Showing posts with label InDaHnYa IsLaM... Show all posts
Showing posts with label InDaHnYa IsLaM... Show all posts

November 20, 2013

Sangat betul prof........... :)





Salam sayang, pic ni dah lama, 2 years back..saja windu si zarra nihh..skang dah besau....hokay..dalam usaha menuju rumahtangga kita yang aman bahagia..inila yang sempat MI petik kata-kata berhikmah Prof Muhaya aka my mentor paling atas setakat nih..


1-Orang yang tidak bahagia tidak mampu membahagiakan orang lain
2-Orang yang bahagia adalah orang yang suka melihat orang lain bahagia
3-Setiap kali kita mengkritik orang lain kita dah menjatuhkan martabat kita
4-Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita-ambil tanggungjawab dan banyak berdoa
5-Siapa yang Allah sayang manusia akan sayang
6-Ibu bapa jangan hanya mengejar A untuk anak-anak, tapi mula dengan solat. Apabila solat sudah cukup, baru lihat perkara lain
7-Kita hidup untuk siapa, untuk mencari penghargaan manusia atau keredhaan Allah?
"sesiapa yang mencari redha Allah dalam kebencian manusia sesungguhnya Allah sudahpun cukupkan segala untuknya di dunia ini, manakala sesiapa yang sibuk mencari 
penghargaan manusia dengan kemurkaan Allah, maka Allah serahkan nasibnya juga kepada manusia."
8-Saya menyeru semua umat wanita di luar sana, jagalah 3 perkara ini: 
1-solat
2-Aurat
3-Pergaulan  

9-Lihat diri dan hubungan dengan Allah dan ketaatan kepada suami, 
beri kasih sayang dan jangan marah anak-anak kerana mereka ahli syurga dan Nabi Muhammad SAW amat menyayangi anak-anak.
Kurangkan KEDEGILAN kita kepada Allah InsyaAllah anak-anak kurang degil dengan kita. Jaga Allah maka Allah akan jaga kita.
10-Anak-anak yang diasuh, dididik dengan kasar akan menjadi anak-anak yang yang LIAR dan GANAS. Yang duk marah anak-anak tu kenapa? Bersyukurlah kepada Allah penghuni syurga masih di rumah kita, bersama kita. Kalau anak mati dulu, tanya pada diri sendiri siapa yang untung, siapa yang rugi?


p/s:pic tak kene mengena dengan entry 


October 21, 2013

Parents Yang Cemerlang - jumm!!


Prof Dr Muhaya -keluarga doktor yang cemerlang. Idola seluruh warga Islam di Malaysia. Banyak quotes istimewa yang cukup sinonim dengan Prof, esp RESET MINDA. Kat bawah ni MI dapat drpd shares yang berguna di FB. 

"semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak-anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yang ditonton di media massa dan alam siber. Setiap kali kita suka melihat keaiban orang bermakna kita banyak keaiban dan keaiban kita akan ditonton di dunia dan akhirat. Hentikan menjadi ejen penyambung fitnah"

Sayang anak-anak kan..okay jom buat...!


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.



October 07, 2013

JoM BerPagi PaGi!


Subhanallah..indahnya pagi..esp bila kita perlu rush ke tempat kerja..

"....pagi yang gelap kini sudah terang.."- memang pengalaman yang menarik terutama pabila melalui denai-denai, sawah padi sepanjang perjalanan..ini kerana MI tinggal di kawasan kampung..jauh dari hiruk pikuk segala bagai..

Lagi indah pagi yang dimulai dengan puji-pujian memuji Allah penuh kesyukuran, yakni mulakan dengan solat malam sebelum tiba Subuh. MI cukup salute terdengar kisah suami isteri yang saling kejut mengejut seawal pagi untuk solat sunat bersama kerana mengejar waktu mustajab berdoa..subhanallah..pasti indah nian rumahtangganya..aminn!


*****


 ramainya alim ulama menyetujui kehebatan berpagi-pagi ni:

1.Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
Ya Allah, berkatilah umatku di waktu paginya.”
2. Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barakah dan keberuntungan. 
(HR. Ath-Thabrani dan Al-Bazzar)



Sebagaimana Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:


3.“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

 Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:


4.“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani 

5.“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:


6.“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”

7.Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” (Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya)

Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dsb. 




sumber: kat sini


p/s: jgn berazam bangun lambat, tak best kalau dah kurang berkatnya!

September 17, 2013

Sweetnye Hubby!



Dapat petikan ini dari fb salah seorang my bff. Duhai para isteri di luar sana...sangat sweet punyai suami seindah begini doanya..so tidak salah seorang isteri pun turut doakan suaminya..



Duhai ISTERIKU..

Jika benar sucinya kasihmu padaku, tunaikanlah beberapa permintaanku ini dan jadikanlah aku lelaki yang paling bahagia di dunia dan di Akhirat..

1] Tutuplah auratmu dari pandangan lelaki yang bukan mahrammu

2] Peliharalah solat fardhumu dan dirikanlah solat sunat semampumu

3] Luahkanlah kata-kata manis yang menyejukkan hatiku

4] Hiasi bibirmu dengan senyuman yang mendamaikan kalbuku

5] Jangan kau bebani aku dengan sesuatu di luar batas kemampuanku

6] Usah kau biarkan emosi mengganggu fikiranmu

7] Jagalah hati ibu dan bapaku serta ahli keluargaku

8] Didiklah anak-anakku dengan belaian kasih sayang di jiwamu

9] Kasihi aku dan cintailah aku kerana ALLaH

10] Akhir sekali, dengar dan patuhlah dengan kata-kataku

Sesungguhnya aku tak pernah putus berdo'a agar dirimu menjadi isteri solehah buatku.. Bantulah suamimu ini, sayang.. Jangan kau campak aku ke Neraka kerana kegagalanku membimbingmu.. Jika benar tulusnya cintamu, bersabarlah denganku.. Aku tetap akan berusaha untuk membahagiakanmu sehingga ke hujung nyawaku.. Namun sekiranya tiba ajalku, halalkan setiap titis air matamu yang pernah gugur keranaku dan halalkan segala kesilapan dan kekuranganku..

August 04, 2013

Ibadah Buat Wanita Dalam Haid ^_^





Walaupun dalam keadaan tidak bersuci...perempuan masih boleh meneruskan ibadat dengan ikhlas kerana Allah seperti amalan berikut:


-Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang Al Quran
-Mentadabbur ayat-ayat al-Quran (membaca makna/terjemahan dan menghayati maksud ayat-ayat al-Quran)
-Zikrullah-iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan:

-SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
-Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH)
-Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
-La Ilaha illa ALLAH (Tiada Tuhan selain ALLAH)
-SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
-La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
-Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar.  UcaplahAstaghfirullah(aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali.  
-Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
-Berdoa-memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.  Berdoa juga adalah ibadah.
-Doa Lailatul-Qadar
Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
-Muhasabah diri.
-Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
-Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH 
-Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami haid.  Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan.  Kerana di dalamnya kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar.


Ibadah-ibadah lain
-Menghadiri majlis ilmu.
-Menjauhi perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.
-Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.
-Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa.  InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.
-Berinfaq.
-Membantu orang yang kesusahan.
-Menyebarkan salam.

July 28, 2013

Amalan 10 Ramadhan Terakhir






Salam semua...sedar tak sedar kita sekarang sudah di penghujung Ramadhan. Tak sempat langsung berblogging..sekadar menyiapkan assignment dan menjaga si Zahraa yang asyik demam..Dugaan sungguh di bulan mulia ini. Hasrat di hati sebelum Ramadhan dulu macam-macam..nak khatam Quran..nak solat tarawikh setiap malam...nak itu ini...namun tak semuanya mampu ditunaikan...MI just tunaikan ikut kekuatan dan keadaan yang mengizinkan...selebihnya serah saja kepada Allah. Dia Maha tahu segala hajat dan impian kita..segala doa kita..segala-gala yang terbaik untuk kita. 

Okay..pagi tadi otw ke skul, MI terdengar slot bersama Ustaz Al-Hafiz yang berbicara tentang 10 Ramadhan terakhir. Tak sempat dengar habis, separuh aje. Selebihnya MI search kat google i dan inilah amalan-amalan yang kita patut mulakan dari sekarang; sama sepertimana yang ustaz tadi maklumkan:
  • Menghidupkan malam dengan solat malam (qiamulail)seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

  • Mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.(kalo dorang tak nak bangun terpulanglah, at least we've done our part)-kita turut mendapat pahala melakukannya

  • Suami isteri tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

  • Amalan i'ktikaf -iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: 

“Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : 

“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Jenis-jenis Ibadah Rasulullah 10 Ramadhan Terakhir

Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : 

“Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”


Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.


Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata:

 “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”


Tulisan MI bertujuan untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan mengamalkan amalan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan. Kita teruskan seperti biasa amalan-amalan ini dengan konsisten, manalah kita tahu rupa-rupanya amalan itu jatuh pada malam Lailatul Qadar. Subhanallah! Semoga jiwa kita dibersihkan dari segala kotoran dosa

dan seandainya doa itu jatuh pada malam Lailatul Qadar, maka ingatlah pesanan Ibnu Abbas bahawa terdapat 4 golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar iaitu: 

  1. orang meminum arak 
  2. anak yang derhaka kepada ibu bapa
  3. orang yang selalu bertengkar 
  4. mereka yang memutuskan silaturahim

****moral..kalau ada rasa "terderhaka" kpd ibu bapa terus pohon maaf, begitu juga yang asyik nak bertengkar sesama Islam...yang berputus saudara erat-eratkanlah pada bulan mulia ini.....sayang kan kalau doa xditerima?

wassalam 

June 16, 2013

Jom Kaut Pahala banyak2 Syaaban Kali Ini ! ^_^




Terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah di blog MI yang tidak seberapa ni..kalo ikutkan memang tak sempat sangat MI nak update segala perkara..namun MI cukup hargai kunjungan kalian..huhu..

Rejab dah lepas, itu pun bulan yang mulia, tapi tak sempat nak update, dah masuk Syaaban ni, tak mahu terlepas dah, lagipun 2 hari berturut-turut MI kebetulan terdengar kehebatan bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain dekat IKIM..tu pun masa drive, tak sempatla nak jot down note.. tapi zaman IT ni mudah jer kite gugel semula kan..huhu

Bercakap tentang bulan-bulan mulia seperti Rejab, Syaaban & Ramadhan, teringat pula MI kisah seorang sahabat yang mempunyai seorang makcik yang juga ibu tunggal yang sering berpuasa tiga bulan itu berturut-turut sepanjang hayatnya dan beliau juga meninggal dunia dalam keadaan berpuasa..subhanallah! Pemergian beliau kehilangan berharga buat semua insan sekelilingnya bukan sahaja sanak saudara, malah jiran-jiran dan hampir seluruh penduduk kampung kerana sifat mulianya lagi disenangi. Semoga Allah membalasnya dengan syurga di sana!

Jadi dikesempatan ini jom kita kaut pahala sebanyak yang mungkin yea. Okay, yang MI boleh buat kesimpulan amalan bulan Syaaban ini ialah:

a) perbanyakkan berpuasa (jom esok & seterusnya!, jangan nanti2 okay!) 

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

b) banyakkan doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah SAW. Duduk diam-diam..dan berzikrullah..dalam hati pun dapat pahala.

c) bertaubat (jangan tunggu tau..kang banyak dosa tak tertanggung)

Ini adalah hadis yang popular berkenaan bulan Syaaban
 Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Okay...yang tadi tu semua belum masuk Nisfu Syaaban kan...itu satu malam yang hebat dan ada juga ditekankan oleh ustaz dalam radio IKIM yang MI dengar masa tu..namun ada sedikit kekeliruan berkenaan berpuasa sunat selepas 15 Syaaban, ada beberapa pendapat mazhab dan MI rasa LINK ini cukup membantu. Nak amalkan sesuatu biarlah diri kita menjadi seorang yang betul-betul tahu,yakni berilmu, selain faham dan mengamalkannya kerana Allah. 
Berkenaan malam Nisfu Syaaban,subhanallah, cukup istimewa sepertimana hebatnya Ramadhan kerana Lailatul Qadar. Jadi segala kehebatan itu boleh lihat di sini. Jom klik & baca...! 

May 25, 2013

Novelet Tarbiah: Cinta High Class BAEK PUNYE ^ _^


Pasangan novelis meletop: Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi


bersama puteri-puteri kesayangan




Novel berunsur dakwah & tarbiah, Cinta High Class.

My student, Faiz Akmal yang memula sekali introduce MI dengan buku ni. Memang tidak meleset sangkaan MI & apa yang si Faiz citer..sungguh best buku ni. Zaman MI belajar uia dulu takde jumpa buku sehebat ini. So, kebetulan penulis ni pun ex-student uia, memang dapat feel yang sangat positif daripada cara penulisan dia yang cukup mantap dan hebat itu. Many thanks buat Faiz.

MI ingat baca buku ni in 3 days sahaja, penulisan husband dia, Dr Farhan Hadi dah rasa kagum yang amat, beberapa bab berikutnya ditambah pula dengan tulisan wife nya, Fatimah Syarha yang bagi MI melengkapkan kehebatan novel ini. 

Mesej yang disampaikan cukup santai, lengkap serta bersahaja & MI berharap sangat semua remaja di luar sana  tidak melepaskan peluang ini dan dibukakan pintu hati mereka untuk baca dari awal hingga ke akhir bab. Bagi MI hanya insan terpilih sahaja mampu memiliki apalagi membacanya. 

Lepas baca buku ni, memang teruja sangat dengan pasangan ni dan terus MI search ceramah ,forum & majlis ilmu mereka kat Youtube. Memang tidak menghampakan. Lagi menambah keterujaan MI bila tengok biodata Fatimah Syarha tentang penglibatannya di universiti dan pencapaian CGPA Master nya mencecah 3.90!! Subhanallah...mentor terbaik setakat ini.


***apa-apapun sila dapatkan segera sementara stok masih ada!




May 18, 2013

Jom masuk SYURGA tanpa hisab ^_^




Sumber info: kat SINI 
Baru-baru ni MI ada habiskan satu buku yang amat menarik. Semua kisah-kisah wali zaman dahulu. Nanti MI akan share dengan uoll. Best buku tu, baca dalam 4 hari aje dan rasa nak ulang lagi. Alhamdulillah.
Lepas baca buku tu, MI teruja sangat nak google tentang golongan yang masuk syurga tanpa hisab. Masya Allah..kalaulah kita golongan yang terpilih itu..nak syahid macam pejuang Palestine, tak mungkin merasa kerana Malaysia negara yang cukup aman. Memang rezeki syahid untuk mereka. Jadi untuk peluang ke syurga seterusnya, sama-samalah kita kenalpasti siapakah golongan ke sana tanpa hisab. Semoga kita antara yang terpilih..aminn.. okay, jom baca:
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)
5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meninggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.
*Sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.

May 16, 2013

Belajar REDHA dengan Ketentuan Allah







“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya tanya ke mana hilangnya sinar..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...”



Entry kali ni MI google dan dapat infonya di sini. Semua entry penulis blog ni buat MI terus melekat disitu..alhamdulillah..memang blog sebegitulah yang dimaksudkan Prof Muhaya yang mahu mencari redha Allah...bukan kerana harapkan pujian manusia..

Tentang redha Allah ni, sudah lama sangat MI cari tips dan caranya..sementelah pula menyaksikan kisah sedih menimpa sahabat dan orang terdekat MI yang kehilangan orang tersayang seperti anak kandung, ibu kandung dan pelbagai dugaan hidup yang tidak disangka-sangka ianya berlaku yang biasa kita istilahkan sebagai takdir Allah SWT. Dalam hal sebegini MI terlalu mudah mengalirkan air mata berbanding empunya badan. Kadang-kadang terfikir sendiri.."Ya Allah, macam mana mereka hadapi semua itu..."

Alhamdulillah..jawapannya ada di sini. So, benda baik MI terus mahu kongsikan bersama..terima kasih cintailahi.com, ok jom baca.



Saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,
“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAH itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”
Besar makna kata-kata beliau.
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAH SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.
Kadang-kadang, ALLAH menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.
Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAH cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAH, ALLAH memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.
Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAH ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAH
Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.
Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri
“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”
Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.
Islam ini sangat cantik!
ALLAH menguji manusia, namun ALLAH siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAH melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAH akan menguji kita. Dan ALLAH hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAH telah beri itu atau tidak.
Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.
Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAH.
Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAH.
“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15
Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.
“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-8
Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.
Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.
Ujian ALLAH Datangkan Hendak Membersihkan Manusia
Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.
Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?
Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.
Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari
Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAH ingin menghapuskan dosa-dosa anda?
Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAH
Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLaH, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAH.
Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.
Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAH.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*
Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..
“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAH!”
Anda mahu hebat pada pandangan ALLAH? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAH yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!
Semoga ALLAH merahmati.

April 27, 2013

MenJemput MALAIKAT ke RuMaH ...




Assalamualaikum...kali ni nak kongsi entry baek punye..Insya Allah..mudah-mudahan bermanfaat buat semua
sapa tak nak rumah dikunjungi malaikat? semua nak kan? Bagi MI tak penting rumah besar, mewah, luas dan yang sewaktu dengannnya..cukup sekadar selesa biarlah kecil pun, asalkan dapat beribadah dengan selesa dan paling penting rumah yang kita diami itu sentiasa dikunjungi malaikat, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah serta sentiasa mendapat doa malaikat siang dan malam. Pohon  juga agar dijauhi segala perbuatan khianat dan jahat jin, satan & manusia. 
Teringat pula MI satu ketika tu masa dengar slot Prof Muhaya dalam ikimfm yang cakap macam ni: "kenapa dalam banyak-banyak rumah, pencuri pilih pecah masuk rumah kita, kenapa tak rumah orang lain" . Persoalan ini yang membuat kita terfikir-fikir. Kebetulan pula masa tu rumah yang kami diami nyaris dimasuki pencuri, tapi tak sempatla, coz MI tersedar dulu. Alhamdulillah. So kebetulan terdengar kata-kata prof tue, terus rasa cam terpukul..so MI cuba selongkar segala kekusutan ini dan ini hasilnya yang nak sangat MI kongsi bersama bloggers dan pembaca budiman:

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

“Jadikanlah bahagian dari solat kalian di rumah-rumah kalian, dan jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan.“
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ).

selain itu....

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya

 “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. 
(Riwayat Muslim)

Huraian lengkap hadis-hadis ni MI kurang arif sangat, tapi diizinkan Allah sebab nak tahu sangat terdengar pula slot seorang ustaz (lupa nama) yang menyatakan sesetengah rumah adalah gersang seperti kuburan walaupun penghuninya sebenarnya masih bernyawa. Ini tiada lain hanya kerana rumah  itu tidak dibacakan Al-Quran. Nauzubillah.

Jadi cubalah sama-sama kita baca Al-Quran sekerap yang mungkin. MI sentiasa tetapkan dalam diri bacalah Quran dalam sehari, tak kira lah waktu mana pun, asalkan Quran itu disentuh sekurang-kurangnya sekali sehari. Teringat pula sepotong hadis yang memberi maksud antara perbuatan yang paling disukai Allah adalah amalan yang sedikit, namun dilakukan secara konsisten dan berterusan. Memang benar, biarlah sedikit, tapi kita komited dan bukan main-main atau hangat-hangat tahi ayam. Begitu juga hal yang berkaitan dengan solat-solat sunat. Rasanya setiap daripada kita mampu untuk sekadar solat sunat dua rakaat, dan cuba pula lakukan setiap hari... InsyaAllah. Jom beribadah!

Okay ini yang nak MI kongsikan beberapa amalan yang mengundang malaikat ke rumah kita:


  •  Rumah yang diliputi zikir kepada Allah yang di dalamnya ada ruku dan       sujud 
  •  Rumah yang senantiasa bersih 
  •  Rumah yang penghuninya adalah orang-orang yang jujur dan menepati janji 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang senantiasa menyambung tali silaturahim 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya. 
  •  Rumah yang senantiasa ada tilawah Al-Quran 
  •  Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu 
  •  Rumah yang penghuninya ada isteri solehah 
  •  Rumah yang bersih dari barang-barang haram 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang rendah hati, sabar, tawakal, qana'ah, dermawan pemaaf yang senantiasa bersih lahir batin dan para penghuninya makan tidak terlalu banyak.


Jom sama-sama kita amalkan!




"mum's house"