March 17, 2010

Kenapa GaGaL SPM??


Saya telah beberapa kali menyaksikan pelbagai reaksi pelajar sejurus selepas mereka menerima slip peperiksaan SPM juga PMR. Tahun ini saya sekali lagi menemani teman saya S/U SPM, cikgu Nasihah pergi ke YIK amik result, membuat analisa segera & seterusnya kembali ke sekolah utk serahkan slip kpd para pelajar yg kelihatan menanti dlm keadaan cukup resah gelisah dan penuh debaran..


Riak muka mrk yg pelbagai selepas mndpt slip SPM xdpt disembunyikan lagi...ada yg tersenyum kepuasan, ada yg menjerit kegembiraan,ada yg menutup muka, ada yg xtgk lgsg...malah ada yg xmahu amik slip sendiri...mcm2 hal drg nie..


Namun begitu, dlm ramai2 yg berjaya..knp masih ada yg gagal?? Knp gagal hampir semua MP?? Knp boleh gagal dlm BM? Knp susah sgt nak lulus Tasawwur?? Knp xmampu nak lulus Sejarah dan Sains??Kenapa???Kenapa???!!! Persoalan ini cukup mennggeramkan para guru yg telah mendidik mereka tanpa kenal erti lelah dan jemu.. termasuklah pelbagai tips utk sekadar lulus...namun, hasilnya cukup mengecewakan ...


Ada juga beberapa pelajar yg telah "insaf" lepas dpt slip mrk, namun..menyesal kemudian xmendtgkan apa2 kecuali sesalan demi sesalan..ada juga yg mohon maaf drpd kami para guru krn xmampu mencapai target..apa yg perlu kami ucapkan lagi??tidak mengapa, kamu dah cuba yg terdaya...namun di sebalik kegagalan ini tersimpan beberapa punca gagalnya mrk dlm peperiksaan...antaranya ialah:


1-Virus "M" (MALAS)

-virus malas sbnrnya ada dlm diri setiap insan, selain kucing yg aktivitinya tido berjam2 setiap hari, pelajar2 tidak terkecuali dlm aktiviti ini. Pelajar perlu ingat, semua org ada virus ini, bezanya cuma b/mana mrk mampu atasi & menguruskan virus M ini. Kalo virus M ini menguasai diri, 1001 perkara akan dirasakan cukup berat kecuali makan..sehinggakan dia sggup berkata "malasnya nak bubuh nasi dlm pinggan, malasnya nak tuangkan air,malasnya nak bangun..malasnya nak pegi tandas..." Jadi segala2nya jadi malas sehingga ke tua..


2-Byk sgtla subjek kena belajar...!

-sebelum ini tiada had jumlah mata pelajaran yg perlu diambil dlm SPM...sehingga ada yg amik sampai 20 MP seperti Nik Nur Madihah and she did it well..!knp dia boleh? knp kita yang ambik 10 MP dah bising bagai nak rak..xsempat nak phmla..pening byk kelas tmbhn la..tuition la..homework la & pelbagai lagi alasan..setelah k'jaan dah ttpkan paling byk 10 mp, ramai yg menraik nafas lega..namun sungutan ttg byk kena belajar tetap kedengaran...ni belum ambilkira lagi subjek aliran arab sepenuhnya yg diwajibkan oleh sekolah2 YIK (Yayasan Islam Kelantan) spt subjek sirah,nahu soraf, balaghah,& byk lagi yg mana hampir semua silibusnya adalah dlm bahasa arab...


3-"Saya ada byk masalah peribadi cikgu.."

-kalo nak memikirkan ttg masalah dlm belajar mmg xakan habis. oleh itu fikirlah cara utk cemerlang peperiksaan & segalanya akn menjadi mudah. ada yg komplen susah nak study coz x ada bilik sendiri atau kena berkongsi dgn adik2 yg lain,ada yg komplen bising kat rumah, ada yg kena jaga adik2,malah di sekolah pun ada yg marah kalau ada pelajar yg hidupkan suis kipas di kelas krn kipas menyebabkan mengantuk katanya! Jadi anda bygkan 1001 masalah dlm blajar. Sekiranya semua masalah ini terus menerus dipandang berat dan halangan utama, maka anda telah GAGAL sebelum ambil peperiksaan lagi!


-ini belum lagi masuk soal jerat cinta di alam persekolahan..ramai yg cemerlang di awal menengah rendah terutama dalam PMR, namun setelah menjadi idola & pujaan ramai terus terjerat & hanyut dlm cinta di awal remaja yg sememangnya merosakkan..akhirnya ilmu tergadai separuh jalan ....alangkah rugi sungguh rasanya...



4-"ala..cikgu tu xpandai mengajar..cikgu tu plak boring..mengantuk.."

-mcm2 alasan yg diberikan sehingga terus menuding jari kpd guru..mungkin ada juga benarnya kata2 pelajar ini, namun pelajar xseharusnya mati akal dgn hanya bergantung kpd seorang guru, masih boleh rujuk guru2 lain , malah boleh menegur cara guru yg pada mereka membosankan sblm terus buat laporan kpd pejabatatau pentadbiran, pelajar masih juga boleh rujuk buku2 rujukan jika malu bertanya, dan latih tubi turut membantu menambah minat & ilmu di dada.


5-"ala byknya kena hafal, kena ingat, sains..sejarah..semua fakta.."

-setiap mata pelajaran mempunyai tips tersendiri utk menjadikannya mudah & menyeronokkan..pupuklah minat dari awal..setiap formula & fakta tidak semuanya membebankan. malah terdapat pelbagai teknik mengingat yg berkesan yg perlu diamalkan oleh setiap pelajar..janganlah berputus asa hanya krn susah nak hafal,setiap masalah ada penyelesaiannya..jika anda xmampu belajar sendiri, anda boleh belajar secara berkumpulan.


Kalau nak kumpul byknya sebab gagal exam, mungkin ada saja yg datang, oleh itu fikirlah bagaimanakah caranya untuk cemerlang peperiksaan..dapat masuk U, dpt belajar oversea, dpt kerja berpangkat besar & kaya raya..bagaimana..??!!

March 10, 2010

There is no success without effort!

If you're not going to put in the effort, you are not going to get the results ...a positive attitude can really make dreams come true!!

Menjauhi Amalan Kepapaan

Dalam melalui hidup seharian, ada kalanya kita lalai dan alpa dengan amalan yg telah menjadi kebiasaan atau boleh dikatakan tabiat dalam hidup kita. Oleh itu ada baiknya kita ketahui amalan2 kepapaan yang mungkin memberi kesan dalam hidup kita tanpa disedari:

(ilmu ini saya catat menerusi e-mail yg xdpt dikesan siapa pengirimnya semasa di tempat kerja lama,drp buku b.arab "Taklimul Taklim Thariqul Muta'alim")

1-Tidur dalam bertelanjang (tanpa memakai apa2)
2-Makan dan minum dalam keadaan berjunub- belum mandi junub
3-Memudahkan setiap makanan yang tumpah di atas saprah
4-Bakar kulit bawang merah & putih
5-Berjalan di hadapan orang tua2 tanpa menghormatinya
6-Menyapu sampah diwaktu malam
7-Memanggil kedua ibu bapa dengan nama masing2
8-Membiarkan sampah di dalam rumah (berselerak)
9-Segera keluar masjid selepas solat Subuh berjemaah
10-Pagi2 ke kedai & pulang lewat tanpa urusan berfaedah
11-Membiarkan bekas hidangan sentiasa terbuka
12-Menghembus api dengan mulut (kipaslah dengan tangan atau mana2 objek sesuai)
13-Sikat rambut menggunakan sikat yang telah patah
14-Ibu bapa yang doakan anak dengan kecelakaan
15-Tidak doakan ibu bapa dengan kebajikan
16-Pakai serban dalam keadaan duduk
17-Makan sesuatu dalam keadaan mengiring (kecuali krn uzur/sakit)
18-Mencolek gigi dengan segala jenis kayu (selain yg dibenarkan)
19-Basuh kedua tangan dengan segala jenis selut & tanah (sengaja/tidak)
20-Duduk di bendul (muka pintu)
21-Ambil wuduk dalam tandas
22-Menjahit kain yang koyak di tubuh sendiri
23-Membiarkan rumah bersawang -labah2
24-Bakhil-kikir - kedekut