April 11, 2012

EMmmmm...Beshlahh....





Saying I love you
Is not the words
I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say
But if you only knew
How easy
It would be to
Show me how you feel
More than words
Is all you have to to
To make it real
Then you wouldn't
Have to say
That you love me
Cause I'd already know 





April 07, 2012

cerita FeLT





Baru-baru nie MI ada attend satu course jahitan. Felt craft namanya. Course ni anjuran owner blog As. Blog dia mmg kurang update tapi agak aktif di FB. So sesape berminat blehla contact dan search dia kat FB ek. Jahitan felt skang ni sangat famous dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan peminatnya yang tersendiri yang biasanya di kalangan pelajar sekolah, ladies dan remaja khususnya. Masa course tue MI belajar beberapa seni jahitan seperti jelujur, back stitch dan insang pari. Di situ juga MI kenal beberapa "komponen" key chain. Seni felt sangat mengasyikkan kalau minat, dan selain itu otak peminat seni ini akan menjadi kreatif dengan sendirinya seperti mencipta beberapa lakaran comel, karakter kartun, dan hiasan yang indah-indah. Pendek kata seni felt sememangnya mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pengusaha yang serius menjadikannya satu bisnes yang menguntungkan. Cuma setakat ini MI jadikannya satu hobi waktu kelapangan. Selamat berjaya kepada yang berminat!


 



 Rasa cam dah saantekkk...lantaklah.



My not-so-good felt craft!...malunya...!






Antara design yang ada di sana
 


 Antara peserta yang hadir selain MI


Sungguh Khusyu'









 Semua tak sabar nak tengok hasil kreativiti sendiri



 Emmm...cantek gak





Tuan penganjur ada bela kucing...MI sempat snap..semuanya chomel & manja..
 


 Muka mahal tak mo senyum



 Yang ini pon..




Yang ini manja, tapi sukar didekati...comel sangat..



Ni wajah dekat dia...muah muah...!



p/s: bleh search seni felt kat google, ada yang kreatif seperti ibu ini
dan kalo nak dapatkan segala bahan membuat key chain, brooch dll bleh usha kat sini- SUS

April 04, 2012

HaTiKu MiLikMu...huhuhu...LaLaLa...



Salam semua...kali ini MI rasa nak jiwang karat-karut sket... Rasa macam nak share penghayatan lagu Hatiku Milikmu ni...ntahla kenapa..tapi mcm besh syangat...esp lepas nengok Cinte Elysa aritu...hmm...rasa nak jadi Fasya jap... kan chomel pakai tudung..


HATIKU MILIKMU

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
  Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

March 30, 2012

Coretan buat Jack

Salam semua..kali ini MI nak berkongsi satu siri terakhir tentang Jack. Memang MI agak speechless kalo masuk bab Jack ni. MI tak tahu nak mulakan dan tamatkan macam mana. Tapi ada baiknya MI berkongsi, mungkin juga untuk kebaikan para bloggers dan animal lovers sekalian. Blog MI tidakla sefames blog Papa Meow, Meowmania dan Papa Hero (dll blog yg sewaktu dgnnya.) Tapi dalam bab kemanusiaan, janganlah kita nafikan bahawa haiwan juga mempunyai hak sepertimana manusia,hak untuk hidup dengan selesa dan selamat di samping adanya sumber makanan dan minuman untuk meneruskan hidup. Tidak mengapa tidak sempurna asalkan hati bahagia. Haiwan pun punya hati dan perasaan kan. Kalau tidak masakan si ibu kucing suka pindahkan anak-anaknya merata tempat kalau dirasakan tempat itu tidak selamat untuk anak-anaknya kan!

Hmm..MI nak teruskan kisah Jack. Setelah Jack keluar wad, MI jaga Jack dengan baik. MI gunakan wound-gard spray yang dicadangkan oleh vet. Selain wet food yang dicadangkan, MI spray ubat tue 3x sehari. Bunyi spray tue aje buat Jack terkezut nak lari. Tapi apa nak buat, itu ajelah caranya nak pastikan Jack betul-betul sembuh. Itupun vet kata cecair spray itu tidak membuatkan Jack sakit dengan luka yang dialaminya. Syukurlah kalo camtu. 
 
 

Kalo diikutkan dengan keseluruhan fizikal, memang Jack cukup sehat, lebih-lebih lagi dia ni kan kucing jantan. So MI dapat rasakan yang Jack tak sabar-sabar dibebaskan dari kurungan, cuma MI nak tunggu luka dia betul-betul kering. About 1 week kemudian MI bebaskan dia, masa tue MI cakap-cakap sikit ngan Jack. Kalo kamu selesa dukla umah MI. Kalo Jack ada tuan, kembalilah kepada tuan Jack. Kalo just nak singgah main-main or nak food,sudi-sudikanlah. Jack diam aje sambil tutup mata sekali-sekala.Masa tu MI fikir tak mahu sekat kebebasan Jack. MI tak pasti mana asal Jack, tapi rasanya tidak bertuan, sesat atau dibuang.

Kemudian lebih kurang tiga hari juga Jack berlegar-legar dalam rumah MI. Luka dia dah hampir sembuh. Kekadang dia main kat dapur, kekadang kat ruang tamu. Kalo MI nak ke school pagi-pagi, MI bagi food kat dia siap-siap. Tapi dia bukan nak makan sangat pun, ditawafnya MI 3-4 round jugakla, nak jalan pun susah (u all fahamla kan spesies nie). Dia saja pusing-pusing sekeliling kaki MI saja nak kasi MI lambat ke school. Agaknya betul kata kawan MI, kucing jantan biasa suka orang pompuan dan begitulah sebaliknya. Tahla, MI tak pasti. Tapi Jack jinak sungguh. Sepanjang MI jaga dia pun tak nampak dia 'shoot' merata. 

Kemudian tibalah suatu hari tue, MI balik dari school, dalam hati nak mandikan Jack dan bersihkan dia betul-betul supaya terus bersama MI. MI cari dia merata tempat, memang tak ada langsung kelibat Jack. Dalam dan luar rumah memang tak ada. MI tunggu hingga ke petang. Kemudian malam, keesokan pula, masuk 2 hari, tiga hari, seminggu...2 minggu..dan sehinggalah sekarang Jack tetap tak pulang-pulang. MI rindu sangat kat Jack. MI dapat rasa yang Jack dah cukup sihat sebab itulah dia keluar rumah dengan penuh berani. Kalau tentang puas hati ke tak memang dah lega sangat dapat rawat sakit luka dia. MI pun dapat rasa yang Jack appreciate kat MI yang rawat dia. Tapi MI  masih risau tang keselamatan Jack. Selamatkah dia di luar sana, lenakah tidurnya nanti, cukup makan tak dia nanti..semua jenis persoalan berada dalam kepala MI.
 
Namun MI sekali lagi kena redha dengan "datang dan perginya" Jack dalam hidup MI. Mungkin Allah sekadar nak uji MI dengan menghantar kucing sakit seburuk Jack. Anak jiran sebelah siap kata muka dia macam hantu lagi. Takpelah...budak tecit..takde dosa lagi. MI pun tak snap wajah-wajah terakhir Jack masa dia dah semakin sembuh dan mula manja dengan MI dan anak-anak. Mungkin juga Jack tak mahu kehadirannya menakutkan anak jiran dan baby MI yang baru beberapa bulan tu. Tak tahu, MI memang tak pasti, cuma MI skang fikir Jack utusan Allah supaya MI tidak mendiskriminasikan mana-mana haiwan, kerana semuanya ada hak di muka bumi Allah yang bersifat sementara ini. Kita sebagai hambaNya perlu menjaga dan buat setakat termampu dan terdaya. 

Cuma untuk Jack, MI berharap juga dapat ketemu, tak kira macam mana keadaannya. MI harap Jack makin sihat. Makan minum terjaga, tidak sakit, dan tidur tanpa mimpi ngeri lagi. Amin.


 









 

March 29, 2012

Poor Puspa... T_________T

Salam semua..Ada beberapa insiden berlaku dalam tempoh MI tak update blog ini. Ada kisah pelik, sedih dan tak kurang juga yang menggembirakan. Apa nak buat, MI busy 25 jam sehari! Oh yea, before that MI nak share berita happy, MI dah tak guna broadband c****m lagi..dah tukau kpd maxis home dan alhamdulillah so far server ini tidak menyusahkan. Monthly payment dia agak affordable dan reasonable. Rasanya nak stay dengan yang ni dululah!
Okay, kisah sedihnya adalah berkenaan dengan Puspa. Memang MI setakat ni belum pernah update pasal Puspa. MI ingat nak snap pic Puspa before and after. Tapi belum pun cukup seminggu, Puspa telah pun pergi......
T__________________T.

Asalnya, ada satu weekend tue MI pergi ke school nak amik benda penting yang tertinggal kat bilik, then kat kantin sekolah tue, MI dengar 2 ekor kucing bergaduh, yang tertindas masa tu si Puspa lah. Yang buli dia tue MI tengok agak sihat, lepas leraikan "pergaduhan" kucing 2 ekor tue, pelagi, MI amik yang tertindas nie, letak lam kete. Memang kesian sangat kat si Puspa,badannya memang sangat ringan macam kapas, seolah-olah pegang tulang yang disalut bulu badannya itu. Tulang rusuk dan tulang belakangnya seolah2 boleh dikira. Masa angkat si Puspa ni, MI terus berjanji nak jaga dia baik-baik, nak kasi dier gemokkksss. Memang tak padan dengan bulunya yang lebat dan panjang.  Dalam keta dia diam aje, kekadang mengiau, tapi kecikkkk sangat sorenya. Sungguh sopan ala-ala malu gitu, so MI letakla nama dia Puspa.
So bermulalah episod MI jaga si Puspa. Dia memang tak banyak kerenah, MI pun sangkakan dia sihat coz banyak juga dia makan+minum. MI akan jamu dia setiap pagi sebelum ke school & after school. Kekadang malam pun jamu lagi. Tapi MI silap tak bagi dia jumpe vet. Bagi MI, nak jaga sendiri sampai dia sihat & leh kawan ngan Momo and Syeema. 

Masuk hari ketiga dia still makan, tapi nampak sangat dia tak lalu, food tak habis macam selalu. MI still letak Puspa dalam cage dia (tempat si Jack dulu), risau nak kasi keluar takut dibuli kucing2 lain, maklumlah, Puspa lemah dan kurus kering, xpadan nak kena buli pun.Then, masuk je beberapa hari kemudian, keadaan dia masih tak berubah, tapi MI still bagi food dan air mineral kasi dia sihat. Najis dan kencing dia MI bersihkan hampir setiap hari supaya Puspa selesa. Puspa mengiau tiap kali MI kuar kete atau nak pegi mana2. Sampaila satu ketika MI terfikir, aganya Puspa rasa tak best kene kurung kot. So MI bebaskan dia kat luar, ada beberapa kali gak dia main kat luar, dua hari terakhir MI dapati dia cirit birit. MI terus tukar food yang lebih elok, tapi tak berhasil, nak bagi ubat cirit-birit yang sedia ada rasa kesian pula dengan bandannya yang kurus kering tu diberi ubat, dibuatnya semakin sakit dsbnya. (memang MI menyesal xbawa ke vet, xterfikir sedikit pun) coz MI ingat dia akan sihat, coz si Momo dulu pun hampir seminggu juga dia cirit-birit mula2 MI amik dia sebelum kembali normal.
Kemudian, nak dijadikan cerita, ada satu malam tu dia still xmo masuk dalam cage, so MI ingat dia seronok main kat luar, so MI biarkan aje. Pagi Rabu tue MI cari & panggil nama dia, tidak bersahut, kebetulan kena ke school ada kelas tambahan (musim cuti) so MI reverse kete cam biasa. Sekali tengok back mirror, MI mengucap panjang. Ya Allah, betulke aku dah langgar mati si Puspa ni? coz badan dia tak bergerak-gerak. Terus MI kuar kete, tiada kesan darah walau setitis pun.
MI terus angkat Puspa. Badannya dah kaku dan agak sejuk. Barulah MI sedar rupanya Puspa sudah meninggal (mungkin malam tadi). Yang paling sedih mungkin Puspa nak jumpa dengan MI malam tue, bila tak dapat dia tidur aje bawah kete. Bijaknya Puspa tidur di tengah-tengah enjin bukan dekat tayar. Ajalnya mungkin malam tadi, MI sungguh terkilan tak dapat selamatkan Puspa, memang silap MI tak bawa Puspa pegi vet nak kenalpasti apa sakit Puspa makan banyak pun badan tetap kurus. Mungkinkah cacing atau sakit lain yang dia sendiri tak berupaya nak melawan. Apapun MI bersyukur at least MI tidak terlanggar Puspa. Tapi MI dapat rasakan Puspa seems want to say something to MI. Cuma MI terkilan tidak bersamanya ketika dia nazak...MI angkat dan tutup badan Puspa dengan paper sebelum kebumikan dia petang tu di rumah parents MI kat Machang. Pagi tue juga MI drive ke school dengan air mata di pipi........sekarang pun kalau teringat kat Puspa, MI pasti menangis......T_______________________________T.



p/s: Sayangku Puspa, ku redha pemergianmu..maafkan MI..