09-743 9352
2. Tunjong:- sorry sudah blur T_T
3. Pasir Mas: 012-928 7950
4. Machang: 017-9752974
5. Kuala Lumpur: 012-928 7950
6. Gua Musang: 012-928 3950


Kata KBVC:


" kami merawat semua haiwan"

March 30, 2015

Sebak...mandikan ibu..




Assalamualaikum..

huhuhh..lama betul MI tinggalkan blog ni..sibbaik still boleh login...sibuk tak blehblah..sebenarnya kalau seminggu lebih tinggalkan blog, memang xde canla nak update..jadi terbiasa..padan muka aku..

okay..MI ingat nak share pengalaman MI bergelar anak kepada parents MI..selagi boleh share MI akan share. Kali ini Allah menguji MI dan semua adik beradik dengan memiliki ibu yang semakin lemah ingatannya, istilahnya nyanyuk..atau penyakit Alzheimer. Kami semua dah redha dengan ujian ini..walau apapun selalu my brother said, kenanglah ibu kita di saat sihat dan cergasnya dulu yang berupaya membesarkan kami dengan jayanya. 


Kalau ikutkan hati yang jahat, selalu nak persoal; kenapa mak aku macam ni, kenapa ibu orang lain yang lebih berusia masih gagah ingatannya, masih hebat masakannya, masih kelakar lawaknya? Ini ujian...Allah nak bagi kita pahala berbakti kepada orang tua. Selalu kata-kata semangat ini keluar daripada mulut orang yang terdekat dengan kami...saudara mara dan sahabat handai..malah jiran-jiran.

sebaik aje MI dapat ditukarkan ke sekolah berdekatan dengan rumah parents..MI mula mempelajari kesan-kesan sikap pelupa ibu dalam kehidupan sehariannya. Hampir semua perkara menjadi kekok baginya walaupun dulu adalah rutinnya berpuluh-puluh tahun. Antaranya ibu mula lupa cara solat, cara ambil wudhuk, mandi, menukar pakaian, dan pelbagai lagi. Pengurusan dirinya semakin merosot dan memerlukan bantuan dan sokongan. Alhamdulillah MI terima semua ini sambil tak putus pohon agar Allah permudahkan untuk MI yang berkerjaya selain komitmen terhadap anak-anak.


Untuk entry kali ini cukuplah MI berkongsi bagaimana MI mandikan ibu. MI ingat lagi ketika itu ibu memberitahu mahu badannya dijirus kerana panas cuaca. Wajahnya cukup resah dan tidak selesa. MI segera akur. Nak tanggalkan pakaian sendiri pun ibu gagal buat sendiri, terpaksa MI bantu dan kenakan kain basahan. Masa mula jiruskan air ke badan ibu, memang dapat lihat susuk badannya yang mula menggigil. Tangannya terketar-ketar. Untuk mengelakkan badan sendiri yang basah, MI minta ibu duduk mencangkung. Ibu akur sahaja sambil bersedia tunggu air yang akan dicurahkan ke atasnya. Masa tu MI tak tahan air mata sebak sangat..tangan ibu terketar-ketar. MI baru mula perasan bahawa tubuhnya sudah semakin susut dan mengecil. Kurus dan kelihatan sangat lemah. MI sangat sedih tak mampu menahan air mata daripada terus mengalir. Ya Allah! Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa ibu sebagaiman air ini membersihkan badannya..! Betapa hebat ibu dahulu..semua anaknya telah dimandikannya dengan tangannya yang gagah!


Masa menjiruskan air ke badan ibu, dia cakap betapa selesanya dapat mandi juga. MI capai syampu dan mula mencuci rambut ibu. Nampaknya rambut ibu semakin sedikit memang kelihatan separa botak namun rambut ibu cepat panjang walaupun semuanya uban yang memutih..betapa hebat baktinya sepanjang beliau hidup membesarkan kami semua..seterusnya MI capai pula cecair mandian dan lumurkan keseluruh badannya. Ibu cakap...wangi!!!!  MI sekadar tersenyum padahal muka dah bengkak dengan air mata. 


Selepas siap membilas, MI capaikan tuala untuk mengelap dan menukar kain basahannya dengan kain batiknya yang bersih. MI memakaikannya baju dan kain sarung. Rambutnya disikat kemas dan pipinya MI sapukan bedak...lepas tu MI pimpin mak ke sofa..minta dia berehat..

lepas tu MI masuk ke bilik MI menghumban diri ke katil menangis teresak-esak. Dalam tangis, MI pohon Allah yang pengasih lagi penyayang mendengar doa MI dan mengampunkan segala dosa-dosa ibu MI...ibu dah semakin lemah Ya Allah..Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya. Jasanya sangat besar dalam hidup kami sekeluarga..tiada daya kekuatanku..hanya itu kupohon padaMu khusus buat ibuku yang masih ada....