April 27, 2013

MenJemput MALAIKAT ke RuMaH ...




Assalamualaikum...kali ni nak kongsi entry baek punye..Insya Allah..mudah-mudahan bermanfaat buat semua
sapa tak nak rumah dikunjungi malaikat? semua nak kan? Bagi MI tak penting rumah besar, mewah, luas dan yang sewaktu dengannnya..cukup sekadar selesa biarlah kecil pun, asalkan dapat beribadah dengan selesa dan paling penting rumah yang kita diami itu sentiasa dikunjungi malaikat, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah serta sentiasa mendapat doa malaikat siang dan malam. Pohon  juga agar dijauhi segala perbuatan khianat dan jahat jin, satan & manusia. 
Teringat pula MI satu ketika tu masa dengar slot Prof Muhaya dalam ikimfm yang cakap macam ni: "kenapa dalam banyak-banyak rumah, pencuri pilih pecah masuk rumah kita, kenapa tak rumah orang lain" . Persoalan ini yang membuat kita terfikir-fikir. Kebetulan pula masa tu rumah yang kami diami nyaris dimasuki pencuri, tapi tak sempatla, coz MI tersedar dulu. Alhamdulillah. So kebetulan terdengar kata-kata prof tue, terus rasa cam terpukul..so MI cuba selongkar segala kekusutan ini dan ini hasilnya yang nak sangat MI kongsi bersama bloggers dan pembaca budiman:

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

“Jadikanlah bahagian dari solat kalian di rumah-rumah kalian, dan jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan.“
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ).

selain itu....

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya

 “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. 
(Riwayat Muslim)

Huraian lengkap hadis-hadis ni MI kurang arif sangat, tapi diizinkan Allah sebab nak tahu sangat terdengar pula slot seorang ustaz (lupa nama) yang menyatakan sesetengah rumah adalah gersang seperti kuburan walaupun penghuninya sebenarnya masih bernyawa. Ini tiada lain hanya kerana rumah  itu tidak dibacakan Al-Quran. Nauzubillah.

Jadi cubalah sama-sama kita baca Al-Quran sekerap yang mungkin. MI sentiasa tetapkan dalam diri bacalah Quran dalam sehari, tak kira lah waktu mana pun, asalkan Quran itu disentuh sekurang-kurangnya sekali sehari. Teringat pula sepotong hadis yang memberi maksud antara perbuatan yang paling disukai Allah adalah amalan yang sedikit, namun dilakukan secara konsisten dan berterusan. Memang benar, biarlah sedikit, tapi kita komited dan bukan main-main atau hangat-hangat tahi ayam. Begitu juga hal yang berkaitan dengan solat-solat sunat. Rasanya setiap daripada kita mampu untuk sekadar solat sunat dua rakaat, dan cuba pula lakukan setiap hari... InsyaAllah. Jom beribadah!

Okay ini yang nak MI kongsikan beberapa amalan yang mengundang malaikat ke rumah kita:


  •  Rumah yang diliputi zikir kepada Allah yang di dalamnya ada ruku dan       sujud 
  •  Rumah yang senantiasa bersih 
  •  Rumah yang penghuninya adalah orang-orang yang jujur dan menepati janji 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang senantiasa menyambung tali silaturahim 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya. 
  •  Rumah yang senantiasa ada tilawah Al-Quran 
  •  Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu 
  •  Rumah yang penghuninya ada isteri solehah 
  •  Rumah yang bersih dari barang-barang haram 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang rendah hati, sabar, tawakal, qana'ah, dermawan pemaaf yang senantiasa bersih lahir batin dan para penghuninya makan tidak terlalu banyak.


Jom sama-sama kita amalkan!




"mum's house"





April 19, 2013

Bila ibu geram kat baby dia...




Kaum ibu penyayang memang macam nie.......









Kredit: facebook & google


"She Turns 6"

Sofiya sudah 6 tahun semalam. 18 April 2007 tarikh MI lahirkan dia..dia lewat 10 hari dari due sebenar..dan macam kakaknya , Syaza, tidak mahu keluar secara normal..so Cesarean sahaja pilihan yang ada..huhuh..sakit tak? hahaha..masa operation tak terasa la..dah hilang ubat penahan sakit tuh...haih..sakit tak terluah dengan kata-kata. Hanya hati yang mampu beristighfar semoga Allah ampunkan segala dosa. 
Memang perit sangat bagi MI coz melalui pengalaman kesakitan demi kesakitan. Pertama coz doctor mahu tunggu si baby keluar normal..masa contraction tue benarlah fakta ini:

 "tubuh manusia hanya mampu menahan kesakitan sebanyak 45 del (unit bagi kesakitan), namun begitu ketika bersalin seorang ibu menahan sebanyak 57 del kesakitan. Ini sama seperti kesakitan yg diraih ketika 20 tulang patah serentak"

Memang merayu-rayu dengan misi minta disegerakan mana yang patut, vakuum ker, operate ker, suntik kasi pengsan ker..(segala idea-idea tak logik datang semata-mata tak tertanggung segala kesakitan tu). Kalaula boleh dikongsi dengan sesiapa yang belum pernah merasainya, masa tu macam di ambang maut la..hati tak habis-habis fikir Allah nak terima ke kalau mati nanti...banyak sangat dosa sampai sakit yang Allah bagi ni teruk sangat..di akhirat macam mana agaknya..memang ini azab di dunia..so true.


sorri..latest pic celebrate birthday sofiya tak dapat snap -coz my cam masuk ward..ada fungus kat lense..huhuh..takpe..ni pic 2 tahun lepas..ok kan kan...!!!

^
^
^
^
^
^
^
^

selepas empat tahun ini dia sofiya..
^
^
^
^
^
^
^



sambutan serba sederhana di kampung tok ma & tok ayah kat pasir mas..
"biasa-biasa jah boh..." 



she's too shy..cannot hear people singing that song..!! 


kek pilihan sofiya










her little cousins






malu..alah siannya.. 














birthday girl tengah makan










 sekian



April 03, 2013

Masya Allah...wujud lagikah pemimpin sebegini..?



Rasa sayu hati baca kisah ni...kisah Ali bin Abi Talib & seorang penghutang


****************


Pada suatu ketika, Ali bin Abi Talib menangis, dan kawannya segera bertanya kenapa. Ali lantas menjawab, "Sudah seminggu seorang tetamu pun tidak datang ke rumahku. Jangan-jangan aku ni seorang yang cukup hina sehingga tidak seorang pun sudi datang ke rumahku."

Ditakdirkan Allah, datanglah seorang lelaki ke rumah Ali dan Ali bertanyakan keperluan lelaki tersebut.

"Saya mempunyai hutang 400 dirham" Kata lelaki tersebut.

Ali terus menghulurkan 400 dirham dan lelaki tersebut meminta diri.

Ali kembali ke tempatnya dan sekali lagi beliau menangis.

Isterinya kehairanan dan bertanya; "kenapa engkau menangis suamiku? Mengapa 400 dirham itu engkau berikan kepada lelaki tadi sedangkan engkau juga memerlukannya?"


Maka inilah jawapan Saidina Ali:

"Aku menangis kerana menyesal tidak sempat melihat keadaan umatku, sampaikan lelaki tadi datang sendiri kepadaku untuk meminta bantuan. Sepatutnya, sebelum diminta, aku terlebih dahulu membantu mereka," jawab beliau.


p/s: adakah....?


kredit: "cara tepat mendapat pertolongan ALLAH"
(synergy media)