March 30, 2012

Coretan buat Jack

Salam semua..kali ini MI nak berkongsi satu siri terakhir tentang Jack. Memang MI agak speechless kalo masuk bab Jack ni. MI tak tahu nak mulakan dan tamatkan macam mana. Tapi ada baiknya MI berkongsi, mungkin juga untuk kebaikan para bloggers dan animal lovers sekalian. Blog MI tidakla sefames blog Papa Meow, Meowmania dan Papa Hero (dll blog yg sewaktu dgnnya.) Tapi dalam bab kemanusiaan, janganlah kita nafikan bahawa haiwan juga mempunyai hak sepertimana manusia,hak untuk hidup dengan selesa dan selamat di samping adanya sumber makanan dan minuman untuk meneruskan hidup. Tidak mengapa tidak sempurna asalkan hati bahagia. Haiwan pun punya hati dan perasaan kan. Kalau tidak masakan si ibu kucing suka pindahkan anak-anaknya merata tempat kalau dirasakan tempat itu tidak selamat untuk anak-anaknya kan!

Hmm..MI nak teruskan kisah Jack. Setelah Jack keluar wad, MI jaga Jack dengan baik. MI gunakan wound-gard spray yang dicadangkan oleh vet. Selain wet food yang dicadangkan, MI spray ubat tue 3x sehari. Bunyi spray tue aje buat Jack terkezut nak lari. Tapi apa nak buat, itu ajelah caranya nak pastikan Jack betul-betul sembuh. Itupun vet kata cecair spray itu tidak membuatkan Jack sakit dengan luka yang dialaminya. Syukurlah kalo camtu. 
 
 

Kalo diikutkan dengan keseluruhan fizikal, memang Jack cukup sehat, lebih-lebih lagi dia ni kan kucing jantan. So MI dapat rasakan yang Jack tak sabar-sabar dibebaskan dari kurungan, cuma MI nak tunggu luka dia betul-betul kering. About 1 week kemudian MI bebaskan dia, masa tue MI cakap-cakap sikit ngan Jack. Kalo kamu selesa dukla umah MI. Kalo Jack ada tuan, kembalilah kepada tuan Jack. Kalo just nak singgah main-main or nak food,sudi-sudikanlah. Jack diam aje sambil tutup mata sekali-sekala.Masa tu MI fikir tak mahu sekat kebebasan Jack. MI tak pasti mana asal Jack, tapi rasanya tidak bertuan, sesat atau dibuang.

Kemudian lebih kurang tiga hari juga Jack berlegar-legar dalam rumah MI. Luka dia dah hampir sembuh. Kekadang dia main kat dapur, kekadang kat ruang tamu. Kalo MI nak ke school pagi-pagi, MI bagi food kat dia siap-siap. Tapi dia bukan nak makan sangat pun, ditawafnya MI 3-4 round jugakla, nak jalan pun susah (u all fahamla kan spesies nie). Dia saja pusing-pusing sekeliling kaki MI saja nak kasi MI lambat ke school. Agaknya betul kata kawan MI, kucing jantan biasa suka orang pompuan dan begitulah sebaliknya. Tahla, MI tak pasti. Tapi Jack jinak sungguh. Sepanjang MI jaga dia pun tak nampak dia 'shoot' merata. 

Kemudian tibalah suatu hari tue, MI balik dari school, dalam hati nak mandikan Jack dan bersihkan dia betul-betul supaya terus bersama MI. MI cari dia merata tempat, memang tak ada langsung kelibat Jack. Dalam dan luar rumah memang tak ada. MI tunggu hingga ke petang. Kemudian malam, keesokan pula, masuk 2 hari, tiga hari, seminggu...2 minggu..dan sehinggalah sekarang Jack tetap tak pulang-pulang. MI rindu sangat kat Jack. MI dapat rasa yang Jack dah cukup sihat sebab itulah dia keluar rumah dengan penuh berani. Kalau tentang puas hati ke tak memang dah lega sangat dapat rawat sakit luka dia. MI pun dapat rasa yang Jack appreciate kat MI yang rawat dia. Tapi MI  masih risau tang keselamatan Jack. Selamatkah dia di luar sana, lenakah tidurnya nanti, cukup makan tak dia nanti..semua jenis persoalan berada dalam kepala MI.
 
Namun MI sekali lagi kena redha dengan "datang dan perginya" Jack dalam hidup MI. Mungkin Allah sekadar nak uji MI dengan menghantar kucing sakit seburuk Jack. Anak jiran sebelah siap kata muka dia macam hantu lagi. Takpelah...budak tecit..takde dosa lagi. MI pun tak snap wajah-wajah terakhir Jack masa dia dah semakin sembuh dan mula manja dengan MI dan anak-anak. Mungkin juga Jack tak mahu kehadirannya menakutkan anak jiran dan baby MI yang baru beberapa bulan tu. Tak tahu, MI memang tak pasti, cuma MI skang fikir Jack utusan Allah supaya MI tidak mendiskriminasikan mana-mana haiwan, kerana semuanya ada hak di muka bumi Allah yang bersifat sementara ini. Kita sebagai hambaNya perlu menjaga dan buat setakat termampu dan terdaya. 

Cuma untuk Jack, MI berharap juga dapat ketemu, tak kira macam mana keadaannya. MI harap Jack makin sihat. Makan minum terjaga, tidak sakit, dan tidur tanpa mimpi ngeri lagi. Amin.


 









 

16 comments:

  1. semoga jack akan dapat jaga dirinya dan sentiasa sihat walau di mana dia berada.insyaAllah...
    sama2 doakan utk jack..KBVC Machang tu kat mana ikah?? kat lebuhraya Tanah Merah Machang ke?

    ReplyDelete
  2. mungkin Jack meligan kaki MI tu..dia nak ucap terima kasih sebab menjaga dia....

    sabar ye MI

    ReplyDelete
  3. Dengan izin Allah pasti akan bertemu semula, jika sebaliknya redho dan byk2 berdoa agar Jack dan semua mereka yg diluar sana selamat dan sejahtera sentiasa, aminnn...

    ReplyDelete
  4. btl kata akak..kucing ni ada perasaan...mgkin dia manja hr tu sbb nak ucap terima kasih..lgpun akak dh berpesan pd dia kan...dan yg pnting...akak bantu dia ms dia sakit...itu je...kdg2 Tuhan nak tgk sikap dan niat kita terhadap haiwan ni...anggap semua ni ujian dariNya..mgkin dia bg ruang akak membantu kawan2 dia diluar sn pula..terima kasih kak sbb jaga dan rawat jack...:)

    ReplyDelete
  5. Kak Nora, betul la kak, area highway tue lah. Tanah Merah-Machang.

    ReplyDelete
  6. m4rilyn,
    rasanya mcm tue lah. dlm hati MI jwb welcome

    ReplyDelete
  7. Kak Kim,
    itulah kak, belajar redha dengan ketentuan Allah..semoga Jack selamat..amin

    ReplyDelete
  8. ery D cat,

    mmg betul apa yg adik ckp tue. Skang ni akak sibuk jaga kucing2 pati yang lain. Xpelah, janji kita dah cuba setakat yg boleh. Allah itu maha mengetahui setiap sesuatu

    ReplyDelete
  9. IM jaga kucing pati kat mana? kak nora pon ada gak jaga kucing pati kat area labok..kalu sakit bwk gi klinik kerajaan kat SRK Hamzah Machang..rupanya KBVC dibukak pada hari jumaat yer...kalu ada yg sakit pd hjg minggu leh laa bwk ke situ...

    ReplyDelete
  10. sedihnya baca kisah Jack

    terima kasih pd Ikah yg sudi merawat dan menjaga Jack disaat Jack memerlukan bantuan. besar ganjarannya :)

    smoga Jack sentiasa sihat dan selamat walau dimana berada, sama-sama kita doakan yer...

    ReplyDelete
  11. Sungguh murni hati Mama Ikah menjaga Jack, semuga Allah memberi rezeki yang melimpah buat Mama Ikah yang sanggup menjaga Jack..

    ReplyDelete
  12. Kak Nora, Ikah belum penah pegi lagi vet kat srk hamzah tue, ok x svc dia. Ha'ah kat KBVC machang tue bukak pagi jumaat

    ReplyDelete
  13. MM,
    Insya Allah. terima kasih ats doa MM tu. Tapi Ikah ttp berharap dpt jumpe Jack, rasa nak ckp2 jer ngan dier..hehe

    ReplyDelete
  14. Pemandu Teksi JB,

    terima kasih, semoga kita semua mendpt balasan yg baik disisi Allah. Amin

    ReplyDelete
  15. Servis kat klinik haiwan gomen tu ok jer..cuba laa try test gi sano pulok..apa pon harap kucen2 MI sihat2 belaka..

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah nasib baik ada lg org yg semulia akak ye..

    ReplyDelete

Thank You Friends!