August 26, 2012

Kucing di Min House Camp

Kem SPM sekolah MI last year diadakan dekat sini.So sepanjang 5 hari ber"kem" di sana adala sekor menatang ni yang berlegar2 kat sana.. MI dah tanya pemilik sana, memang budak besar nie stay sana dah lama, asalnya tempat lain, dan telah siap dineuter..so dah tak ada ball lagi lah..haha..tapi memang betul kata vet, kucing yang dineuter biasa akan makin sihat, lalu makan selain suke tido..heheh...manja tuxpayah cakaplah..dia akan manja dengan semua orang yang manjakannya esp yang selalu bagi makan kat dier.. huhuh..moh layan sat..

 "wa nantuk nie, lu buat apa pun wa no hal punya"



"mimpi best"

 ma...adik nak tarik misai dier


 besarnye mama..










Betulla mama..dier mengantukk




....arrrghhhh bestnye menggeliat


aktiviti dah habis, so bergambarla sat ngan dak besau nie...berat tak hengat





anak-anak murid..





kang orang dah cakap manja...nak balik ni..tunggu bas ..dia sempat agi lepak ngan MI

"Kuku Mak Panjang..Tolong Potong"

Salam sayang buat semua....rasa nak menitis aje buat entry pasal ibu MI nie..  MI dapat feel seorang ibu sesudah kawin dan lahirkan anak pertama..rasa2nya semua wanita kat dunia nie macam tue lah kot...pada MI alangkah bagus feel itu dirasai seawal usia kita meningkat remaja..so kita dapat appreciate ibu kita semaksimum mungkin..

Apa yang paling sebak bila anak2 MI mula membesar...mula bersekolah...So MI selalu bandingkan sendiri kehidupan MI sewaktu kecil sejak awal persekolahan dengan kehidupan anak2 MI sekarang.. memang sangat jauh berbeza..apa yang MI paling syukuri ialah MI memiliki ibu sehebat mak MI sendiri..

Okay, berbalik kepada title entry, teringat pula MI di sekolah rendah dolu-dolu...setiap kali hari perhimpunan iaitu hari Ahad (belah Kelate..)..hati selalu berdebar-debar coz takut dengan pengahwas2 (pengawas) sekolah yang akan check kuku students. Memang takut sangat, kadang2 menggigil sampai sejuk tangan, padahal kuku takdelah panjang sangat pown. So nak dijadikan cerita ada satu kali tu kene tegur seorang pengahwas ni yang cakap kuku MI panjang, sib baik warning aje,lepas tue balik rumah tengahari tue MI siap marah2 dan merajuk dengan mak yang tak potong kuku MI masa cuti sekolah dua hari tue (Jumaat/Sabtu). Tak silap MI masa tue Darjah Dua. (tak reti2 nak potong kuku sendiri). Mak senyap aje..sehinggalah tiba keesokan hari (Isnin) pagi, mak still lupa nak potong kuku MI. So pelagi, MI lepas mandi pagi nak bersiap tue terus nangis-nangis sambil marah mak yang tak potong lagi kuku MI,so pagi tue cepat2 mak ambil penyepit kuku dan potong kuku MI. Mak cakap "ala..panjang kat mana nya, mak tengok ok aje, xpanjang pun.." Tapi MI nangis jugak sampai puas ati..bukan ape..MI takut pengahwas yang sama cari MI pagi tue amik nama, report kat PK HEM...hemmmm mmg takut tak hengatlaaa...


Itu kisah berpuluh tahun lepas...skang kalo balik umah mak, tetiba mak cakap "Kuku Mak Panjang..Tolong Potong"..so cepat2 MI capai sepit kuku dan potongkan kuku mak. Tapi biasanya kalo check kuku mak, tak ada yang panjang pun..semuanya pendek dan kemas...agaknya saja mak nak bermanja dengan anak2 nya atau mungkin juga mak dah x boleh beza seperti sebelum ini..

Sementara mak masih menghirup udara di dunia ini, MI mahu buat apa saja untuk mak, MI nak mak bahagia. MI perlukan doa mak sepanjang hidup MI. Memang MI tak dapat bayangkan hidup MI macam mana nanti kalo mak tiada lagi..pengorbanan mak sepanjang mak hidup dulu sangat hebat..MI tak tahu MI sekuat mak atau tidak ...tapi mak tetap ratu hati MI sampai mati...


Masa MI nangis marah2 kat mak tue coz MI tak reti lagi nak pikir, cukupkah tidur mak hari-hari. Adik beradik masa tue kecik2 lagi..hampir semuanya bersekolah, tapi masa tue MI tak reti nak pikir mak sihat ke tak, dah makan ke belum, duit belanja cukup ke tak, dan macam mana mak atur jadual harian serta usaha mak tingkatkan ekonomi keluarga dengan keadaan ayah hanya seorang petani aka penoreh getah...bila kenangkan semua tue...rasa nak sujud depan mak.... MAK...maafkan MI masa kecil2 dulu yang TAK PERNAH MENGERTI.......

August 25, 2012

PaKai TelekunG SoLaT

Salam sayang semua..selamat hari raya aidilfitri buat semua followers MI dan sesiapa jua yg dtg menjengah blog MI yang seolah-olah hidup segan mati xmo..huhu..mmg bersawang xhengat dah blog MI, so MI dah tukar new template..rasa mcm xpuas aty lagik, tapi xpelah, selagi boleh buat entry, itu dah okay kan.

Kali ini MI nak berkongsi kisah aka memory MI bersama insan mulia dalam hidup MI, my mom. She still alive, but she's no longer like others, like us. Mak        sudah banyak lupa..terlalu banyak perkara yang mak dah lupa..due to her big lapses of memory..MI terpaksa akur dan terima hakikat part of my real mother has gone. Benda nie berlaku sedikit demi sedikit...hari demi hari mak semakin berubah... Hanya doa yg mampu MI titipkan setiap masa agar Allah lindungi dan rahmati mak selalu..

MI pun terikat dengan kerjaya yg tidak izinkan MI terus tinggal bersama jaga mak dan ayah. Walaupun ayah masih sihat, tapi tidak semua perkara ayah dpt lakukan utk bantu mak. Sekarang ada kakak MI dan anak-anaknya tinggal bersama mak, tapi kesibukan urusan harian kakak tidak mengizinkan dirinya mengurus segala hal mak..selaku anak, MI sangat rasa bersalah tak mampu jaga mak sepenuhnya..

MI sedih tiap kali nak solat mak ambil masa sekitar 10 minit nak betulkan telekung..nak pakai kain solat,dan biasanya mak solat tanpa sejadah, kalo ada tikar, tikar lah yang dikira sejadah, kalo karpet, maka karpetla sejadah mak. Kalo MI tak bz dgn ank2, MI boleh mengawasi mak dengan segerakan pakaikannya telekung solat dan hamparkan sejadah dan mak dapat solat terus tanpa buang masa....itu kalo MI ada di sisi mak..kalo dah jauh sket mcm nie...hanya pada Allah MI pohonkan doa..

Dulu mak tidak macam ni..dulu mak seorang yang hebat...mak jarang sekali tangguhkan seruan Ilahi, apalagi meninggalkan solat..dulu mak selalu bangun awal pagi solat tahajud..solat hajat panjatkan doa untuk kami anak-anak..tapi kini mak dah tak pasti tentang masa, pukul berapa, nak solat apa..semua ni buatkan MI menangis mengenangkan hebatnya mak dulu..tapi kini dah berubah..semuanya bukan kehendak kami.. Ya Allah... kasihanilah ibuku..





August 08, 2012

Amalan pada Malam Lailatul Qadar


Amalan pada Malam Lailatul Qadar

Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.
1. Solat sunat wuduk selepas mengambil wuduk.
2. Solat sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca Al-Quran.
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astaghfirullah hal azim wa atubu ilaih).
5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , La ila ha illallah muhammadur rasulullah 300X, Allahhu akbar 300X).
6. Bertasbih:

  • Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, Allahhu akbar, wala haula wala qhuwwata illa billahil ‘aliyyil ‘aziim 300X
  • Subhanallah wabihamdihi, Subhanallah il azim 300X
  • Subhana robbiyal 'ala wabihamdih 300X
  • Subhana robbiyal a’zimi wabihamdih 300X

7. Selawat 100X atau 1,000X (Allahhumma solli ‘ala Muhammad).
8. Solat sunat tahajjud.
9. Solat sunat tasbih.
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca Al-Quran sehingga solat Subuh.