December 10, 2012

Yummy & Delicious! Kek Coklat Moist & Resepi




















Sedap tak... ni cake yang MI buat masa rajin! memang suke sangat buat cake nie coz sambutan hangat yang diterima terutama my 3 daughters tue..sikit2 buka peti ais cari cake, tapi kalo dah buat tue, dah seminggu pun tetap tak habis dimakan, so lepas siap bake biasanya MI potong terus bagi kat sesiapa yang patut, jiran-jiran dan kawan-kawan seperguruan.. :)


Zaman remaja dulu kala, kek cokelet biasanya jadi pilihan tiap kali nak raya atau tiap kali rasa nak buat cake. Kalo beli kat bakery cantik dari segi luaran saja, rasanya xcantik-cantik. Hehe. Resepi ni MI amik dari jiran sebelah umah mak, masa jalan raya umah dia beberapa tahun yg lepas-memang cukup terkasima dengan rasa cake yang luar biasa deliciousnya yang cukup segalanya especially sangat moisted. Memang respect la jiran ni coz tak lokek ilmu cam uolls.So nak sharela nie.. Bab manis kurang manis yang itu biasa kaum perempuan pandai adjust sendiri..betul kan!

Okay kat sini let me share resepi Kek Chocolate Moist yang sangat sedap ini:-

Bahan-bahannya ialah:

-210 gm tepung gandum
-50gm koko
-185gm mentega
-260gm gula kaster (kalo xminat manis boleh kurangkan sendiri yea)
-210ml susu rendah lemak
-3 biji telur grade A
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

1. Tepung gandum + serbuk koko + soda bikarbonat diayak bersama
2. Pukul mentega  + gula hingga kembang
3. Masuk telur sebiji demi sebiji dan kacau
4. Masuk tepung berselang-seli dengan susu
5. Masukkan esen vanilla
6. Sapu acuan dengan mentega dan masukkan adunan
7. Bakar dengan suhu 180c sekitar 35-40 minit


Bahan-bahan Topping

-3/4 cawan air panas
-1 cawan susu segar
-1 cawan gula (bijak-bijak sendiri, kurangkan gula utk kesihatan!)
-1/2 cawan serbuk koko
-3 biji kuning telur
-1 camca teh esen vanilla
-1/2 cawan tepung jagung
-1/4 cawan mentega


Cara-caranya:

1.Gula + serbuk koko + susu + air panas dicampur bersama, kemudian   dikacau hingga serbuk koko larut
2.Masukkan pula esen vanilla + kuning telur + tepung jagung,   kemudian dikacau hingga sebati dalam double boiler sehingga pekat
3.Masukkan mentega dan kacau hingga larut
4.Tuang campuran atas kek dan hias sesedap hati


**untuk topping MI jarang sekali guna sehebat cara kat atas ni, MI buat paling simple iaitu cuma gandingan cooking coklat bersama sedikit serbuk milo dan susu segar; rasanya dah cukup yummy & moisted. Walau apa pun, selamat mencuba!







No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!