March 02, 2012

Jack admitted di KBVC Machang

Masa mula-mula di"rescue"



seperti biasa, ada penonton aka pengintai... nama dier nie Combi
Apa yang dirancang tidak menjadi, keesokan pagi ada hal lain yang perlu disegerakan, so MI hanya bawa si Jack ni sebelah petang ke KBVC Machang. Itupun dah lewat, tapi MI dah call minta staff dier tunggu sampai MI tiba, maklum saja, amik masa gak nak drive. Sebelah pagi tue bagi si Jack makan wet food lagi. Memang pelahap sungguh si Jack ni, sekejap sangat dia makan sampai licin. Memang suka tengok kucing lapar dapat makanan. Rasa puas hati yang amat.
Masa nak pegi tue semua my 3 daughters nak ikut sekali, si Zahraa yang paling tecit letak kat car seat depan sekali. Kak Sya and Deqya kat belakang bersama dengan Jack dalam cage. Mr.Zack?, Oh yea macam biasa mamat tue busy okeh. On the way ke sana bising dua beradik ni mintak drive laju sket. Apa taknya, bau lendir yang menitik dari luka si Jack nie makin membusuk. Sabau...

Si Jack ni plak tak mengiau sangat. Diam aje. Kalo pandang nak tengok sepasang mata dier pun susah, tunduk aje kejer dier. Malu kot. Nak snap pun sket punya susah,main snap aje, itu pun flash off, takkan silau kot. Ntah, tak paham.

Ok, then nak dijadikan cerita terlalu nak cepat sampai, dah tersilap masuk highway, sepatutnya masuk selekoh kiri, dah rugi masa almost 15 minit nak kena u-turn ikut suka,kalo ada polis mesti dah kene coz dah ada signboard kata no u-turn. sib baek si Sya yang bagi direction. Huhu. Dalam hati tak habis-habis berdoa agar klinik lum tutup, dan moga dipermudahkan segala usaha nak selamatkan si Jack nie. Alhamdulillah, ada 3 staff di sana menunggu dengan pintu masuk yang hampir nak ditutup. Zahraa tidur, so MI bawak aje si Jack dan dua beradik tue ikut sekali. Doc tak ada tapi Cik Za (staff) nie macam dah pro sangat. 



Respect sungguh kat Cik Za nie, agaknya dah masak dengan tugas dier, langsung tak nampak jijik nak pegang si Jack dengan bare hands. Masa tu plak si Jack mengiau manja sambil pusing-pusing. Serak tak serak aje suara si Jack, antara dengar dan tidak. Then MI cakapla, kot-kot rahang si Jack ni patah ke hapa. Cik Za kata tak mungkin patah, coz kalo patah sah-sah dia tak bleh makan. O..yeke, kalo camtu syukurlah.Alhamdulillah. Memang lega sangat.  Cik Za kata "baguslah awak bagi wet food, coz mulut dia ni parah sungguh."
Diorang tanya, "kenapa si Jack ni. MI kata entah, tak tahu. Laa bukan kucing awak ke." "Ha'ah memang bukan kucing saya, tapi dia masuk ke dalam rumah saya." "Oh ye ker. Kalo bukan didera, maybe accident nie." Kata Cik Za. Katanya lagi "Saya tengok lidah dier kebiru-biruan nie, dah lebam." Memang MI tersentak sangat, coz sepanjang kat umah, tak pernah cuba nak tengok ke dalam mulut dier. (takut Jack sakit). Tapi Cik Za memang hebat..dia check semua.


Dia pegang juga kepala si Jack, menurut Cik Za, yang itu boleh recover sendiri. Dia yakinkan MI, Jack boleh sembuh. Tapi nak kena check in ke wad dulula. "Esok doc ada, dua hari seminggu dia bertugas kat Gua Musang. Dia boleh treat nanti." Cik Za kata nak suntik antibiotik dulu. Beberapa kali juga diorang tanya ni kucing awak ker. MI cakap bukan, tapi dia masuk dalam rumah, "mintak tolong rasanya coz tak dengar pun suara kucing, tahu-tahu aje ada kat dapur, muka tunduk ke lantai." "Emm..takpe, nanti kami rawatlah."


Dah selesai check in, dan bagi deposit segala, barulah si Jack ni berani nak angkat sket kepala, pandang kat MI anak beranak masa nak balik. MI pesan kat Jack jangan takut dan dengar kata vet nanti.
Memang MI frust tak sempat nak snap pic masa kat klinik tue, diorang pun dah tunggu MI dalam 20 minit dan dah sepatutnya dah tutup dah. Itupun dah cukup baik..Dorang pun dah amik contact no MI dan cakap maybe paling kurang 3 hari Jack kene admitted. MI akur aje. Dalam hati memang lega, tapi tetap teruskan doa agar si Jack terus sihat dan selamat. Kita sambung lagi..



8 comments:

  1. jack...kamu kena kuat yer...tima kasih sudi bwk g vet...berusaha tu...smpai slh2 masuk jalan...sib bek staff tu semua pun mmg tau kamu nak bantu si jack..pun sgp tgu...alhamdulillah msh ada g insan mcm kamu sekeluarga...moga2 semuanya dipermudahkn...cm terkejut bila baca cik za tu cakap...'kemungkinan kena dera atau eksiden'...kalau betul dera...ya Allah...kesiannyer...tabah jack! (xsabar nak dgr apa kata doc)

    ReplyDelete
  2. Jack, we are all purrraying hard for you. Cepat sembuh ye? Kalau betul kena dera, kita nak dera balik orang tu. Takde belas ehsan ke kat haiwan yang tak berdosa ni....sedihlah kita.... purrrr....meow!

    ReplyDelete
  3. sedihnya dengar... semoga jack akan kembali sembuh semula... sabar ya...

    ReplyDelete
  4. Ery, thanks. Namun Jack memang sungguh kuat!

    ReplyDelete
  5. cat from sidney, itulah...tapi x pasti lah tue bebetul eksiden ke didera, coz kita hanya mengagak, yang betul Allah saja yang tahu. Kalo didera, semoga allah bagi petunjuk padanya.

    ReplyDelete
  6. adeq, Insya Allah sembuh ...

    ReplyDelete
  7. Salam. KBVC mchang kt mana yer? Nk no.telefon blh??? Puas cari x jmpa pn.
    Tq

    ReplyDelete
  8. salam. KBVC kat mchang tu mana eh? ad nmbr telefon x?

    ReplyDelete

Thank You Friends!