Tahun ni Sya cukup excited coz her younger sister, Sofiya, mula masuk Darjah Satu, di sekolah yang sama pula tu..dua-duanya tak sabar-sabar nak ke sekolah. Sya seronok akan ada adik sendiri di sekolah,macam kawan-kawan dia yang lain, yelah, perasaan ada adik di sekolah yang sama pasti seronok. Banyak perkara boleh dikongsi bersama. Sofiya, paling seronok mestilah part serba baru, Papa dah beli uniform, kasut baru, alat tulis baru, dan banyak lagilah...semua serba baru.
MI akur kehendak mereka awal ke sekolah, so, seawal 7.15am kedua-dua beradik ini telah terpacak di pagar sekolah..semuanya berjalan lancar. Dalam hati MI tak putus-putus doakan Sofiya yang baru mengenali alam persekolahan, maklumlah, kawan-kawan baru, suasana baru dan segalanya buat MI tak senang duduk. Macam-macam terlintas di fikiran, risau dia tak jumpa tandas la, duit poket dikebas budak nakal la, rebah kat longkang la, kena marah guru, sesat tak jumpa kelas dan byk lagilah yang negatif bermain di fikiran. Doa MI semoga dia sentiasa gembira dan selamat. Tentang Sya tak risau sangat, maklum sajalah, dah Darjah 4 kan...semua dah boleh urus sendiri... jadi doa ingatan MI buat Sya diakui agak terbatas..
Ditakdirkan rekod MI ambil semula anak-anak pulang dari sekolah cukup buruk. I reached almost by 2pm instead of 12.45. Banyak sangat hal yang tak dapat dielakkan, but Allah had listened to my doa...dan inila keadaan Sofiya, she just soooo excited with her new text books, with smiling faces, and her shining eyes. Memang nampak keterujaannya itu walaupun agak comot sedikit.
But when it comes to Sya, when she arrives later, she had this crying face.
So I keep asking why my dear, you are crying?!!
And guess what, it was because she's keep worrying of her own younger sister. Macam-macam yang difikirkannya semasa di dalam kelas..sampai menitik air mata. I'm soooo impressed..a caring sister as well. So nice..!!
MI tetap cool, pujuk pula Sya..dia sangat serius menangis sehingga teresak-esak kerana risau Sofiya hilang arah tuju..itu cukup menyedihkan hati nalurinya.
******
Peristiwa ini berlarutan selama tiga hari, Sya menangis di saat Mamanya masih risaukan Sofiya...Sebelum masuk hari keempat, akhirnya Sya datang, ke arah MI, dia minta / pohon doa MI.. sayu sungguh rasanya. Katanya macam ni: "Mama, doakan kakak esok dan seterusnya agar kakak tidak lagi menangis kat sekolah teringatkan adik, atau bimbangkan dia, kakak tak boleh belajar."
**********
Kata-kata kakak buat MI tersentak, memang salahku.
aku sebagai ibu, kenapa hanya doakan yang lemah, yang kuat juga perlukan doa ibu. Doa ibu doa mustajab, sekali terlintas di fikiran ia hampir menjadi pasti...Jelas doa ibu Allah dengari, ayuh banyakkan doa.
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!