Alahai~Ramainya anak perempuan~ |
Usah mengeluh, apalagi kecewa, mahupun menyesal..kekasih Allah telah menyampaikan amanat yang sangat ISTIMEWA! |
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa
yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan
dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga
dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang
lelaki bertanya,
“Juga
untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda
baginda,
“Juga
untuk dua anak perempuan.”
Seorang
lelaki berkata,
“atau
untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah
s.a.w menjawab,
“Juga
untuk seorang.”
(Hadis
Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun,
riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara
perempuan.
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak
ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara
perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan
memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis
Riwayat Al-Bukhari)
Daripada
Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara
anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya
mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis
Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
~~~
Sesungguhnya
perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan
keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di
atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian
terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset
penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau
terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah
kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum
wanita.”
Ini
bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa
mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa
berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah
anda mendengar, kata orang tua? Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah
daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala
kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi
tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara
binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan
pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam
perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang
menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan
nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya
anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada
ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa
yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada
mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah
beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik
dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya
mencabar tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta
tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan
balasan yang amat besar. Subhanallah!
Sumber: http://monologseoranghamba.com/
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!