December 11, 2012

Tips Murah Rezeki, Berkat Dunia Akhirat


MI ingat nak share ilmu yang sangat berguna, rugi besar kalau tak beli, tapi lagi rugi dah beli, tak reti pula nak baca sampai abis..heeee..
 Buku bersifat tarbiah rohani terbitan Galeri Ilmu, bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki



Penulis yang sedang meniti populariti.. En. Fathuri Salehuddin




Cover belakang buku ni ada beberapa komen pembaca yang popular seperti Wardina, Chef Li, Tuan Hj Fadzli Yusof dan Ustaz Abdullah Fahmi, kalau uolls tak kenal sapa depa nie semua......hmmm tak taw nak kata apa..heh :P



Oleh kerana tidak sempat bersemuka dengan penulis, inilah jadinya, MI buat otograp sendirik.. hihi



*************

Salam sejuta blog! MI ingat lama dah nak share buku best yang boleh masuk category -must read book ni. En. Fathuri berjaya menulis buku ni dengan gaya yang cukup santai dan menarik. MI dapat habiskannya dalam masa 2 hari, selang seminggu kemudian MI baca lagi sekali, so dah khatam 2x. (baca Quran tak pula sebegini pantas..heee). Bukan apa, gayanya sangat relaks, logik dan memberi contoh yang mudah selain kisah benar beberapa orang sekitar penulis dan pengalaman beliau sendiri.

Dalam buku nie, penulis turut berkongsi beberapa tips mudahnya rezeki tiba kepada kita, daripada kita mencari ke hulu ke hilir dengan susah payahnya apa kata kita sekadar menjemputnya. Caranya cukup praktikal, mudah dan logik di akal selagi kita berpegang kepada kitab Allah. Soalnya mahu atau tidak saja. Lepas baca buku ni memang tabik sungguhla kat penulis ni coz baru tahu beliau bukannya ustaz pun, malah lulusan mana sama sekali tidak membezakannya dengan olahan kisah dan panduan yang diberikan. 

Nak cerita semua sekali tak dapatla, tapi bolehla MI simpulkan bahawa, hidup ini ibarat syurga apabila kita tidak melakukan dosa, sebagaimana kita lihat kehidupan para solehin yang aman dan tenang, malah setiap hajat dan keinginan mereka mudah saja Allah tunaikan. Subhanallah


So, apa ditunggu lagi?, cepat-cepatlah uolls dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran ek. Nak mudah lagi sila beli kat sini ----BBO (beli buku online)-cepat dan pantas okeyss.











No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!