August 31, 2013

Kalo Hujan....


Salam semua..heheh...hari ni mood nak buat entry nak share citer pasal hujan..memang MI suka sungguh bab hujan-hujan nih..espeselli kalo hujan kat kampung, umah my parents la mana lagik.Tiap kali hujan lebat MI suka sangat kemas rumah dan tabiat tue kekal sampai sekarang. Rasa macam saat atau peluang yang tak boleh dilepaskan. So MI akan sapu lantai, cuci pinggan, dan apa sahaja yang baik. Jarang sekali nak duk diam, bagi MI peluang semasa hujan turun tue bukan untuk disia-siakan.Cuma skang ni elokla dibuat semua tue disusuli doa kerana salah satu doa yang dimakbulkan ialah berdoa semasa hujan turun.
 Sejak kecil sampai la dah tua ni memang suke la kalo hujan turun, memang tak merungut, sangat bersyukur..hati ceria berbunga-bunga gitew. Dulu masa kecil memang suka rumah naik air..suka sangat main air,walaupun lopak yang kecil. Masa MI kecil-kecil dulu, umah my mum still pakai atap rumbia...macam kat bawah nie..




so bila MI kenang-kenang balik masa hujan dedulu tu kitorang adik beradik pakat hulur tangan tadah air yang turun dari atap rumbia. Atap rumbia ni walaupun daun, memang hebat ciptaan Allah, takde bocor pun, ada tapi tak banyak,adala satu atau dua tempat yang kena tadah basin. Jenis atap rumbia ni kalo waktu siang tak panas. Cuma risiko kalo kebakaran la, boleh lenyap sekelip mata coz sangat kering dan mudah terbakar. 


Okay, berbalik pula kepada cerita hujan tadi, lepas beberapa tahun tinggal di rumah beratap rumbia,then my ayah plan buat rumah baru. Lalu terbinalah sebuah rumah yang beratap zink dan digandingkan bersama asbestos.Zink tu menjadi bumbung bahagian dapur manakala asbestos bahagian luar rumah berserta bilik-bilik dan ruang tamu. So bila hujan datang, area dapur paling bising coz beratapkan zink. Kuatnya bunyi tu sampai kami tak dapat dengar sesama sendiri. Kalo nak gelak sakan pun sama,saling kami tak dengar. Kalo ada benda penting jugak, kami kena jerit kuat-kuat atau cakap aje kat luar.Kejadian hujan yang sangat kuat ni buat MI teringat pula kat bait poem "Nature" puisi English Ting 5. "The days when the rain beats like a bullet on the roof".Mereka yang tak pernah merasa rumah beratapkan zink takkan tahu atau rasa betapa kuatnya air hujan yang turun dari langit. Uolls yang duk umah teres confirm tak rasa. Kuat macam orang kata peluru berpandu pun bolehlaa..haha.

Okay, now MI ada 3 anak perempuan,sorang demi sorang si kecil ni akan tergamam kalo tiba-tiba lalui suasana yang bising begitu sekali sekala. Skang ni paling menarik perhatian si Zahra coz dia paling bongsu..baru setahun lebih..dan dia paling kuat senyum dan sengeh tiap kali hujan....





thanks:Mr.Google

August 15, 2013

Ulaman Paling Best dan Berkhasiat


(Sumber: Google image)

kalaula ada pokok kunyit sesubur begini kat belakang umah kannnn!



pegaga




Yang ni pun, dulu ada..skang dah lenyap..huhuh..


MI dan adik beradik tak kira lelaki ke perempuan semua suka makan ulam. Agaknya coz ulam ni dah jadi fav our parents dedulu. macam MI, suka sangat ulam ni coz my sister, especially kakak sulong, Kak Za memang hantu ulam. MI ingat lagi masa kecik-kecik dulu dia tak habis-habis cakap pasal awet muda la, kulit licinla, muka gebu dan macam -macam lagilah..so entah cuak ke tak we all adik-adik layan aje, sambil telan dalam-dalam..hehe..tapi normal la, cam budak-budak lain, zaman kanak-kanak jadi fobia makan sayur/ulam coz perit bila tergigit part yang pahit...serikla jadinya..

As a Kelantanese, we all wajib cicah ngan budu, kalo campur tempoyak maka extra best la jadinya..hehe..

Kalo ternampak bunga kunyit kat pasar, maka MI jatuhkan hukum"harus" membelinya oleh kerana tiada ditanam di kawasan umah..malah sekuntum bunga kunyit makcik tu jual RM1 pun MI tetap juga beli kerana nak makan sangat..rasa dia macam rasa kunyitlah! cuma yang ni lebih fresh dan krup-krup bunyinya masa digigit..hehe (detail MI describe..hamek kau :D)

Okay...antara  khasiat bunga kunyit ialah sebagai agen antibakteria malah mampu merawat sakit sendi dan asma, masalah kurang pencernaan, jaundis , masalah hati dan pepundi hempedu.Bunga kunyit juga mampu menguraikan 
pembekuan darah dan lebam. Paling popular,kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu terutamanya kepada ibu-ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. 


Manakala daun dan batang pegaga kalau diamalkan sebagai ulam, sebagaimana diketahui ramai, ulam pegaga boleh :



1. Mengurangkan tekanan darah tinggi.

2. Mencegah nyanyuk dan mengekalkan awet muda.

3. Menyahkan kotoran dan toksik dalam badan.

4. Boleh dijadikan sebagai tonik untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.

5. Menguatkan salur dan kapilari darah.

6. Mampu merawat masalah kejang dan bengkak kaki.

7. Mampu mengurangkan masalah demam, campak, sakit tekak dan batuk kering.

8. Merawat masalah keputihan.

9. Berupaya mengurangkan masalah tidak selera makan, sakit perut, cacing, buasir 
    dan  keracunan makanan.

10. Meredakan bisul.

11. Mencuci buah pinggang.









Hakikat Dalam Mencipta Impian ^___^


Google pic:  Edinburgh University

Salam semua...pic di atas sekadar pendorong buat MI nak jejak kaki ke UK suatu hari nanti...mudah-mudahan menjadi kenyataan..Amin.

Okay hari ni MI ingat nak share fakta bukan auta drpd buku tersohor En.Fathuri, "Mudahnya Menjemput Rezeki" tentang mencipta impian. MI ringkaskan Bab 35, iaitu Bahagian 4 dalam buku tersebut. Menurut beliau:

  • Hanya satu persamaan kisah orang yang berjaya-mereka semua ada IMPIAN!
  • Hanya 10% sahaja orang yang mempunyai impian dan hanya 3% sahaja yang menulisnya di kertas. 
  • Hakikatnya kita bukan tidak berupaya mencapai kejayaan, tetapi tidak pernah bertanya dengan serius apakah sebenarnya impian kita.
  • Dalam usaha mencapai impian, kita perlu berani memberitahu impian kepada orang lain 
  • Selain menulis impian, kita boleh juga melukis (jika berbakat), menampal gambar dalam buku khas e.g, gambar rumah idaman dan tampalkan di dinding atau buku impian tadi. 
  • Step berikutnya maklumkan kepada ibu tentang impian kita dan mohonlah redhanya,jika niat kerana Allah,pasti dimudahkan. Gembirakanlah hatinya.
  • Selain ibu, beritahulah kepada orang paling hampir dalam hidup anda. Sudah tentu suami/isteri (bagi yang sudah berkahwin),dan mungkin sahabat yang paling akrab dan dipercayai dalam hidup anda, mungkin juga kakak, abang atau adik beradik yang saling memahami. Paling best bagi pasangan suami isteri yang serasi, bisikkan aje "ini impian kita bersama." Kalau belum kahwin,cukup sahabat handai, adik beradik anda fahami dan doakan impian kita.
Hakikat impian jangan disamakan dengan angan-angan. Impian lebih realistik kerana hampir dengan cita-cita yang pasti menjadi kenyataan dengan hebatnya usaha, doa dan tawakkal. Impian juga bukan sekadar menulis di kertas, dan ditampal ke dinding,malah kita perlu memperuntukkan waktu khusus untuk merasakan impian itu menjadi nyata. Kita perlu lakukannya di minda dan berimaginasi secara bijak. Ayuh! Marilah kita sama-sama tergolong dalam 10% manusia yang yang mempunyai impian tadi!


p/s: En.Fathuri yang baik hati turut berkongsi beberapa tips dan strategi ghaib dalam usaha mencapai kemuncak kebahagiaan dan kejayaan dalam redha Allah pastinya!

August 14, 2013

Impian itu Indah ^___^

Jom kita cipta impian masing-masing..This is one of my wish lists aka big dream and I pray and want all kind people out there pray for me to achieve this! Lepas pengajian master MI tamat next year, nak intai peluang ke universiti di UK.. yelah..nak harap keje kat sana,la' mungkin, nak jenjalan kena ada biz besar baru dpt melancong..so last choice yang MI ada ialah further study ke sana...

okay, jom berangan nak masuk U mana!


 

 NOTTINGHAM UNIVERSITY

 
 BURMINGHAM UNIVERSITY

 
LANCASTER UNIVERSITY

 
NEWCASTLE UNIVERSITY

 Durham University

DURHAM UNIVERSITY

a big thank you to Mr.Google,kalo nak show semua pic U kat UK ada sejumlah 123 universiti kat sana..erghh..pengsan..! MI nak satu aje..janji dapat. 

p/s: panjang citer nak ckp sal buru impian ni, tapi kita perlu war-warkan..mudah-mudahan senang tercapai. InsyaAllah. 

August 08, 2013

Salam Aidil Fitri 1434

My pic quite scattered...but, layan jer..


muka baru bangun (dua-dua okehh)

 sweet atikah (niece)
 yeng & ateh
 Pakda & Ateh
 Angah 
 my 1st nephew..
 getting charm

 Kak Za's beautiful daughters

 Big brother 

 dorang nih masa kecit-kecit hobi suka gaduh-jerit-mengamuk..ni dah besau
 getting matured
and gorgeous!

August 04, 2013

Ibadah Buat Wanita Dalam Haid ^_^





Walaupun dalam keadaan tidak bersuci...perempuan masih boleh meneruskan ibadat dengan ikhlas kerana Allah seperti amalan berikut:


-Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang Al Quran
-Mentadabbur ayat-ayat al-Quran (membaca makna/terjemahan dan menghayati maksud ayat-ayat al-Quran)
-Zikrullah-iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan:

-SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
-Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH)
-Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
-La Ilaha illa ALLAH (Tiada Tuhan selain ALLAH)
-SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
-La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
-Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar.  UcaplahAstaghfirullah(aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali.  
-Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
-Berdoa-memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.  Berdoa juga adalah ibadah.
-Doa Lailatul-Qadar
Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
-Muhasabah diri.
-Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
-Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH 
-Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami haid.  Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan.  Kerana di dalamnya kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar.


Ibadah-ibadah lain
-Menghadiri majlis ilmu.
-Menjauhi perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.
-Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.
-Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa.  InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.
-Berinfaq.
-Membantu orang yang kesusahan.
-Menyebarkan salam.