Salam semua..kat sini nak share memori lama MI and beloved siblings perihal solat..We all dididik dengan tegas oleh seluruh keluarga tentang kepentingan solat, sejak daripada arwah atuk & nenek sehinggalah mak, ayah dan seterusnya abang-abang dan kakak-kakak MI yang tersangatla serius perihal solat. Alhamdulillah..selepas berbelas dan berpuluh tahun berlalu, semua kenangan itu melekat di ingatan..
MI ingat lagi kenangan menangis semasa Darjah 2 MI tak ingat doa Qunut untuk solat subuh. Memang menangis coz takut Allah terus membenci dan apa jua ibadat yang MI buat ditolak mentah-mentah kerana x dapat hafal lagi doa itu dalam solat. Masa tu, sangat concern soal dosa, pahala, syurga, neraka dll yg sewaktu dengannya.So masa cuti tu hafal gila-gila sehingga betul-betul ingat, so masuk Darjah 3 dah ingat keseluruhan bacaan dalam solat, alhamdulillah.

Satu lagi kisah yang memberi kesan ialah tiap kali Subuh. Mak dan ayah biasanya ke masjid kat kampung dengan motor untuk solat subuh berjemaah, so balik aje rumah kalo masih bergelap atau sunyi sepi, memang diorang mengamuk habis. Seluruh pintu bilik kami tidur akan dipukul berdentum-dentum, bukan itu saja, dinding bilik rasa bagai nak tercabut dek kerana kuatnya mereka pukul dicampur pula dengan suara yang marah menggila kerana belum bangun dan bersolat..perhhh kalo ingat balik memang takut dan perit sungguh. Perasaan masa tue macam ni "diorang ni memang benci sungguh aku". Itu belum lagi abang sulung MI, kalau dia balik masjid, or sesudah aje solat, kami adik beradik dapat cubitan mahal yang sangatla sakit sampai kami terus bangun ke bilik air berwuduk dan solat. Itu baru subuh, belum lagi solat-solat lain.
Lagi dahsyat kalau dah masuk maghrib, memang waktu Maghrib mak ayah selalu sebut "syaitan banyak waktu ni". Suara televisyen memang diharamkan sama sekali. So, kalau tengah syiok tengok TV time tu, dengar aje azan, memang automatik we all off terus. Kekadang time ayah takde pun kami dengan sendirinya cepat-cepat tutup. Sikap ini cukup sebati dalam hidup MI, sampaila sekarang ni dah ada anak-anak sendiri, MI terap perkara yang sama, tak galakkan sangat anak-anak menonton TV. Tapi setakat ni syukur sangat coz mereka tidak terlalu taksub sangat dengan TV, takdelah nak menangis meraung kalau tak dapat tengok kartun dsbnya
So skang ni, selaku ibu, MI gunakan kuasa parents sepenuhnya..tapi bagi MI,dalam apa-apa hal jangan tunjuk kekerasan, kita bertegas, tapi penuh kasih sayang. Untuk anak-anak MI yang sedang mengenal telekung solat dan sejadah, inilah yang MI praktikkan selain merujuk dengan rakan-rakan yang berstatus ustazah di sekolah:
1. Didik anak tentang kepentingan solat, 5x sehari adalah WAJIB. By hook or by crook dia kena solat, kalau cuti sekolah, hatta bangun pagi pukul 9.00am pun, sebaik lepas mandi, MI suruh dia solat. Pada usia sebegini dia belum kenal erti qadha, waktu solat mula dan tamat, tapi asuh saja dia tentang solat kita ada 5 kali sehari.
2. Biasa my kids nie mengelat dalam solat bila kita x nampak dia, laju mcm kilat rukun solat dia..takpe..biar je dulu, dia amik wuduk dan solat tu dah cukup bagus bagi MI, namun sekali sekala tegurla.."Allah tak terima solat kalo cepat-cepat" , "apa ni, mana ada org senyum dalam solat" dll teguran manja.
3. Tiap kali dia selesai tunaikan solat, jgn lupa puji dia sebaik mungkin,peluk, cium & kata-kata pujian sangat penting. Percayalah,lepas ni dia akan buat lagi dan lagi. Asalnya tidak ikhlas, lama-lama dia akan sedar semua itu adalah satu kewajipan.
4. Anak malas?? Memang ini xdapat dinafikan lagi, MI angkat hanger, tapi nak bedal jarang sekali, kecuali dia betul2 mengada tak kena tempat, pukul juga (di kaki aje okeh) tapi tidak terlalu menyakitkan dan dalam keadaan waras, bukan ikut perasaan amarah. Pukulan boleh membawa rasa benci/dendam, so sebaik je dia selesai solat, datang dan peluk semula..pastu berterus terang dgn kasih syg.
5. Sabar..ini paling penting..oleh kerana doa seorang ibu tiada hijabnya maka MI tidak putus doa untuk anak-anak. Doa yang baik-baik saja, dan teringat pula pesan seorang penceramah tu dalam doa kita sebut nama penuh anak-anak, biar dalam doa kita tue terus terbayangkan wajah anak satu persatu. Then, masa dorang dah tido, baca lagi doa khususnya surah Taha ayat 1-5 (hafal jgn tak hafal k!) kemudian tiup di ubun-ubunnya selain doa kita, atau harapan kita. It works! Tips ni MI dapat drpd seorang penceramah keibubapaan kat skul. Alhamdulillah..
*******
Dalam soal mengaji Qur'an pun sama, perkara baik tak semua mampu buat, semua liat. Namun, nak dibezakan zaman dulu dan sekarng memang lain sangat. Dulu selain makcik sekampung we all mengaji, parents malam2 tetap ajar jugak, zaman skrg semua hantar pusat mengaji, Qiraati dll kat tmn perumahan..semua berbayar..MI pun buat yang sama, tapi skang bila fikir2 balik, apa jua kaedah pun lebih kurang sama dan memang bagus terutama utk parents yg busy bekerja.
At last MI ajar sendiri, nak terapkan amalan parents dedulu..alhamdulillah anak2 tidak membantah dan seronok mengaji, cuma si Zahra yang 1thn lebih tu lah asyik mengganggu, nak pegang telunjuk kertas dan belek-belek helaian Qur'an..namun takde hal, kami anak-beranak seronok dan bahagia. Yang penting anak2 dah mengenal dan membaca dengan baik, cuma tidak terlalu lancar.
Nak kata anak-anak MI bagus 100% tidak juga, esp bila ke rumah nenek & datuk mereka, soal disiplin solat dan mengaji tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya, mungkin kerana environment berbeza..ini pun masalah yg sedang MI fikirkan..maklum saja, tempat berbeza, org pun berbeza, bantahan sentiasa ada..phew..
Walau apapun, bagi MI dan semua parents juga, mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Mereka sehelai kain suci yang putih bersih, nak corakkan mereka pun seindah yang mungkin..sebolehnya didikan ini melekat di jiwa mereka sampai bila-bila. Amin.

entri yg bgus utk parent macam sy ni :D
ReplyDelete