Showing posts with label SuKe MakaN. Show all posts
Showing posts with label SuKe MakaN. Show all posts

January 13, 2014

Harus Cerewet! Tips Memilih Kedai Makan.




MI jarang sangat makan kat luar kecuali terpaksa atau atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan seperti kerana kursus atau ada program lain di luar. MI lagi enjoy masak sendiri dan seronok ahli keluarga makan hasil masakan MI, tak kirala sedap ke tak, yang penting bersih dan berkhasiat.

Segala jenis resepi ada di hujung jari, just google and you'll find it! So takde alasan tak pandai masak lagi..kalo tak sedap sebab tersilap cara atau sukatan aje dan itu masih bleh improve bit by bit kan.

Kat bawah ni MI ambil kira kalo setiap kali melangkah ke kedai makan atau restoran. Terpulang kalo nak kata cerewet bagai, tapi sensitiviti seperti ini memang MI selalu ambil pusing coz yang makan itu kita. Teringat sorang ustaz masa sekolah menengah dulu selalu cakap mcm ni kat we all: "kita adalah apa yang kita makan", dan omputih pula tak abis-abis dengan quotenya "Good food is the foundation of genuine happiness"

Okay antara tips mengunjungi kedai makan ialah:


1-cuba perhatikan pelayan kedai makan atau tuan kedai sendiri, 
terjaga tak syariat berpakaian terutamanya perempuan. Apabila ternyata ketat sendat dan tidak menutup aurat dengan sempurna apalagi tidak bertudung, maka saya memilih untuk segera meninggalkan restoran itu. Ini terang-terang petanda yang tidak baik namun cukup menggembirakan bagi kaum lelaki. 

2-cuba lihat pula ada tak lelaki dan perempuan yang sopan makan di kedai tu, kalau tak sopan mesti mudah nampak,cuba cari yang sopan. Contohnya sebuah keluarga yang menutup aurat atau sekurang-kurangnya lelaki yang berkopiah. Ini pemandangan yang menggembirakan. Senyum. :)

3-Jika masuk waktu azan, buat-buat tanya ada surau tak. Cuba masuk dan nilai tahap kebersihannya dan perhatikan staff restoran yang meninggalkan kerja dan menunaikan solat. Sebolehnya elakkan solat kat kedai makan, lagi baik solat di masjid atau surau.

4-Adab sopan staff atau pekerja selalu menjadi perhatian pelanggan; MI sensitif dengan staff yang gelak tak hengat dunia (sesama mereka), bergurau senda tak kena tempat, bercakap terlalu kuat, kedekut senyuman, layan endah tak endah, terlebih mesra (cakap terlalu banyak walaupun baru kenal menyebabkan kita kekok dll yang negatif.

5-Pekerja yang merokok-yang ni paling awal saya reject, lebih-lebih lagi rokok di hujung jari sambil mengira baki pelanggan. (uwekkk...nak muntah kat situ jugak)

6-Premis kotor-sampah sarap sana sini yang tak sempat dibersihkan

7-sistem pengudaraan yang bersih dan tempat yang tidak terlalu bising sampai nak cakap dengan orang sebelah pun tak dengar. Tempat sebegini wajar dijauhi, bagi MI keenakan menu yang dihidangkan tak dapat dinikmati sepenuhnya.

8-speaker/sistem audio yang dipasang terlalu kuat dan saluran yang dipilih tidak mengganggu pengunjung dengan lagu hip-hop yang boleh menyebabkan jantung terkeluar. Nak senang pasanglah ikimfm atau radio negeri masing-masing..kannn

7-Ada kucing kotor / kurap takpe, janji tuan kedai bagi makan kat diorang tanpa menganggu pelanggan di kerusi atau bawah meja apalagi atas meja..


ada beberapa lagi tips yang MI pilih, tapi dah lupa. Nantila MI update lagi lau ingat. Yang penting MI nak kongsi satu lagi doa best setiap kali kita makan kat luar dsbnya. Doa ini mampu mengelak sihir (InsyaAllah atas kehendak Allah) tidak kira di mana jua kita makan atau minum. Dulu-dulu sejak sekolah lagi MI amalkan doa ini tanpa tahu apa kelebihannya kerana salah satu doa sekolah sebelum kelas bermula, rupa-rupanya ia mampu mengelak sihir dan sebrang gangguan syaitan. Ada dalm koleksi al-maksurat dan al manzil 


بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في 

  السماءوهوالسميع العليم

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”  


***



 Selamat beramal.

January 03, 2014

Cerita Mee Goreng yang Fail ^_^



Salam sejahtera, salam sayang buat semua...oleh kerana MI suke makan maka kali ni cerita pasal makan lagi  hihu. Kisahnya ialah tentang mee goreng. MI setat minat mee goreng masa tengok sorang member makan kat kedai masa tu sekolah menengah, kelihatan sungguh lazat mee goreng yang dihidangkan oleh tukang masak dengan dihiasi pula dengan telur mata.


Lepas tu MI buat percubaan demi percubaan, dari sebelum kawin sampai skang dah anak tiga mee goreng yang MI hasilkan memang fail!!!. Nak tahu fail senang aje, jangan perasan kita masak sedap, kalo semua orang makan tak licin pinggan maka tak sedapla jawabnya. Selain terlebih masin, MI tak tahu nak cakap apa lagi, tapi ada aje yg tak kena. 

Lepas tu MI belajar plak ngan sorang akak ni, masa MI melawat dia yang baru lahirkan baby, hubby dia hidangkan mee goreng. (sweetnye~hubby~dier~yang~masak :). Tak semene-mene aje MI tambah, memang sedap tak hengat. MI cuba resepi dia, kekadang jadi, kekadang fail. Tapi dia ada cakap mee goreng jadi sedap kalo bubuh macam-macam jenis lauk i.e daging+ayam+sotong+udang+dll. 

Pastu mee gugel pula kat my.resepi.com -baru MI tahu mee kuning ni memang asalnya sudah masin, so jangan nak taruk garam macam you all buat nasi goreng or mihun goreng tue. Kalo boleh tak bubuh langsung pun takpe. Patutla yang beli kat kedai dekat umah tu macam letak tak letak aje garam dia. Huhu.kesiannya MI baru tahu rupanya...(malunya dekat diri sendiri & dekat semua orang) patutla selama ni tak pernah ada sambutan.

Tapi pelanggan MI kat rumah tak ramai pun, anak-anak saudara tak ramai sangat peminat mee goreng seperti anak-anak Kak Za yang lebih gemarkan mihun goreng. My daughters plak semua peminat nasi goreng (coz mama dorang buat sedapla kot :) 


Selepas melalui banyak kegagalan dalam menggoreng mee, akhirnya MI terjumpa blog Azie Kitchen nie..huhu memang best blog dia.  So dia tunjuk ajar cara buat mee goreng yang sedap & macam-macam petua yang menarik contohnya hanya sawi aje yang paling sesuai utk mee goreng dll lagilah. Bleh melawat blog beliau nanti.

So pagi esok MI nak cuba mee puan azie pula yea. InsyaAllah PASS! Doa-doakan tau.haha..macam nak masuk exam pun ada. 




November 02, 2013

Telur Dadar ada Kelas..hehe



Salam sayang buat semua..untuk segmen "suke makan" hari ini MI telah create telur dadar yang sedap lagi berkhasiat..ada kelas la katakan..haha..
MI teringat kata-kata KakZa (ala my lovely kakak tu..), katanya telur dadar kalo tak bubuh bawang putih & lada hitam mesti tak sedap..hoho..baru MI tahu resia kesedapan telur dadarnya iteww..uolls bleyh try, MI dah try buat mcm dier buat tuh, memang sedap sungguh babe!. Cukup sekadar sepinggan nasi putih (yg masih hangat) dgn sepiring telur dadar tu..dah memadai..memang terangkat kata orang (angkat pinggan ke sinki mksudnya)

okay..yang kat bawah ni MI buat lain dari yang lain ..bahan yang telah dicampur aduk sekali ialah:


-daun pegaga
-daun sawi
-lada hijau & merah
-bawang besar
-garam
-sedikit mayonis


so, inilah rupa dia, telur yang kecik dah jadik besar coz byk perkakas dlm tuh..
hik..hik..


rasa dier..?gebu..telur bersayur2an gitew.....
coba jangan tak coba taw!


September 02, 2013

Durian Datang Lagi... ^_^



Seperti tahun-tahun sebelumnya,tahun ini durian mengganas lagi..raja segala buah okay. So para guru at my school buat majlis makan pulut durian yang tak berapa formal ni..




segala jenis durian pun sampai,dari kebun guru-guru, dan ada beberapa ibu bapa pelajar datang beri sedekah buah durian...pucuk dicita, durian yang datang..hehe.


ada durian baka,durian kunyit dan lain-lain.

untuk makan pulut durian, kita perlu potong halus gula melaka,biar hampir hancus macam ni..

kalo tak minat gula melaka, maka boleh ditukar dengan gula..
 (dot hitam tu coz my lense cam belum servis..-so annoying..huu)


selain itu santan kelapa yang ditambah sedikir garam..

okay..jom makey adek kakok..

ustaz..ustazah..sila..sila..

yang ni encik PK HEM saya ..Chegu Che Man..


manakala ini saya punya...jom jom...


August 15, 2013

Ulaman Paling Best dan Berkhasiat


(Sumber: Google image)

kalaula ada pokok kunyit sesubur begini kat belakang umah kannnn!



pegaga




Yang ni pun, dulu ada..skang dah lenyap..huhuh..


MI dan adik beradik tak kira lelaki ke perempuan semua suka makan ulam. Agaknya coz ulam ni dah jadi fav our parents dedulu. macam MI, suka sangat ulam ni coz my sister, especially kakak sulong, Kak Za memang hantu ulam. MI ingat lagi masa kecik-kecik dulu dia tak habis-habis cakap pasal awet muda la, kulit licinla, muka gebu dan macam -macam lagilah..so entah cuak ke tak we all adik-adik layan aje, sambil telan dalam-dalam..hehe..tapi normal la, cam budak-budak lain, zaman kanak-kanak jadi fobia makan sayur/ulam coz perit bila tergigit part yang pahit...serikla jadinya..

As a Kelantanese, we all wajib cicah ngan budu, kalo campur tempoyak maka extra best la jadinya..hehe..

Kalo ternampak bunga kunyit kat pasar, maka MI jatuhkan hukum"harus" membelinya oleh kerana tiada ditanam di kawasan umah..malah sekuntum bunga kunyit makcik tu jual RM1 pun MI tetap juga beli kerana nak makan sangat..rasa dia macam rasa kunyitlah! cuma yang ni lebih fresh dan krup-krup bunyinya masa digigit..hehe (detail MI describe..hamek kau :D)

Okay...antara  khasiat bunga kunyit ialah sebagai agen antibakteria malah mampu merawat sakit sendi dan asma, masalah kurang pencernaan, jaundis , masalah hati dan pepundi hempedu.Bunga kunyit juga mampu menguraikan 
pembekuan darah dan lebam. Paling popular,kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu terutamanya kepada ibu-ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. 


Manakala daun dan batang pegaga kalau diamalkan sebagai ulam, sebagaimana diketahui ramai, ulam pegaga boleh :



1. Mengurangkan tekanan darah tinggi.

2. Mencegah nyanyuk dan mengekalkan awet muda.

3. Menyahkan kotoran dan toksik dalam badan.

4. Boleh dijadikan sebagai tonik untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.

5. Menguatkan salur dan kapilari darah.

6. Mampu merawat masalah kejang dan bengkak kaki.

7. Mampu mengurangkan masalah demam, campak, sakit tekak dan batuk kering.

8. Merawat masalah keputihan.

9. Berupaya mengurangkan masalah tidak selera makan, sakit perut, cacing, buasir 
    dan  keracunan makanan.

10. Meredakan bisul.

11. Mencuci buah pinggang.









June 12, 2013

Puding Karamel Yang Sangat LAZAT wihuuu... ^_^

Pada suatu petang yang nyaman, MI menjenguk ke dapur dan tengok deretan telur. Benda ni seronok dibuat bila cukup bahannya. Ada susu pekat manis atau pun susu cair maka mudahlah tercipta puding karamel selazat ini.. okay, jom jamu mata yea..hihi








Resepi ini sangat simple, MI dapat secara spontan daripada seorang bestfriend satu ketika dahulu..macam ni...


a) 1 sudu besar gula, panaskan sehingga kekuningan
b) 6/7 biji telur yang telah siap dipukul
c) 1 tin susu pekat manis
d) bahan b & c dibancuh bersama bersama satu tin susu air masak
e) masukkan ke bekas a tadi dan kukuslah untuk 45 minit
f) biarkan sejuk lebih kurang 1-2 jam
g) telangkupkan dalam bekas dan letak dalam peti ais..


hmmm..simple kan..bulan Ramadhan nanti jangan gatal nak beli, buat jer sendiri okays!





***cikepal ada resepi puding karamel tanpa telur. jom try. kat sini

May 15, 2013

Jom Makan Roti BUKAN Gardenia!!

Hari ni nak cakap pasal makan..haha..xde keje lain nak makan aje..patotla makin tembam..my students la cakap.."teacher, you look chubby than before.." haha lantak la ..huhu.

okay, roti gardenia dah naik 40sen kan, actually MI bukan peminat setia sangat ngan gardenia nih. Bukan ape, dekat area kitorang tinggal ni ada satu kedai roti muslim " Kedai Roti Mutribah". Lembut sungguh roti kat situ, kalo nak compare ngan gardenia memang kalah. Rega dia pun sungguh berpatutan. Ni beberapa jenis roti yang menjadi feberet MI & anak-anak..



gambar plastic bag pun amik..belasah..





Tart telur (RM1)


roti sosej favourite Kak Sya (RM1.80)



Mexico Bun (RM1.50)

  
(nama apa tah, tapi sedap, dlm dia mayo, kat luar mcm serunding ikan),sorri not sure



 dorayaki

 all in one









jom la makan!

March 24, 2013

Cekodok Pisang

 

Cekodok pisang aka jemput pisang kat tempat kitorang


Sedap dimakan pada waktu petang bersama teh o panas.


Cara nak buat senang aje, tapi kalau tak kena gaya memang tak sedaplah!
Tapi pisang paling best mak kata pisang kapas, yang ni:




My sister, Pn. Noriza kata pisang emas pun sedap gak. MI takde resepi khusus tentang berapa gram coz buat ikut suke..hehe..cuma selalu berpegang kepada resepi mak, jangan campur air masa buat bancuhan jemput nie. 


Secara ringkasnya macam nie:

1. Lenyek pisang yang nak dibuat jemput-jemput.
2. Masukkan gula dan garam mencukupi.
3. Masukkan gandum (kalau terlebih ia akan jadi keras, kalau terkurang, maka jemput-jemput yang digoreng akan bergelumang dengan minyak yang terkumpul..kolesterol okays)
4. So pandai-pandaila gak..heee..pastu leh la goreng
5. Letak kecil-kecil aje dengan sudu kat kuali bersama minyak yang telah dipanaskan. So jemput-jemput yang terhasil lebih cute. 

selamat mencuba ^_^

January 28, 2013

My Passion! ~BIG Apple~ ^_^


After being introduced by my niece, Mirmo Salsabila. Hold your breath for the next pics! Just I realized that i am a fan aka big eater of this thing!





Nyum..nyum



She bought this for us!




^_^ speechless!


Yummy!


Delicious!



Luscious!


Tasty!



"every piece is a masterpiece" =totally agree!



this is only a few-find out variety of it by ur own




Branches are everywhere, local and international. Most important, it's HALAL.





p/s: check your BMI b4 eat! ^_^

December 10, 2012

Yummy & Delicious! Kek Coklat Moist & Resepi




















Sedap tak... ni cake yang MI buat masa rajin! memang suke sangat buat cake nie coz sambutan hangat yang diterima terutama my 3 daughters tue..sikit2 buka peti ais cari cake, tapi kalo dah buat tue, dah seminggu pun tetap tak habis dimakan, so lepas siap bake biasanya MI potong terus bagi kat sesiapa yang patut, jiran-jiran dan kawan-kawan seperguruan.. :)


Zaman remaja dulu kala, kek cokelet biasanya jadi pilihan tiap kali nak raya atau tiap kali rasa nak buat cake. Kalo beli kat bakery cantik dari segi luaran saja, rasanya xcantik-cantik. Hehe. Resepi ni MI amik dari jiran sebelah umah mak, masa jalan raya umah dia beberapa tahun yg lepas-memang cukup terkasima dengan rasa cake yang luar biasa deliciousnya yang cukup segalanya especially sangat moisted. Memang respect la jiran ni coz tak lokek ilmu cam uolls.So nak sharela nie.. Bab manis kurang manis yang itu biasa kaum perempuan pandai adjust sendiri..betul kan!

Okay kat sini let me share resepi Kek Chocolate Moist yang sangat sedap ini:-

Bahan-bahannya ialah:

-210 gm tepung gandum
-50gm koko
-185gm mentega
-260gm gula kaster (kalo xminat manis boleh kurangkan sendiri yea)
-210ml susu rendah lemak
-3 biji telur grade A
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

1. Tepung gandum + serbuk koko + soda bikarbonat diayak bersama
2. Pukul mentega  + gula hingga kembang
3. Masuk telur sebiji demi sebiji dan kacau
4. Masuk tepung berselang-seli dengan susu
5. Masukkan esen vanilla
6. Sapu acuan dengan mentega dan masukkan adunan
7. Bakar dengan suhu 180c sekitar 35-40 minit


Bahan-bahan Topping

-3/4 cawan air panas
-1 cawan susu segar
-1 cawan gula (bijak-bijak sendiri, kurangkan gula utk kesihatan!)
-1/2 cawan serbuk koko
-3 biji kuning telur
-1 camca teh esen vanilla
-1/2 cawan tepung jagung
-1/4 cawan mentega


Cara-caranya:

1.Gula + serbuk koko + susu + air panas dicampur bersama, kemudian   dikacau hingga serbuk koko larut
2.Masukkan pula esen vanilla + kuning telur + tepung jagung,   kemudian dikacau hingga sebati dalam double boiler sehingga pekat
3.Masukkan mentega dan kacau hingga larut
4.Tuang campuran atas kek dan hias sesedap hati


**untuk topping MI jarang sekali guna sehebat cara kat atas ni, MI buat paling simple iaitu cuma gandingan cooking coklat bersama sedikit serbuk milo dan susu segar; rasanya dah cukup yummy & moisted. Walau apa pun, selamat mencuba!