MI jarang sangat makan kat luar kecuali terpaksa atau atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan seperti kerana kursus atau ada program lain di luar. MI lagi enjoy masak sendiri dan seronok ahli keluarga makan hasil masakan MI, tak kirala sedap ke tak, yang penting bersih dan berkhasiat.
Segala jenis resepi ada di hujung jari, just google and you'll find it! So takde alasan tak pandai masak lagi..kalo tak sedap sebab tersilap cara atau sukatan aje dan itu masih bleh improve bit by bit kan.
Kat bawah ni MI ambil kira kalo setiap kali melangkah ke kedai makan atau restoran. Terpulang kalo nak kata cerewet bagai, tapi sensitiviti seperti ini memang MI selalu ambil pusing coz yang makan itu kita. Teringat sorang ustaz masa sekolah menengah dulu selalu cakap mcm ni kat we all: "kita adalah apa yang kita makan", dan omputih pula tak abis-abis dengan quotenya "Good food is the foundation of genuine happiness"
Okay antara tips mengunjungi kedai makan ialah:
1-cuba perhatikan pelayan kedai makan atau tuan kedai sendiri,
terjaga tak syariat berpakaian terutamanya perempuan. Apabila ternyata ketat sendat dan tidak menutup aurat dengan sempurna apalagi tidak bertudung, maka saya memilih untuk segera meninggalkan restoran itu. Ini terang-terang petanda yang tidak baik namun cukup menggembirakan bagi kaum lelaki.
2-cuba lihat pula ada tak lelaki dan perempuan yang sopan makan di kedai tu, kalau tak sopan mesti mudah nampak,cuba cari yang sopan. Contohnya sebuah keluarga yang menutup aurat atau sekurang-kurangnya lelaki yang berkopiah. Ini pemandangan yang menggembirakan. Senyum. :)
3-Jika masuk waktu azan, buat-buat tanya ada surau tak. Cuba masuk dan nilai tahap kebersihannya dan perhatikan staff restoran yang meninggalkan kerja dan menunaikan solat. Sebolehnya elakkan solat kat kedai makan, lagi baik solat di masjid atau surau.
4-Adab sopan staff atau pekerja selalu menjadi perhatian pelanggan; MI sensitif dengan staff yang gelak tak hengat dunia (sesama mereka), bergurau senda tak kena tempat, bercakap terlalu kuat, kedekut senyuman, layan endah tak endah, terlebih mesra (cakap terlalu banyak walaupun baru kenal menyebabkan kita kekok dll yang negatif.
5-Pekerja yang merokok-yang ni paling awal saya reject, lebih-lebih lagi rokok di hujung jari sambil mengira baki pelanggan. (uwekkk...nak muntah kat situ jugak)
6-Premis kotor-sampah sarap sana sini yang tak sempat dibersihkan
7-sistem pengudaraan yang bersih dan tempat yang tidak terlalu bising sampai nak cakap dengan orang sebelah pun tak dengar. Tempat sebegini wajar dijauhi, bagi MI keenakan menu yang dihidangkan tak dapat dinikmati sepenuhnya.
8-speaker/sistem audio yang dipasang terlalu kuat dan saluran yang dipilih tidak mengganggu pengunjung dengan lagu hip-hop yang boleh menyebabkan jantung terkeluar. Nak senang pasanglah ikimfm atau radio negeri masing-masing..kannn
7-Ada kucing kotor / kurap takpe, janji tuan kedai bagi makan kat diorang tanpa menganggu pelanggan di kerusi atau bawah meja apalagi atas meja..
ada beberapa lagi tips yang MI pilih, tapi dah lupa. Nantila MI update lagi lau ingat. Yang penting MI nak kongsi satu lagi doa best setiap kali kita makan kat luar dsbnya. Doa ini mampu mengelak sihir (InsyaAllah atas kehendak Allah) tidak kira di mana jua kita makan atau minum. Dulu-dulu sejak sekolah lagi MI amalkan doa ini tanpa tahu apa kelebihannya kerana salah satu doa sekolah sebelum kelas bermula, rupa-rupanya ia mampu mengelak sihir dan sebrang gangguan syaitan. Ada dalm koleksi al-maksurat dan al manzil
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في
السماءوهوالسميع العليم
“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
***
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!