Assalamualaikum..
huhuhh..lama betul MI tinggalkan blog ni..sibbaik still boleh login...sibuk tak blehblah..sebenarnya kalau seminggu lebih tinggalkan blog, memang xde canla nak update..jadi terbiasa..padan muka aku..
okay..MI ingat nak share pengalaman MI bergelar anak kepada parents MI..selagi boleh share MI akan share. Kali ini Allah menguji MI dan semua adik beradik dengan memiliki ibu yang semakin lemah ingatannya, istilahnya nyanyuk..atau penyakit Alzheimer. Kami semua dah redha dengan ujian ini..walau apapun selalu my brother said, kenanglah ibu kita di saat sihat dan cergasnya dulu yang berupaya membesarkan kami dengan jayanya.
Kalau ikutkan hati yang jahat, selalu nak persoal; kenapa mak aku macam ni, kenapa ibu orang lain yang lebih berusia masih gagah ingatannya, masih hebat masakannya, masih kelakar lawaknya? Ini ujian...Allah nak bagi kita pahala berbakti kepada orang tua. Selalu kata-kata semangat ini keluar daripada mulut orang yang terdekat dengan kami...saudara mara dan sahabat handai..malah jiran-jiran.
sebaik aje MI dapat ditukarkan ke sekolah berdekatan dengan rumah parents..MI mula mempelajari kesan-kesan sikap pelupa ibu dalam kehidupan sehariannya. Hampir semua perkara menjadi kekok baginya walaupun dulu adalah rutinnya berpuluh-puluh tahun. Antaranya ibu mula lupa cara solat, cara ambil wudhuk, mandi, menukar pakaian, dan pelbagai lagi. Pengurusan dirinya semakin merosot dan memerlukan bantuan dan sokongan. Alhamdulillah MI terima semua ini sambil tak putus pohon agar Allah permudahkan untuk MI yang berkerjaya selain komitmen terhadap anak-anak.
Untuk entry kali ini cukuplah MI berkongsi bagaimana MI mandikan ibu. MI ingat lagi ketika itu ibu memberitahu mahu badannya dijirus kerana panas cuaca. Wajahnya cukup resah dan tidak selesa. MI segera akur. Nak tanggalkan pakaian sendiri pun ibu gagal buat sendiri, terpaksa MI bantu dan kenakan kain basahan. Masa mula jiruskan air ke badan ibu, memang dapat lihat susuk badannya yang mula menggigil. Tangannya terketar-ketar. Untuk mengelakkan badan sendiri yang basah, MI minta ibu duduk mencangkung. Ibu akur sahaja sambil bersedia tunggu air yang akan dicurahkan ke atasnya. Masa tu MI tak tahan air mata sebak sangat..tangan ibu terketar-ketar. MI baru mula perasan bahawa tubuhnya sudah semakin susut dan mengecil. Kurus dan kelihatan sangat lemah. MI sangat sedih tak mampu menahan air mata daripada terus mengalir. Ya Allah! Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa ibu sebagaiman air ini membersihkan badannya..! Betapa hebat ibu dahulu..semua anaknya telah dimandikannya dengan tangannya yang gagah!
Masa menjiruskan air ke badan ibu, dia cakap betapa selesanya dapat mandi juga. MI capai syampu dan mula mencuci rambut ibu. Nampaknya rambut ibu semakin sedikit memang kelihatan separa botak namun rambut ibu cepat panjang walaupun semuanya uban yang memutih..betapa hebat baktinya sepanjang beliau hidup membesarkan kami semua..seterusnya MI capai pula cecair mandian dan lumurkan keseluruh badannya. Ibu cakap...wangi!!!! MI sekadar tersenyum padahal muka dah bengkak dengan air mata.
Selepas siap membilas, MI capaikan tuala untuk mengelap dan menukar kain basahannya dengan kain batiknya yang bersih. MI memakaikannya baju dan kain sarung. Rambutnya disikat kemas dan pipinya MI sapukan bedak...lepas tu MI pimpin mak ke sofa..minta dia berehat..
lepas tu MI masuk ke bilik MI menghumban diri ke katil menangis teresak-esak. Dalam tangis, MI pohon Allah yang pengasih lagi penyayang mendengar doa MI dan mengampunkan segala dosa-dosa ibu MI...ibu dah semakin lemah Ya Allah..Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya. Jasanya sangat besar dalam hidup kami sekeluarga..tiada daya kekuatanku..hanya itu kupohon padaMu khusus buat ibuku yang masih ada....