Salam sayang semua
(google pic)
Sebelum ni MI ada kongsi tips didik anak rajin solat, kat sini
Setiap orang ada cara masing-masing & tips Puan Wardina juga cukup hebat. Cuma dalam rajin duk baca blog dan info dari Fb, tak sangka MI akhirnya terjumpa juga amalan doa yang MI cari-cari selama ini.
Alhamdulillah ramai sudi berkongsi dan MI juga akan sebarkan amalan baik ini buat semua orang. Amalan doa daripada Surah Ibrahim, ayat 40.
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"
Cukup pendek dan ringkas namun sangat padat dan dalam maksud yang terkandung di dalamnya. Alangkah baik diamalkan oleh setiap orang Islam tak kira yang masih belum berkahwin atau yang sudah punyai ramai anak, ibu mahupun bapa. Doa anak yang soleh merupakan salah satu saham akhirat yang paling bernilai. Dalam usaha membawa mereka menjadi soleh & solehah maka bentuklah dulu solat mereka agar sempurna.
Amalkan selalu dalam doa, semasa drive,semasa memasak,semasa bergurau senda dengan anak dan setiap kali terlintas di fikiran. MI sudahpun amalkan dan alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!