July 28, 2013

Amalan 10 Ramadhan Terakhir






Salam semua...sedar tak sedar kita sekarang sudah di penghujung Ramadhan. Tak sempat langsung berblogging..sekadar menyiapkan assignment dan menjaga si Zahraa yang asyik demam..Dugaan sungguh di bulan mulia ini. Hasrat di hati sebelum Ramadhan dulu macam-macam..nak khatam Quran..nak solat tarawikh setiap malam...nak itu ini...namun tak semuanya mampu ditunaikan...MI just tunaikan ikut kekuatan dan keadaan yang mengizinkan...selebihnya serah saja kepada Allah. Dia Maha tahu segala hajat dan impian kita..segala doa kita..segala-gala yang terbaik untuk kita. 

Okay..pagi tadi otw ke skul, MI terdengar slot bersama Ustaz Al-Hafiz yang berbicara tentang 10 Ramadhan terakhir. Tak sempat dengar habis, separuh aje. Selebihnya MI search kat google i dan inilah amalan-amalan yang kita patut mulakan dari sekarang; sama sepertimana yang ustaz tadi maklumkan:
  • Menghidupkan malam dengan solat malam (qiamulail)seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

  • Mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.(kalo dorang tak nak bangun terpulanglah, at least we've done our part)-kita turut mendapat pahala melakukannya

  • Suami isteri tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

  • Amalan i'ktikaf -iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: 

“Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : 

“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Jenis-jenis Ibadah Rasulullah 10 Ramadhan Terakhir

Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : 

“Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”


Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.


Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata:

 “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”


Tulisan MI bertujuan untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan mengamalkan amalan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan. Kita teruskan seperti biasa amalan-amalan ini dengan konsisten, manalah kita tahu rupa-rupanya amalan itu jatuh pada malam Lailatul Qadar. Subhanallah! Semoga jiwa kita dibersihkan dari segala kotoran dosa

dan seandainya doa itu jatuh pada malam Lailatul Qadar, maka ingatlah pesanan Ibnu Abbas bahawa terdapat 4 golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar iaitu: 

  1. orang meminum arak 
  2. anak yang derhaka kepada ibu bapa
  3. orang yang selalu bertengkar 
  4. mereka yang memutuskan silaturahim

****moral..kalau ada rasa "terderhaka" kpd ibu bapa terus pohon maaf, begitu juga yang asyik nak bertengkar sesama Islam...yang berputus saudara erat-eratkanlah pada bulan mulia ini.....sayang kan kalau doa xditerima?

wassalam 

July 22, 2013

My Mess Condition ^ _^


In mess mess condition... i haven't finished my assignments!!!










Ya Allah, permudahkanlah....

July 17, 2013

Suatu Ketika Dahulu..





Salam sayang buat semua blogger and friends..hmm..kali ini entry suke-suke coz terpandang foto lama, about 6 years ago..wah gitu..si Sya sekitar 4 tahun and Sofiya nak masuk setahun..Zahraa lum kuar agi...heheh.. MI teringat masa duk Puncak Jalil dulu time bosan we all suke sangat pegi Putrajaya..kuar amik angin kat situ..seronok la..orang tak ramai ..taman dia luas dan suka tengok banyak ikan kat tasik tu..skang tak tahu apa citer dah coz tu cite lama.. lama gak la kami kat KL, hampir 6 tahun jugak before we all decided to stay kat Kelantan..tak banyak kenangan dilakarkan, maklum saja masa tu handphone berkamera belum kuar, so pic ni semua pinjam my best girlfriend's cam masa tu, whose i called her Bebeh.. 



masa we all ke sana, gerai-gerai baru nak start beroperasi..banyak lagi dalam pembinaan. tetiba ada butterfly kat situ..hehe nyebukk.. 
tengok, sofiya yang chinese look..sampai ramai yang berbangsa Cina tegur dier ..


Sofiya...masa tu..dan skang..masih lagi mata sepet ok..



dan ini Kak Sya..mata nya a bit bigger la..



***p/s: tetiba nak gi Putrajaya..nak lihat suasana hari ini...



July 09, 2013

Nasyid My Mother by Yusuf Islam


(pic: mr.google)

Feel touched with this song and here is the lyrics:



Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you 
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick 
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah 
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.



"Tangan yang menggeletar itu telah membesarkan saya"




(sumber: google image)



My mom semakin uzur..hari-hari bersama beliau rasa masih kurang kerana desakan kerjaya dan menguruskan keperluan dan perhatian anak-anak. Namun  MI cuba juga luangkan masa berkualiti buat my mom. Paling ketara mak selalu kata tangannya menggeletar. Ini kerap terjadi semasa mak nak solat..memang dia nak MI pakaikan telekung leteww..

Cuma yang latest ni MI ingat mak perlu disuap masa makan..yelah macam kita kecik-kecik dulu la..mak dah lupa mana nak amik lauk, kalau tak dibubuh lauk ke pinggannya maka makan nasi putih la jawabnya..MI mungkin akan suap juga nanti, cuma sekarang ni tak sempat sungguh! 

Ok, tadi kat Fb MI jumpa ni:



"Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia. 

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

Namun,

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit? 

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali. Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus."



Walaupun post berkenaan ditaip untuk tujuan business (yakni jual telekung solat), hati kecil MI tersentuh..coz jauh di sudut hati tidak mahu jadi anak derhaka..taknak!! 

Jangan sampai kita menangguh-nangguh nak buat perkara yang diredhai nantikan tak sempat sampai ke sudah...jom kita dapatkan keredhaan ibu bapa hari ini juga.