February 07, 2010

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah tamadun ilmu, budaya, masyarakat bangsa dan negara. Oleh itu, perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan penggunaan komputer dalam pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,disimpan dan disebar dengan cepat, tepat dan menarik.Dalam aspek pengajaran Bahasa Inggeris, pelajar sudah pasti berminat dengan kaedah pengajaran berbantukan komputer yang berkonsepkan bunyi dan animasi yang menarik. Teks akan lebih seronok dibaca di samping adanya bantuan suara untuk membaca sebutan Bahasa Inggeris yang standard. Kaedah ini sudah pasti meningkatkan peratus kejayaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apa komen kawan-kawan?


alamat URL saya:

http://www.docstoc.com/docs/19732423/PENGGUNAAN-KOMPUTER-DALAM-PENGAJARAN-BAHASA-Oleh

7 comments:

  1. Bahasa adalah satu matapelajaran yang sentiasa berkembang. Setiap tahun banyak istilah-istilah baru muncul samaada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Sebagaimana yang kita tahu, Bahasa Inggeris merupakan satu matapelajaran yang dianggap sukar dikalangan pelajar-pelajar kita terutamanya pelajar diluar bandar. Hal ini berpunca daripada penguasaan perbendaharaan kata yang lemah dikalangan pelajar menyebabkan mereka sukar memahami isi kandungan subjek ini. Bagi mengatasi masalah ini, pihak guru boleh menggunakan komputer dalam pengajaran mereka supaya minat pelajar terhadap subjek bahasa bercambah. Penggunaan teks yang digabungkan dengan gambar, animasi, dan web-web tertentu pasti dapat meningkatkan kecenderungan pelajar untuk belajar sekaligus meningkatkan prestasi mereka.

    ReplyDelete
  2. Rata-rata pelajar menganggap Bahasa Inggeris antara subjek yang susah selain matematik dan sains. Jadi guru Bahasa Inggeris perlu memainkan peranan untuk menarik minat pelajar-pelajar mendekati subjek ini. Salah satu cara ialah dengan penggunaan komputer atau multimedia. Pengajaran yang berunsurkan grafik, gambar dan animasi boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok. Ini dapat membantu guru-guru menarik minat pelajar supaya memberi tumpuan penuh semasa sesi pengajaran berlangsung. Apabila timbul minat, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang disampaikan oleh guru. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  3. Salam...perkembangan ICT di dunia era globalisasi ini telah memberi kesan yang positif pada dunia pendidikan kerana segala matlumat dapat disampaikan secara cepat,tepat dan menarik,dan ia juga menjadi daya tarikan utk pelajar belajar dengan lebih menyeronokkan.
    Perkembangan teknologi maklumat ini juga dapat membantu para guru bahasa menyampaikan ilmu melalui alam siber.iaitu guru bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui teknologi maklumat yang membolehkan teks,bunyi, video dan animasi disalurkan melalui talian.Hal ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna.Pelajar juga dapat menilai sendiri kelemahan dan kemampuannya dalam penguasaan sesuatu bahasa kerana komputer dapat memberikan maklum balas dengan segera kepada pelajar tersebut.

    ReplyDelete
  4. Kalau saya ditanyakan soalan : Perlukah guru bahasa menggunakan teknologi didalam ict ? Ya, sangat perlu bahkan bagi saya guru bahasa wajib menggunakan teknologi ict didalam p & p. Umum menganggap bahawa mengajar bahasa terutama mata pelajaran bahasa Melayu adalah sesuatu yang amat mudah, siapapun boleh mengajar! Tanggapan ini adalah tidak tepat dan tidak benar sama sekali. Bahasa perlu dilihat dengan pandangan yang lebih luas, bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi ia adalah alat dan kunci kepada mana-mana ilmu dan ia adalah teras kepada ketamadunan manusia. Pengajaran bahasa perlu diajar menggunakan kaedah dan teknologi paling terkini bagi memastikan pengajaran bahasa menjadi menarik dan berkesan. Sejarah mencatatkan bahawa disiplin pengajian ilmuan-ilmuan Islam terkemuka bermula dengan mempelajari bahasa. Dengan bahasa mereka dapat membahaskan pelbagai bidang ilmu dan dengan bahasa juga mereka dapat mengembangkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, kecanggihan teknologi ict perlu dimanfaatkan sebaik mungkin agar matlamat dan objektif pengajaran bahasa dapat difahami secara menyeluruh.
    Terima kasih cikgu Rafikah kerana berkongsi maklumat yang amat baik ini.

    ReplyDelete
  5. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBBK) kian meluas diamalkan di institusi pendidikan dewasa ini.Pelbagai inisiatif dan insentif dilancarkan demi memupuk dan memantapkan kemahiran komputer untuk diadaptasikan di dalam p&p.PBBK telah terbuksi keberkesanan dan mendatangkan pelbagai impak positif kepada pelajar dan guru itu sendiri.
    Menyedari peri pentingnya PBBK di dalam p & p di sekolah menengah agama khususnya,penyediaan tenaga (guru) terlatih perlu dititikberatkan demi menjamin keberkesanan p & p tersebut.Guru perlu lebih konfiden dalam merencana PBBK dan berusaha menambahkan ilmu dalam penggunaan teknologi terkini di samping menjadi pemudah cara dalam proses p & p tersebut.

    ReplyDelete
  6. pada pendapat saya PBBK salah satu cara terbaik dalam p&p bagi semua sujek di sekolah kerana ia dapat menarik perhatian pelajar.guru hendaklah mempunyai persiapan yang lengkap sebelum p&p bermula.PBBK memerlukan belanja yang tinggi mungkin banyak sekolah tidak mampu untuk menyediakannya...

    ReplyDelete
  7. bagi pelajar bahasa merupakan mata pelajaran yg paling membosankan terutama bahasa inggeris. keadaan ini adalah disebabkan pelajar tidak memahami apa yg di ajar oleh guru krn bagi mereka bahasa inggeris merupakan bahasa asing dan sukar. sbg seorang guru yg bijak dan kreatif menggunakan komputer dalam p&p sememangnya 1 perkara yg menarik perhatian pelajar. menggunakan audio dan visual sudah tentu pelajar akan merasa seronok untuk mempelajari bahasa inggeris. PBBK sememangnya sgt membantu tp setakat mana pihak guru menggunakan kemudahan ini???

    ReplyDelete

Thank You Friends!