November 02, 2010

Tips Persediaan Peperiksaan untuk Para Pelajar

Entry kali ini saya mahu berkongsi teknik belajar berkesan menjelang peperiksaan dan ini kesimpulan yang boleh diambil.



Entry kali ini saya mahu berkongsi teknik belajar berkesan menjelang peperiksaan dan ini kesimpulan yang boleh diambil.

· Tentang Nota:

Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda atau lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat. Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

· Cara Mengulangkaji

Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths dan sains.

Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja dan kemudian cari dan catatkan isi-isinya dalam kertas latihan.

Pelajar harus sediakan satu fail untuk mengumpul segala latihan yang dibuat. Latihan-latihan tersebut adalah nota bagi anda.

Sentiasa meminta bantuan guru bagi memperkukuhkan pemahaman dan penglihatan anda mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami.

Minta pendapat guru tentang soalan-soalan ramalan yang mungkin timbul secara am.

Senaraikan perkara-perkara yang mungkin perlu anda beri tumpuan mengikut keutamaan dan cuba memahaminya dengan lebih jelas lagi.

Dapatkan soalan-soalan lepas daripada senior dan kemudian kaji serta cuba jawab soalan yang belum dapat dijawab dengan baik.

Buat perbincangan bersama rakan-rakan bagi menangani masalah yang belum dapat diselesaikan dan dapatkan pertolongan mereka jika anda belum bersedia.

Semak jadual peperiksaan dan buat satu jadual terakhir untuk mengulangkaji secara ringkas dan padat.

Rujuk kembali nota-nota ringkas, gambarajah-gambarajah penting dan ingat fakta-fakta utama.

Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta makan makanan yang seimbang.

Sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya yang tidak berbelah bagi kepada persediaan menghadapi perperiksaan anda.

Belajar perlulah dengan kerelaan hati tetapi bukan kerana terpaksa. Belajar kerana terpaksa tidak dapat membantu anda belajar dengan sempurna dan boleh membuatkan anda gugup dalam peperiksaan nanti. Yakin akan kebolehan diri. Tanamkan dalam diri “saya boleh” dan tulis dengan besar dan terang di atas sekeping kad dan letak di hadapan anda (tempat anda belajar)



No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!