November 20, 2013

I really miss that moment!!


P/s: Arra gelak lepas tengok teman belakang tidur-tidur kucing..

Baru ni masa my colleague kata tak sabar nak balik rumah coz nak tengok senyuman baby boy nya, MI tersenyum dan tumpang gembira. Pengalaman mana-mana ibu atas dunia ni kalau terpisah walau sekejap dengan si comel pasti terbayang-bayang setiap ukir senyumannya,cukup rindu harumannya. Sedar tak sedar my Zahraa dah nak masuk 2 tahun..MI cari balik foto-foto lama yang ada wajah senyumnya yang tak kan dilupakan sampai bila-bila. Dulu konon nak update setiap bulan wajah Zahra  supaya tak ter"miss" macam nilah..hmmm apakan daya supermom abad ini cukup busy...huhu..


Alahai rindunya saat ini, balik keje ada benda yang menggembirakan menanti di rumah....


Bersama kakak



Bersama papa dan 2 orang kakaknya..



******


semoga pengalaman sebagai ibu ini dapat kujalankan sepenuhnya dengan penuh amanah dan tanggungjawab..setiap saat kuperlukan hidayahMu Ya Allah agar aku tidak tersasar.  Rabbiyassirwalatu'assiryakariim..




Sangat betul prof........... :)





Salam sayang, pic ni dah lama, 2 years back..saja windu si zarra nihh..skang dah besau....hokay..dalam usaha menuju rumahtangga kita yang aman bahagia..inila yang sempat MI petik kata-kata berhikmah Prof Muhaya aka my mentor paling atas setakat nih..


1-Orang yang tidak bahagia tidak mampu membahagiakan orang lain
2-Orang yang bahagia adalah orang yang suka melihat orang lain bahagia
3-Setiap kali kita mengkritik orang lain kita dah menjatuhkan martabat kita
4-Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita-ambil tanggungjawab dan banyak berdoa
5-Siapa yang Allah sayang manusia akan sayang
6-Ibu bapa jangan hanya mengejar A untuk anak-anak, tapi mula dengan solat. Apabila solat sudah cukup, baru lihat perkara lain
7-Kita hidup untuk siapa, untuk mencari penghargaan manusia atau keredhaan Allah?
"sesiapa yang mencari redha Allah dalam kebencian manusia sesungguhnya Allah sudahpun cukupkan segala untuknya di dunia ini, manakala sesiapa yang sibuk mencari 
penghargaan manusia dengan kemurkaan Allah, maka Allah serahkan nasibnya juga kepada manusia."
8-Saya menyeru semua umat wanita di luar sana, jagalah 3 perkara ini: 
1-solat
2-Aurat
3-Pergaulan  

9-Lihat diri dan hubungan dengan Allah dan ketaatan kepada suami, 
beri kasih sayang dan jangan marah anak-anak kerana mereka ahli syurga dan Nabi Muhammad SAW amat menyayangi anak-anak.
Kurangkan KEDEGILAN kita kepada Allah InsyaAllah anak-anak kurang degil dengan kita. Jaga Allah maka Allah akan jaga kita.
10-Anak-anak yang diasuh, dididik dengan kasar akan menjadi anak-anak yang yang LIAR dan GANAS. Yang duk marah anak-anak tu kenapa? Bersyukurlah kepada Allah penghuni syurga masih di rumah kita, bersama kita. Kalau anak mati dulu, tanya pada diri sendiri siapa yang untung, siapa yang rugi?


p/s:pic tak kene mengena dengan entry 


November 12, 2013

Garangnya Ayah..Sabarnya Ibu...


Kisahnya...kami adik-beradik dilahirkan dengan suara ayah yang cukup kuat, garau dan sudah tentu garang. Maklum saja, ketua rumahtangga,kenalah tegas. Sehingga menjengah usia remaja..masuk u dan mula bekerja..kadang-kadang rasa pelik juga, ayah ni sayang tak anak-anak, cakap dahla kuat semacam, nak gurau senda jauh sekali,paling tak gemar time makan aja, ada aje yang tak kena, terlebih masinla, tawarla, itu ini semua ada dan my ibu paling tahu taste ayah dan biasanya mengikut segala menu ayah..jadi kami anak-anak telan menu ayah yang biasanya tak sama taste dengan kami anak-anak..takpelah..yang tu kami tak kesah.

Yang paling buatku kisah bila ayah cakap kuat, belum lagi time marah, memang bak halilintar membelah bumi..seolah-olah semua badan jadi menguncup..takuttt..tapi paling kami hormat ayah hingga kini, segarang mana pun ayah, tak pernah pula ibu mahupun anak-anak dipukul,disepak terajang, iye..ayah cukup macho. Cukup saja dengan suaranya buat kami patuh dan taat, lebih-lebih lagi arahan pergi solat dan tutup tv 
(ayat ayah..."katop tibi..katob tibi..!!) Arahan tu melekat dalam hati sehingga ke hari ini..kami sangat patuh dan lari bertempiaran mengikut perintah..
syukur Alhamdulillah.


Ok, dipendekkan cerita ayah makin lama seolah-olah makin rosak pendengarannya. Makin tidak peka dengan bunyi, teringat lagi mak kata satu ketika, "ayah tu kerja kuat, selalu kerja tengah terik matahari, sebab tu makin rosak pendengaran ayah". Jadi kalau mak bercakap dengan ayah, kena repeat paling kurang 2x. Biasa 4x, dan kalau lebih, mak diam terus. Mungkin nak marah sangat sampai takmo cakap apa-apa. Dan ayah terus faham.

Kami adik beradik faham sangat masalah ayah, dan mungkin kerana ego, ayah enggan buat pemeriksaan telinga....keadaan berterusan begitu bertahun-tahun lamanya sehingga aku terperasan sahabat handai ayah selalu gelakkan ayah seolah-olah mengejek pun ada..semuanya disebabkan masalah pendengarannya. Pernah juga satu ketika ayah dapat alat pendengarannya, mungkin daripada kawan dsbnya, namun sekejap aje ayah guna, mungkin tidak selesa agaknya..

Akhirnya tiba satu ketika ingin bertanya ibu sendiri,"mak, sejak bila lagi ayah tak dengar, sehinggakan mak kena cakap berulang-ulang dengan ayah?" Mak pula selamba menjawab, "sejak kami kahwin..."

 Aduh...rasa mahu terduduk apabila dengar semua itu..Ya Allah sabarnya ibuku selama ini..tak kesah walau sedikit bersuamikan ayah yang garang, pendengaran pula bermasalah, nak cakap ulang banyak kali..tapi masih mampu bertahan sehingga kini..mak cukup penyabar...


*****

(pic: google image)

Ya Allah.., kasihanilah ibuku, ampunilah ibuku..bagilah syurga untuk ibu nanti..aku sedih tak sangka, aku sebagai anak pun asyik nak marah kalau cakap banyak kali, ulang skrip sama berulangkali..Aku tabik spring...hebatnya ibu..sabarnya ibu..baiknya ibu...

Aku tak pandai berpuisi, bersajak atau bersyair, tapi aku jumpa puisi di bawah ini kat sini dan ia jelas menggambarkan betapa tepat setiap baris puisi itu.


Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata "Sabar nak, Sabar ye sayang".

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu nak dimandikan… di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi &
takkan kembali lagi…




p/s: doa sampai syurga


November 08, 2013

Good Luck For All The Journeys Of Your Life!


My charming boys (ex-students of SMUAZ) safely arrived Eqypt-
the earth of anbiyak..which is one my dream destinations.



Wan @ Wea @ Adik @ AdikWea


Syahid & Wan






Wishing you good luck, blessing & happiness, today and every day


*********

Diorang sempat menamatkan 1 semester di IIUM dan ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini. Tahniah & selamat maju jaya..Doaku agar merekalah bakal mujahid yang akan terus memperjuangkan Islam di muka bumi ini. Selamat maju jaya, buat Aid & Wea. 

**** missingyouguys****

November 02, 2013

Jom buat Cek Mek Molek ^_^


Pada musim hujan sebegini..selain ubi kayu, kuih tradisi, cek mek memang sedap dimakan..esp masa dia masih tengah panas tue..hihi.. MI suka sangat kuih ni, masa kecik2 dulu my mum selalu buat, memang sedaplah! Kami adik beradik makan kalo tak berebut memang tak sah, so mak selalu aje buat tanpa rasa boring, bukan senang tau, rumit jugak!! 

Kena sabar & gigih, maka terhasil lah kuih sedap cam my mum buat tu..MI ingat lagi time hujan aje ubi yang ayah tanam belakang umah menjadi-jadi (heheh), so bila dapat hasil, ayah letak kat dapur & mak jalankan tugasnya. MI suka sangat teman mak kat dapur, bukan apa, sonok tengok proses buat kuih ni kann..Namun ..sejak mak kurang sehat dua tiga menjak ni (beliau semakin lupa)..terpaksalah MI buat sendiri dengan susah payahnya, tapi hasilnya tidak sesedap air tangan my mum. 

Even my mum puji dah sedap pun, MI jauh di sudut hati rasa nak nangis aje coz tak sedap macam yang mak buat..tapi apakan daya..mak kata “mak dah lama tak buat”. MI telan aje terkulat-kulat sambil teringat cek mek yang mak buat bepuluh kali ganda sedapnya. Huhu..


Okay, jom pakat try buat, 

Bahan2 yang kita perlukan ialah ubi keledek (kami panggil ubi stello, ada yang kaler kuning, ada yang merah, tapi rasa dia sama aje kalo tak silap).


1.Rebus mereka sampai masak & lembut, bubuh secubit garam





- mendidih dan warna kekuningan



2. Angkat dan toskan sebelum kupaskan kulitnya dan tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) 


3. Lepas tu campurkan dengan gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.  Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur macam ni.






4. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas


5. Inilah hasilnya..


Jom makan..sila sila...



 Selamat mencuba!






Telur Dadar ada Kelas..hehe



Salam sayang buat semua..untuk segmen "suke makan" hari ini MI telah create telur dadar yang sedap lagi berkhasiat..ada kelas la katakan..haha..
MI teringat kata-kata KakZa (ala my lovely kakak tu..), katanya telur dadar kalo tak bubuh bawang putih & lada hitam mesti tak sedap..hoho..baru MI tahu resia kesedapan telur dadarnya iteww..uolls bleyh try, MI dah try buat mcm dier buat tuh, memang sedap sungguh babe!. Cukup sekadar sepinggan nasi putih (yg masih hangat) dgn sepiring telur dadar tu..dah memadai..memang terangkat kata orang (angkat pinggan ke sinki mksudnya)

okay..yang kat bawah ni MI buat lain dari yang lain ..bahan yang telah dicampur aduk sekali ialah:


-daun pegaga
-daun sawi
-lada hijau & merah
-bawang besar
-garam
-sedikit mayonis


so, inilah rupa dia, telur yang kecik dah jadik besar coz byk perkakas dlm tuh..
hik..hik..


rasa dier..?gebu..telur bersayur2an gitew.....
coba jangan tak coba taw!