December 03, 2012

Just To Make Them Happy ~~~Yeahhh!!~~~~

My final exam just near the corner....but still hanging around..lots of things to do esp at my old age..huhu..look after children-of course!..teach those new comers at smuaz (freshie students)..then struggled hard for my wrong assignment..tension taw dah dpt assign yg kita sgtla xphm..

below pic was our previous simple dimple holiday kat sini..xpegi jauh due to my limited schedule..plus save budget..next time yea my 3 princess..wait sooner mama get richer ..nnt kita pi korea yea...hoho..daydreaming jap



that cool night we all tido kat sini..sa villa holiday inn (bleh search dlm fb)




hotel bajet..tp ok la svc dia ..not bad..ada wifi-astro-dah good enough for us
food-sila cari sendiri hikhik




zahraa just too sleepy..syiok tido dlm aircond


next day..fulfill my promise to my lil daughters.. pegi Splash kat KB (sebelah pejabat SUK tue) so happyla diorang dpt main air..sampai dlm 3pm-6pm men air...MI solat asar kat sana..alhamdulillah facilities kat splash quite good.



Masa snap ni si Zahraa baru aje bangun..so jenuh gakla nak pujuk dia main air..




tak lama kemudian yang kecik sekali tue lah paling happy masuk lam air, letak atas pun nak terjun lagi...hebat penangan splash nie...penat MI dibuatnya..sabau jer..



*******

Bagi MI yang ber income sikit ni...memang penting buat anak-anak kita happy musim cuti sekolah, namun berbelanja ikut sekadar yang mampu, so x perlu turutkan sangat kata anak nak pegi Legoland la, Bukit Gambang la...dekat pun memadai janji hati kita dan mereka gembira..kalau kaya kayan xyah cakap la..kalo MI pi Korea terusss...huihuihui

November 27, 2012

Sorok Petai






Sambil menjalani kehidupan seharian yang sangat sibuk dan huru hara, MI ada kalanya terimbau kenangan petai bersama ibu MI. Kenangan itu memang agak pahit untuk ditelan. Masa tue tak silap usia MI sekitar 5 atau 6 tahun. Kalau terlalu melayan memang menitik juga air mata ni..maklumlah..kes menipu ibu kali pertama yang sangat meninggalkan kesan. Kata orang, kalau peristiwa itu sukar dilupakan, memang besar juga dosa yang MI lakukan terhadap ibu. 

Kehidupan MI, mak+ayah & 8 lagi adik beradik memang dalam suasana yang agak sukar dan susah, nak kata miskin pun betul jugalah. Masa tu rasanya serba dalam kesusahan, namun dalam peritnya suka duka, kami tetap masih dapat menjamu selera makan nasi. Alhamdulillah. 

Dalam daifnya hidup, dengan suasana adik beradik ramai dan riuh rendah setiap hari, memang susah sangat kami nak dapat ulam seperti petai, zaman 30-40  tahun lepas tak sama cam sekarang. So, bila ayah bawa balik petai, ada seorang abang yang mula amik dan sembunyikan diam-diam, lepas sorang, sorang lagi, so MI tak ketinggalan buat benda yang sama dan sorokkan. Tiba masa tengahari semua makan nasi bersama ikan singgang (mak selalu buat ikan singgang-lazat pulak tue!) sambil bertemankan ulaman petai dicicah dengan budu...memang lazatlah! Masa tu we all adik beradik makan tak hengat dunia, tak ada pun nak tanya mak dah makan ke belum, yelah mak busy dengan kerja basuh kain (pakai tangan) , sidai kain, dll. 

Bila tiba malam, tetiba mak MI nak makan nasi, yang adik beradik lain tidur awal, so MI yang jadi mangsa; mak tanya petai ada simpan tak, mak nak satu. MI jawab tak ada, memang menipu coz tak mahu bagi mak , nanti kalo mak makan, dah kurangla petai MI berbanding adik beradik yang lain. Tak mungkin bagi mak! Mana aci! So, MI terus tak hiraukan mak, buat-buat sibuk dan tidur. MI sempat intai mak masa tue makan nasi hanya berlaukkan budu......

Keesokannya memang MI bangun tidur dalam keadaan yang sangat rasa bersalah dan sedih. Memang kenangan tue MI ingat sampai bila-bila. Naik sekolah rendah-menengah-sehinggalah masuk u. MI frust dengan sikap MI sendiri yang mementing diri. Mak pula sebenarnya dah masak dengan peel anak-anaknya yang suka sorok petai, namun, hanya kerana menghormati kehendak anak-anak, tak pernah pula mak mengugut letak kat mana atau buat-buat cari, padahal semua area mudah dicapai..hebat sungguh seorang ibu sanggup berlapar makan nasi tanpa sebarang lauk + ulam semata-mata mahu melihat anak membesar dengan sihat dan berjaya. Ya Allah....ampunilah aku dan kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku kecil........ T_T

November 22, 2012

My Daughters


My 3 little daughters:

Nur Syaza Syazwina
Nur Ainin Sofiya
Nur Aisya Zahraa 


 As usual at least a cat keep on following us where ever we go. That one we call Baby


Haihh...susah taw snap 'benda bergerak' nih!



Forever will be my sweet hearts, my assets, my property fi dunia wal akhirah..
























































November 13, 2012

Nasi Ulam Cikgu Lagi.. :P



 Salam sayang lagi sekali..bertemu kali ini dalam label "suke makan".. MI rasa agak frust seminggu dua ni coz laptop sendiri ada prob dgn charger dia.So nak tak nak terpaksa pinjam laptop adik  gue yang hensem tue.. MI nak share jamuan makan akhir tahun guru SMUAZ di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Part tak best nie bila xde prog Photoscape nak choose standard photo yang ada remark MI sendiri tue...nak memandai xleh la, laptop org weh..adobe?? xpandai..

oke, moh layan nasi ulam makanan tradisonal masyarakat kelantan, kalo x biasa boley cuba try test...

 



yang ini namanya  B.U.D.U -biasa disertai dengan asam limau, cili padi, tempoyak dan parutan mangga muda
 

 ini menu yang biasa, boleh amik dan hidang sendiri-ada keli goreng, ayam goreng & ulam-ulam segar , ada yang dicelur (ni la rahsia awet muda kitorang ...huihui..



 yang ini mudir kami oke..Ustaz Mat Yaacob Mat Amin



 tengok tue...ada tangan seorang datin menceduk budu..hehehe

 our ustaz and sirs
  all of us -smuaz teachers 2012 (ada juga yang suddenly MIA)

 
 wah...banyaknye hadiah MI!


 bila balik umah, awek ni yang mula serbu dulu...takpe bagi chance kat dier...

 
ohhh..inila yang MI dapat...apapun..alhamdulillah..

November 10, 2012

Bela Kucing Pun Boleh Jatuh Hukum Berdosa



Salam sayang buat semua bloggers, especially cat lovers /animal lovers dan pengunjung yang sudi menjengah ke blog MI yang sangat tidak seberapa ni. MI rasa nak berkongsi sedikit ilmu yang MI perolehi sekitar bulan lepas dari majalah Solusi-sila dapatkan di pasaran. (iklan jap-tetiba) Cukup berguna rasanya, cuma masa tidak begitu mengizinkan untuk berkongsi ilmu tersebut lebih awal. Namun pasti sudah ada yang tahu. Yang MI maksudkan ialah adab kita dalam membela binatang kesayangan di samping menjaga hati jiran. Nasihat dan perkongsian ini juga ditujukan untuk diri MI sendiri yang sering lupa dan alpa tentang kepentingan menjaga hati jiran.

Dalam keseronokan kita menjaga kucing kesayangan, perlu juga dipantau cara pembuangan air besar kucing-kucing kita. MI tidak mengkhususkan kepada kalian yang membela dalam rumah atau terhad dalam pagar atau kawasan pagar sendiri sahaja. Tidak juga rumah kampung yang jarak sebuah rumah dengan rumah yang lain agak jauh atau luas. Tidak juga MI maksudkan kepada yang membelanya dalam kurungan khas yang ada menyediakan litter box yang selamat dan bersih.

Fokus MI lebih kepada mereka yang acuh tidak acuh bab kebersihan terutamanya dalam hal najis kucing yang sangat terkenal dengan baunya yang ERKKK... Tiada gunanya kita bela kucing tapi dibiarkannya berak di pasu-pasu rumah jiran, dalam pagar jiran, ceroboh masuk dapur rumah jiran mencuri ikan dan sebagainya . Perlu kita sedar hakikat bahawa dalam kita mahu mengambil pahala membela haiwan kesayangan Rasulullah SAW, pada masa yang sama kita telah menyakiti hati jiran.

Perlu untuk kita tahu tidak semua manusia punya hati yang sama, iaitu menyukai kucing. Terlalu ramai manusia di luar sana yang anti-kucing, benci kucing, dan alahan terhadap kucing. MI sendiri punyai ramai kawan yang tidak gemarkan kucing, tapi saling menghormati hak dan pendirian masing-masing. Teringat juga MI zaman sekolah dulu punya seorang kawan yang menangis meraung ketakutan gara-gara seekor kucing manja datang menggesel di kakinya. Tak kira lagi beberapa kawan yang lari bertempiaran bila nampak kucing. Ramai yang bersikap kasihan kan kucing, tapi tidak sayang. Itu perkara biasa, sekurang-kurangnya mereka bukan pendera kucing.Bukan setakat itu, kucing yang kuat mengiau kerana lapar adakalanya boleh menyakiti hati jiran dek kerana terganggu apa jua aktiviti yang dilakukannya.

Bagi yang terlalu menjaga kebersihan (extreme clean behavior), kucing itu seolah-olah najis baginya, langsung tidak dibenarkan masuk rumah apalagi tersentuh walau seurat bulu kucing...Oleh itu, perlu kita fahami adab yang digariskan Allah dalam kita hidup berjiran. Menjaga hati jiran sangat penting sehingga dikategorikan dosa besar yang tidak terampun sekiranya kita melakukannya kerana ini melibatkan hati manusia sesama manusia. Dosa ini masih tidak diampunkan Allah walaupun telah bertaubat nasuha, mengerjakan haji mahupun puasa yang sempurna. Dengan cara kita sedar atau tidak telah menyakitkan hati jiran, kita sebenarnya telah menempah tiket ke neraka, malah dosa sebegini menempatkan kita antara 11 golongan ahli neraka yang mana akan memasukinya tanpa mempunyai kaki dan tangan.  Sumber di sini. Ini dosa besar ye kawan-kawan, sehingga Islam menggariskan pula beberapa cara penebusan dosa supaya pelakunya mendapat peluang meraih syurga Allah. Ya Allah, moga kita semua dijauhinya. Mudah-mudahan post sebegini mengingatkan kita tentang kepentingan hidup bersyariat.


Wallahua'lam. p/s: pakat pantau kucing aku berak kat mana hari nie..