December 05, 2010

Tips Mencari Kawan Sejati..

Kalau nak bercakap tentang KAWAN SEJATI nie sebenarnya bukan senang nak diperolehi...ada ker kawan yang sanggup gembira dan menangis bersama-sama?? Tak semua kawan kita begitu kan..Walau apa pun kita kena bijak mencari kawan, yang penting ada sifat jujur dan ikhlas kawan dengan kita. Kalau kawan yang suka menceritakan keburukan kita kepada orang lain, itu bukan kawan namanya. Kalau nak kawan dengan kiter sebab kita cantik / hensem tapi bukan diri kita yang sebenar pun itu bukan kawan sebenar..Kalau yang ada time gembira dan senang aje itu bukan kawan namanya. Kalau yang sentiasa buat kita menangis dan kecil hati tu pun bukan kawan namanya..Kalau yang hanya ambil kesempatan aje drpd kita , itu LAGI BUKAN KAWAN namanya..

Okey kat sini Ikah nak citer beberapa ciri kawan yang SEJATI...utk renungan bersama..


1-biasanya dier nie ada minat yg lebih kurang aje dgn kiter, minat bersukan ker, panjat gunung ker, minat shopping ker, minat souvenir mug ker..hehe..contoh aje tue..

2-sentiasa bersama kita waktu susah & senang..

3-akan bantu kita walaupun dia sendiri dlm kesusahan

4-kalu nak bagi hadiah, biasanya hadiah yg diberi addalah yang sgt meaningful yg dier sendiri suke@sayang sgt benda tue

5-selalu kongsi cerita suka duka bersama-sama

6-banyak masa dier diluangkan bersama kita

7-dia banyak berkongsi cerita dengan kita, tapi bukan orang lain

8-kiter tidak ragu-ragu nak berkongsi rahsia dgn dier kerana percayakannya

9-dier akan sentiasa cover kelemahan kiter bukannya sama-sama menjatuhkan kiter




10-dier akan dahulukan kiter untuk cerita-cerita yang tidak sabar-sabar diberitahu, bukannya org lain

11-dier cepat detect perasaan kita, sama ada dalam kesedihan+gembira+muram+jauh hati

12-dier akn menegur cara yang paling sopan sikap kiter yang tidak elok krn tanggungjawab sesama Muslim menegur utk kebaikan

13-dier akan mendoakan kiter tanpa pengetahuan kiter

14-dier akan segera minta maaf kalau dengan sengaja/tidak telah menyakiti hati kita

15-dier tiada sikap dengki / cemburu dengan kelebihan yang kita perolehi seperti sukses dlm exam ker, dpt offer kerja gaji mahal ker, dpt pujian lecturer ker, diminati ramai dll, sebaliknya tumpang gembira dan bersyukur dgn apa yg kiter perolehi

16-dier sentiasa bertanyakan khabar kita walaupun nun jauh di sudut dunia


oh yea..kalo dah sering disakiti hati kawan yang bernama manusia ada baiknya kita kawan dengan binatang ciptaan Allah yang amat comel..kucing pun kawan yang sangat baik dan setia ..Anjing pun sama..kalo xpecaya, try tanya Papa Meow betul kan PM??

1 comment:

  1. sy pn ade kwan baek...sntiasa ade msassah n snang...mcm yg tcer oyk...iaitu fatma norina hayati hafizah n najihah...my bff...hehe

    ReplyDelete

Thank You Friends!