June 16, 2013

Cara Tahu Kucing Kesejukan... ^______^



Kerana badan mereka penuh dengan bulu...so tak tahu mereka tu sejuk ke tak..badan dorang ni sentiasa panas sehingga kita mesti cari dorang nak peluk masa kita kesejukan (used to do that during my childhood)...so barulah hangat sket kan...huahuahua..


kalo kucing tu suka dipeluk...maka dia pun mula bunyikan dengkuran di tekaknya itu...tanda dia memang suka dan selesa..best ok. Yang paling biasa MI mesti nak kiss hidung dier..huhu..kalo sejuk sampai basah tu confirm la dia sejuk !! hihihihuhu.. kalo mcm my MOMO ni biasa hidung dia kaler pink tau,but time sejuk..jadi kaler putih..hehe





p/s:sekali sekala post ntahhapehapentah :)

Jom Kaut Pahala banyak2 Syaaban Kali Ini ! ^_^




Terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah di blog MI yang tidak seberapa ni..kalo ikutkan memang tak sempat sangat MI nak update segala perkara..namun MI cukup hargai kunjungan kalian..huhu..

Rejab dah lepas, itu pun bulan yang mulia, tapi tak sempat nak update, dah masuk Syaaban ni, tak mahu terlepas dah, lagipun 2 hari berturut-turut MI kebetulan terdengar kehebatan bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain dekat IKIM..tu pun masa drive, tak sempatla nak jot down note.. tapi zaman IT ni mudah jer kite gugel semula kan..huhu

Bercakap tentang bulan-bulan mulia seperti Rejab, Syaaban & Ramadhan, teringat pula MI kisah seorang sahabat yang mempunyai seorang makcik yang juga ibu tunggal yang sering berpuasa tiga bulan itu berturut-turut sepanjang hayatnya dan beliau juga meninggal dunia dalam keadaan berpuasa..subhanallah! Pemergian beliau kehilangan berharga buat semua insan sekelilingnya bukan sahaja sanak saudara, malah jiran-jiran dan hampir seluruh penduduk kampung kerana sifat mulianya lagi disenangi. Semoga Allah membalasnya dengan syurga di sana!

Jadi dikesempatan ini jom kita kaut pahala sebanyak yang mungkin yea. Okay, yang MI boleh buat kesimpulan amalan bulan Syaaban ini ialah:

a) perbanyakkan berpuasa (jom esok & seterusnya!, jangan nanti2 okay!) 

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

b) banyakkan doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah SAW. Duduk diam-diam..dan berzikrullah..dalam hati pun dapat pahala.

c) bertaubat (jangan tunggu tau..kang banyak dosa tak tertanggung)

Ini adalah hadis yang popular berkenaan bulan Syaaban
 Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Okay...yang tadi tu semua belum masuk Nisfu Syaaban kan...itu satu malam yang hebat dan ada juga ditekankan oleh ustaz dalam radio IKIM yang MI dengar masa tu..namun ada sedikit kekeliruan berkenaan berpuasa sunat selepas 15 Syaaban, ada beberapa pendapat mazhab dan MI rasa LINK ini cukup membantu. Nak amalkan sesuatu biarlah diri kita menjadi seorang yang betul-betul tahu,yakni berilmu, selain faham dan mengamalkannya kerana Allah. 
Berkenaan malam Nisfu Syaaban,subhanallah, cukup istimewa sepertimana hebatnya Ramadhan kerana Lailatul Qadar. Jadi segala kehebatan itu boleh lihat di sini. Jom klik & baca...! 

June 12, 2013

Puding Karamel Yang Sangat LAZAT wihuuu... ^_^

Pada suatu petang yang nyaman, MI menjenguk ke dapur dan tengok deretan telur. Benda ni seronok dibuat bila cukup bahannya. Ada susu pekat manis atau pun susu cair maka mudahlah tercipta puding karamel selazat ini.. okay, jom jamu mata yea..hihi








Resepi ini sangat simple, MI dapat secara spontan daripada seorang bestfriend satu ketika dahulu..macam ni...


a) 1 sudu besar gula, panaskan sehingga kekuningan
b) 6/7 biji telur yang telah siap dipukul
c) 1 tin susu pekat manis
d) bahan b & c dibancuh bersama bersama satu tin susu air masak
e) masukkan ke bekas a tadi dan kukuslah untuk 45 minit
f) biarkan sejuk lebih kurang 1-2 jam
g) telangkupkan dalam bekas dan letak dalam peti ais..


hmmm..simple kan..bulan Ramadhan nanti jangan gatal nak beli, buat jer sendiri okays!





***cikepal ada resepi puding karamel tanpa telur. jom try. kat sini

May 28, 2013

and they're now leaving me.... T__T (crying face..ok)


Their hard work have repaid .. my appreciation goes to all former students of smuaz, SPM batch 2012. They have striven so hard and trust me,  the results that you have achieved for SPM recently are really superb and outstanding. Yes, I'm so happy and grateful. Thank you Allah.

It was really hurt and hard to find those faces that will begin to leave MI in some time ... very soon... plus, even some of them have step out in advance from smuaz .. somehow still hoping to get few text from Sipie huhuh!!



Alia "saya dpt uia tecer"

Najwa "saya dpt unisza jer tcr"
jer? what do u mean jer?
Fatin " saya dpt unisza tcr"

Ridhwan "smentara tunggu pggilan ker overseas, sy terima uia dulu cer.."

Siti Hajar "saya dpt uia tcr"
Syahid "saya nakgi uia dh tcr"


Hafiz "saya gi unisza"

Zulshuhaifi "saya dah lama pasang angan2 nak jadi hafiz, (bukan Mohd Hafiz) 
doakan saya cer..(MTDQ)" 
Amin
Fatimah "saya dpt gi uia cer"
Amir "saya dpt unisza, tapi sy nak hafaz 30 juzuk al Quran dulu..." (MTDQ)


Nabilah: "saya akan ke KIAS"




"kami smbung prshbtn ini ke uia pula- tmpt belajar Ustazah Fatimah Syarha"



Bushra & Afiqah : "kami pun akan jejak ke bumi uia, tmpt tcr study dolu2" 


Faiz "saya kekal di smuaz menemani tcr...sy xmungkin ke laut utk memancing lagi.."



"teacher jgn sedih-sedih taw...kami pegi dulu yea...peace.."

huhu..so sad!



p/s: kehidupan baru sebagai warga kampus bakal bermula..semoga kalian tabah dan tenang selalu..ianya sama sekali tidak seperti alam persekolahan yang baru kalian tinggalkan. Good luck & sayang kamooo semuaa..








May 26, 2013

Lagi Buku Best : Belajar Dari Para Wali

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_LLrsLcjTIs9OM_-amhx6Ry1eHP7ozRHCP8Gvspg6Ga6ON8drwalv549zkwobh9sw3KchF9Te0OodB9meYnOi4r9eUBUKHjLjUiOtFtMVrZwI2zhYNMYp3TC_BSS2CC6egNRodGch-g/s400/Buku+Belajar+Dari+Para+Wali.jpg

Nama buku: Belajar Dari Para Wali
Penulis: wan Ji Wan Husin


Hari tu singgah bookstore, spontan jer tarik buku ni dan MI beli dengan harga RM19.00. Style buku kat Malaysia ni dia wrap penuh, memang takde chance nak belek isi kandungan secara lengkap. Teringat pula MI cerita seorang lecturer masa dia study kat UK, book store kat sana tak ada sebijik pun yang wrap macam kat negara kita ni. Mungkin juga pemimpin negara itu yang terlalu mahu rakyatnya berilmu, sehinggakan pemilik kedai tak kisah pun para pelanggan baca buku di kedainya sampai habis kulit ke kulit. Hmm..hebatkan. Tapi skang tak pasti pula..namun in my own view, cara wrap buku-buku yang dikira menarik or "must read" book itu sangat tidak relevan dan cukup menyakitkan hati kami selaku pelanggan yang selalu mahu beli hanya buku-buku terbaek..hmm..geram kan...

****

okay, berbalik kepada citer MI tadi, sebaik je balik umah, layan anak-anak dan lepak jap, terus capai buku ni. Dalam persepsi MI pasti dipenuhi dengan susunan bahasa Melayu lama yang telah diterjemahkan ke Bahasa Arab yang sukar difahami selain dipenuhi dengan hadis-hadis. Namun sangkaan itu meleset, buku ni mempunyai himpunan kisah para wali zaman dahulu dengan jalan penceritaan yang cukup relaks dan mudah difahami! Alhamdulillah! Cerita demi cerita yang disampaikan yang membuatkan MI cukup kagum dengan amalan wali-wali Allah sehinggakan terus MI google, masih relevan lagikah kewujudan wali pada zaman sekarang, bagaimanakah kehidupan mereka pada zaman serba canggih ini dan apakah keistimewaan yang dapat kita lihat dengan mata kasar? Namun segala persoalan itu tidak terjawab, yang MI dapat akses hampir semuanya info dari seberang...hmm susah nak paham lenggok bahasa dorang...nak tak nak kena refer yang lebih arif, para ustaz & orang alim...hmm mana gua nak cari...takpelah...forget it.

Hampir semua kisah para wali dalam buku ni sangat best, darjat dan pangkat mereka cukup mulia dan tinggi di sisi Allah sehinggakan ada yang sekadar menepuk tanah, maka keluarlah sekeping dinar emas, ada yang mampu berjalan di atas air memberi pertolongan, ada yang memberi makan minum pada masa panas terik di padang pasir, malah aura wali turut memberi rahmat dan unsur berkat kepada sesiapa sahaja di sekitarnya..selain tu macam-macam lagilah!! sangat seronok membaca seolah-olah magik yang sukar diterima akal, namun hakikatnya itulah keistimewaan kekasih Allah yang dekat dan bertaqwa kepadanya. Doa mereka cukup makbul buat sesiapa sahaja..kalau ada sekarang mau cari...nak minta doa bolehhh?

Apapun subhanallah..memang tak menyesal beli buku ini. Alhamdulillah.
Apalagi..belilah!!