Salam sejahtera, salam sayang buat semua...oleh kerana MI suke makan maka kali ni cerita pasal makan lagi hihu. Kisahnya ialah tentang mee goreng. MI setat minat mee goreng masa tengok sorang member makan kat kedai masa tu sekolah menengah, kelihatan sungguh lazat mee goreng yang dihidangkan oleh tukang masak dengan dihiasi pula dengan telur mata.
Lepas tu MI buat percubaan demi percubaan, dari sebelum kawin sampai skang dah anak tiga mee goreng yang MI hasilkan memang fail!!!. Nak tahu fail senang aje, jangan perasan kita masak sedap, kalo semua orang makan tak licin pinggan maka tak sedapla jawabnya. Selain terlebih masin, MI tak tahu nak cakap apa lagi, tapi ada aje yg tak kena.
Lepas tu MI belajar plak ngan sorang akak ni, masa MI melawat dia yang baru lahirkan baby, hubby dia hidangkan mee goreng. (sweetnye~hubby~dier~yang~masak :). Tak semene-mene aje MI tambah, memang sedap tak hengat. MI cuba resepi dia, kekadang jadi, kekadang fail. Tapi dia ada cakap mee goreng jadi sedap kalo bubuh macam-macam jenis lauk i.e daging+ayam+sotong+udang+dll.
Pastu mee gugel pula kat my.resepi.com -baru MI tahu mee kuning ni memang asalnya sudah masin, so jangan nak taruk garam macam you all buat nasi goreng or mihun goreng tue. Kalo boleh tak bubuh langsung pun takpe. Patutla yang beli kat kedai dekat umah tu macam letak tak letak aje garam dia. Huhu.kesiannya MI baru tahu rupanya...(malunya dekat diri sendiri & dekat semua orang) patutla selama ni tak pernah ada sambutan.
Tapi pelanggan MI kat rumah tak ramai pun, anak-anak saudara tak ramai sangat peminat mee goreng seperti anak-anak Kak Za yang lebih gemarkan mihun goreng. My daughters plak semua peminat nasi goreng (coz mama dorang buat sedapla kot :)
Selepas melalui banyak kegagalan dalam menggoreng mee, akhirnya MI terjumpa blog Azie Kitchen nie..huhu memang best blog dia. So dia tunjuk ajar cara buat mee goreng yang sedap & macam-macam petua yang menarik contohnya hanya sawi aje yang paling sesuai utk mee goreng dll lagilah. Bleh melawat blog beliau nanti.
So pagi esok MI nak cuba mee puan azie pula yea. InsyaAllah PASS! Doa-doakan tau.haha..macam nak masuk exam pun ada.
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!