Salam semua, pada awal tahun 2014
ini MI telahpun bertukar sekolah di sebuah sekolah yang lebih kecil dikenali
sebagai SMUAABJ dan bilangan pelajarnya tidak begitu ramai, sikit aje, sekitar
230 orang sahaja. Maklum saja, memang begini situasi sekolah-sekolah agama di
Kelantan di bawah pentadbiran YIK (Yayasan Islam Kelantan). Setiap sekolah
agama ni mempunyai pelajar yang tersendiri dengan pentadbiran yang unik dan
menarik. Kalau SMUAZ sebelum ini agak ramaila, hampir 600 orang pelajar.
Tentang pertukaran itu memang sedihla nak tinggalkan SMUAZ, yelah banyak sangat
kenangan pahit manis tersimpul rapi di sana.
Tapi oleh kerana pertukaran ini MI yang pohon
sendiri, maka MI perlu bersedia segala baik buruk yang akan dihadapi nanti. MI
yakin, selagi kita bergantung harap kepada Allah, maka kita tak akan kecewa.
Ok, Khamis lepas kami meraikan
majlis “Maulidur Rasul” dan disertai sekali dengan majlis perpisahan bekas
pengetua dan seorang guru lelaki dari SMUAABJ. Ustaz Fitri bin Umar (bekas
pengetua) dan Cikgu Faisal (guru Sains) disambut dengan bunga manggar dan
paluan kompang. Sederhana tapi istimewa.
Memandang wajah Ustaz Fitri yang
berseri-seri, MI yakin ilmu ustaz ni cukup tinggi dan mempunyai keperibadian
yang cukup mulia. Daripada ucapannya saja, memang tepat apa yang MI anggap
sebentar tadi. MI cukup kagum dan hormat insan seperti ini, semoga Allah
merahmatinya.
Berkenaan majlis perpisahan ini,
Mudir kami yang baru sekarang (Ustaz Hashim) pinta agar majlis ini dianggap
majlis penghijrahan, maksudnya kita berpisah untuk sesuatu yang lebih baik. Dan
MI cukup setuju dengan kata-kata beliau.
ini budak kompang
Sebelah kiri Ustaz Fitri, dan kanan Cikgu Faisal
Beberapa point ucapan yang menarik telah melekat di kepala MI ialah daripada Ustaz Fitri, katanya:
a) Kalau belajar, biar sampai pandai
b) Ada akhlak, biarlah akhlak terpuji
c) Kalau berjaya, biarlah memanfaatkan orang lain
Ringkas, tapi cukup padat. Rasanya ungkapan sebegini telah diucap berulangkali kepada pelajar-pelajar sekolah ni, coz masa Ustaz Fitri tengah sebut, dah ramai pelajar menyambung bait-bait katanya. Sangat impressed!
*****
Selamat maju jaya buat MI sendiri yang baru ke SMUAABJ. Semoga Allah sentiasa bersamaku. Aminn
selamat mngajar teacher, smoga oweyz sukses, remember us always :) will be missing your presence and laughters at smuaz..
ReplyDeleteyeah yeah, i know u wan. always miss all of u.
ReplyDelete