November 13, 2012

Nasi Ulam Cikgu Lagi.. :P



 Salam sayang lagi sekali..bertemu kali ini dalam label "suke makan".. MI rasa agak frust seminggu dua ni coz laptop sendiri ada prob dgn charger dia.So nak tak nak terpaksa pinjam laptop adik  gue yang hensem tue.. MI nak share jamuan makan akhir tahun guru SMUAZ di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Part tak best nie bila xde prog Photoscape nak choose standard photo yang ada remark MI sendiri tue...nak memandai xleh la, laptop org weh..adobe?? xpandai..

oke, moh layan nasi ulam makanan tradisonal masyarakat kelantan, kalo x biasa boley cuba try test...

 



yang ini namanya  B.U.D.U -biasa disertai dengan asam limau, cili padi, tempoyak dan parutan mangga muda
 

 ini menu yang biasa, boleh amik dan hidang sendiri-ada keli goreng, ayam goreng & ulam-ulam segar , ada yang dicelur (ni la rahsia awet muda kitorang ...huihui..



 yang ini mudir kami oke..Ustaz Mat Yaacob Mat Amin



 tengok tue...ada tangan seorang datin menceduk budu..hehehe

 our ustaz and sirs
  all of us -smuaz teachers 2012 (ada juga yang suddenly MIA)

 
 wah...banyaknye hadiah MI!


 bila balik umah, awek ni yang mula serbu dulu...takpe bagi chance kat dier...

 
ohhh..inila yang MI dapat...apapun..alhamdulillah..

November 10, 2012

Bela Kucing Pun Boleh Jatuh Hukum Berdosa



Salam sayang buat semua bloggers, especially cat lovers /animal lovers dan pengunjung yang sudi menjengah ke blog MI yang sangat tidak seberapa ni. MI rasa nak berkongsi sedikit ilmu yang MI perolehi sekitar bulan lepas dari majalah Solusi-sila dapatkan di pasaran. (iklan jap-tetiba) Cukup berguna rasanya, cuma masa tidak begitu mengizinkan untuk berkongsi ilmu tersebut lebih awal. Namun pasti sudah ada yang tahu. Yang MI maksudkan ialah adab kita dalam membela binatang kesayangan di samping menjaga hati jiran. Nasihat dan perkongsian ini juga ditujukan untuk diri MI sendiri yang sering lupa dan alpa tentang kepentingan menjaga hati jiran.

Dalam keseronokan kita menjaga kucing kesayangan, perlu juga dipantau cara pembuangan air besar kucing-kucing kita. MI tidak mengkhususkan kepada kalian yang membela dalam rumah atau terhad dalam pagar atau kawasan pagar sendiri sahaja. Tidak juga rumah kampung yang jarak sebuah rumah dengan rumah yang lain agak jauh atau luas. Tidak juga MI maksudkan kepada yang membelanya dalam kurungan khas yang ada menyediakan litter box yang selamat dan bersih.

Fokus MI lebih kepada mereka yang acuh tidak acuh bab kebersihan terutamanya dalam hal najis kucing yang sangat terkenal dengan baunya yang ERKKK... Tiada gunanya kita bela kucing tapi dibiarkannya berak di pasu-pasu rumah jiran, dalam pagar jiran, ceroboh masuk dapur rumah jiran mencuri ikan dan sebagainya . Perlu kita sedar hakikat bahawa dalam kita mahu mengambil pahala membela haiwan kesayangan Rasulullah SAW, pada masa yang sama kita telah menyakiti hati jiran.

Perlu untuk kita tahu tidak semua manusia punya hati yang sama, iaitu menyukai kucing. Terlalu ramai manusia di luar sana yang anti-kucing, benci kucing, dan alahan terhadap kucing. MI sendiri punyai ramai kawan yang tidak gemarkan kucing, tapi saling menghormati hak dan pendirian masing-masing. Teringat juga MI zaman sekolah dulu punya seorang kawan yang menangis meraung ketakutan gara-gara seekor kucing manja datang menggesel di kakinya. Tak kira lagi beberapa kawan yang lari bertempiaran bila nampak kucing. Ramai yang bersikap kasihan kan kucing, tapi tidak sayang. Itu perkara biasa, sekurang-kurangnya mereka bukan pendera kucing.Bukan setakat itu, kucing yang kuat mengiau kerana lapar adakalanya boleh menyakiti hati jiran dek kerana terganggu apa jua aktiviti yang dilakukannya.

Bagi yang terlalu menjaga kebersihan (extreme clean behavior), kucing itu seolah-olah najis baginya, langsung tidak dibenarkan masuk rumah apalagi tersentuh walau seurat bulu kucing...Oleh itu, perlu kita fahami adab yang digariskan Allah dalam kita hidup berjiran. Menjaga hati jiran sangat penting sehingga dikategorikan dosa besar yang tidak terampun sekiranya kita melakukannya kerana ini melibatkan hati manusia sesama manusia. Dosa ini masih tidak diampunkan Allah walaupun telah bertaubat nasuha, mengerjakan haji mahupun puasa yang sempurna. Dengan cara kita sedar atau tidak telah menyakitkan hati jiran, kita sebenarnya telah menempah tiket ke neraka, malah dosa sebegini menempatkan kita antara 11 golongan ahli neraka yang mana akan memasukinya tanpa mempunyai kaki dan tangan.  Sumber di sini. Ini dosa besar ye kawan-kawan, sehingga Islam menggariskan pula beberapa cara penebusan dosa supaya pelakunya mendapat peluang meraih syurga Allah. Ya Allah, moga kita semua dijauhinya. Mudah-mudahan post sebegini mengingatkan kita tentang kepentingan hidup bersyariat.


Wallahua'lam. p/s: pakat pantau kucing aku berak kat mana hari nie..


 

November 03, 2012

Exam Mood



SPM lusa start kan, so disebabkan gua dah ready..rasa x sabar-sabar dah nak jawab exam nih..dah borink study...tido ajerlaa..



Huhu...nantok...sgt..




Arra's unique teeth!



My third daughter, Zahraa. Lepas tumbuh 2 batang gigi di bawah, selalunya kanak-kanak akan mula tumbuh pula 2 batang gigi atas di hadapan, kakak-kakak dia pun macam tue..tapi si Arra ni plak tumbuh 2 gigi taring dulu..huihui... memang unique lah. Ada gakla yang sama pesen cam dier nie..so bila nanti dah complete 4 batang gigi di atas tue maka susunannya agak lari sedikitla..ala-ala jarang gitu. Nevermind my dear, dah nama pun gigi susu...

apapun love all my  daughters very much!!! Thank you Allah

Makaroni Bakar versi hentam saje..


Pada suatu hari yang penuh semangat, I just suddenly menggoogle image food yang sedap-sedap saja suka-suka, So, I come across satu blog,  yang sgt superb... I never like this kind of food, but it looks really tasty, so next morning, I tried to find out all the ingredients dekat nearest supermarket, hapelagi kat sini yg ada...Ekonjaya lah..hehe..but not all the things needed were there. Pity me kan. So nak tak nak MI just try to be creative, mix up everything logically that making sense to me, my nostrils and my appetite. So, that nite, terciptalah Makareena  Makaroni bakar MI versi hentam sajela. For those who interested, ikut betul-betul instruction kat sini cikpuanazita . Memang best blog ni, selain ada ratusan resepi menarik, pic dia semua hebat.  Perut kenyang pun leh jadi lapar balik taw..



Before baking 





Ready to eat



Zoom in





MI buat sekadar suka-suka..try and error, next time takla rasa kekok sangat kan. My children not interested at all...biasala anak kampung..huihui..so I brought to school...alhamdulillah licin semuanya 400gm makaroni...



Walau apa pun...selamat mencuba yea...!