Musim tengkujuh sudah tiba..dan banjir mula melanda terutama di kawasan pantai timur. Cuma banjir kali ni paling dahsyat melanda Kedah. Beberapa tahun lepas kita terkejut dengan banjir besar di Johor. Seingat saya banjir selalunya kerap di pantai timur. Namun bila berlaku banjir di tempat yang tidak diduga membuatkan saya bertanya seorang ustaz, katanya inilah petanda akhir zaman, tempat yang jarang berlaku bencana alam mula mendapat tempiasnya. Begitu juga dengan kejadian puting beliung dekat Perlis hari tu kan! Masa saya belajar Geografi kat sekolah dulu, masih teringat lagi kata-kata cikgu tue, dia kata kita rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana tiada bencana alam yang kritikal seperti gunung berapi, puting beliung, gempa bumi, tsunami dan sebagainya di Malaysia. Namun pelbagai bencana yang tidak diduga yang mula meletus dan berlaku di sekitar kita ini menyebabkan saya mula terfikir, inilah ingatan Allah kepada hambaNya yang sentiasa lupa..sama-samalah kita kembali kepada fitrah kita. Ya Tuhan..ampunilah kami...
jom layan beberapa gambar banjir yang melanda kat SMUA Azhariah Melor KB..
masa ni masih exam last day untuk student Form 4 (SMU)
lebih kurang 2 jam kemudian, saya dapati pokok pokok ini semua dah tenggelam..
tp xsempat snap, battery weak!!
agak2nya mcm mana ngan sekolah sy dulu ea..mesti kt padang bola dh bnjir,siap dpt tgkp ikan lg..hehe
ReplyDeletemmgmcm 2lhtiap2 tauh tcer...nsib baek msa exam spm taun lpasx bnjir x mcm examspm 2009 bnjir...peksa dlm air...hehe
ReplyDelete