March 29, 2012

Poor Puspa... T_________T

Salam semua..Ada beberapa insiden berlaku dalam tempoh MI tak update blog ini. Ada kisah pelik, sedih dan tak kurang juga yang menggembirakan. Apa nak buat, MI busy 25 jam sehari! Oh yea, before that MI nak share berita happy, MI dah tak guna broadband c****m lagi..dah tukau kpd maxis home dan alhamdulillah so far server ini tidak menyusahkan. Monthly payment dia agak affordable dan reasonable. Rasanya nak stay dengan yang ni dululah!
Okay, kisah sedihnya adalah berkenaan dengan Puspa. Memang MI setakat ni belum pernah update pasal Puspa. MI ingat nak snap pic Puspa before and after. Tapi belum pun cukup seminggu, Puspa telah pun pergi......
T__________________T.

Asalnya, ada satu weekend tue MI pergi ke school nak amik benda penting yang tertinggal kat bilik, then kat kantin sekolah tue, MI dengar 2 ekor kucing bergaduh, yang tertindas masa tu si Puspa lah. Yang buli dia tue MI tengok agak sihat, lepas leraikan "pergaduhan" kucing 2 ekor tue, pelagi, MI amik yang tertindas nie, letak lam kete. Memang kesian sangat kat si Puspa,badannya memang sangat ringan macam kapas, seolah-olah pegang tulang yang disalut bulu badannya itu. Tulang rusuk dan tulang belakangnya seolah2 boleh dikira. Masa angkat si Puspa ni, MI terus berjanji nak jaga dia baik-baik, nak kasi dier gemokkksss. Memang tak padan dengan bulunya yang lebat dan panjang.  Dalam keta dia diam aje, kekadang mengiau, tapi kecikkkk sangat sorenya. Sungguh sopan ala-ala malu gitu, so MI letakla nama dia Puspa.
So bermulalah episod MI jaga si Puspa. Dia memang tak banyak kerenah, MI pun sangkakan dia sihat coz banyak juga dia makan+minum. MI akan jamu dia setiap pagi sebelum ke school & after school. Kekadang malam pun jamu lagi. Tapi MI silap tak bagi dia jumpe vet. Bagi MI, nak jaga sendiri sampai dia sihat & leh kawan ngan Momo and Syeema. 

Masuk hari ketiga dia still makan, tapi nampak sangat dia tak lalu, food tak habis macam selalu. MI still letak Puspa dalam cage dia (tempat si Jack dulu), risau nak kasi keluar takut dibuli kucing2 lain, maklumlah, Puspa lemah dan kurus kering, xpadan nak kena buli pun.Then, masuk je beberapa hari kemudian, keadaan dia masih tak berubah, tapi MI still bagi food dan air mineral kasi dia sihat. Najis dan kencing dia MI bersihkan hampir setiap hari supaya Puspa selesa. Puspa mengiau tiap kali MI kuar kete atau nak pegi mana2. Sampaila satu ketika MI terfikir, aganya Puspa rasa tak best kene kurung kot. So MI bebaskan dia kat luar, ada beberapa kali gak dia main kat luar, dua hari terakhir MI dapati dia cirit birit. MI terus tukar food yang lebih elok, tapi tak berhasil, nak bagi ubat cirit-birit yang sedia ada rasa kesian pula dengan bandannya yang kurus kering tu diberi ubat, dibuatnya semakin sakit dsbnya. (memang MI menyesal xbawa ke vet, xterfikir sedikit pun) coz MI ingat dia akan sihat, coz si Momo dulu pun hampir seminggu juga dia cirit-birit mula2 MI amik dia sebelum kembali normal.
Kemudian, nak dijadikan cerita, ada satu malam tu dia still xmo masuk dalam cage, so MI ingat dia seronok main kat luar, so MI biarkan aje. Pagi Rabu tue MI cari & panggil nama dia, tidak bersahut, kebetulan kena ke school ada kelas tambahan (musim cuti) so MI reverse kete cam biasa. Sekali tengok back mirror, MI mengucap panjang. Ya Allah, betulke aku dah langgar mati si Puspa ni? coz badan dia tak bergerak-gerak. Terus MI kuar kete, tiada kesan darah walau setitis pun.
MI terus angkat Puspa. Badannya dah kaku dan agak sejuk. Barulah MI sedar rupanya Puspa sudah meninggal (mungkin malam tadi). Yang paling sedih mungkin Puspa nak jumpa dengan MI malam tue, bila tak dapat dia tidur aje bawah kete. Bijaknya Puspa tidur di tengah-tengah enjin bukan dekat tayar. Ajalnya mungkin malam tadi, MI sungguh terkilan tak dapat selamatkan Puspa, memang silap MI tak bawa Puspa pegi vet nak kenalpasti apa sakit Puspa makan banyak pun badan tetap kurus. Mungkinkah cacing atau sakit lain yang dia sendiri tak berupaya nak melawan. Apapun MI bersyukur at least MI tidak terlanggar Puspa. Tapi MI dapat rasakan Puspa seems want to say something to MI. Cuma MI terkilan tidak bersamanya ketika dia nazak...MI angkat dan tutup badan Puspa dengan paper sebelum kebumikan dia petang tu di rumah parents MI kat Machang. Pagi tue juga MI drive ke school dengan air mata di pipi........sekarang pun kalau teringat kat Puspa, MI pasti menangis......T_______________________________T.



p/s: Sayangku Puspa, ku redha pemergianmu..maafkan MI..

4 comments:

  1. RIP puspa..sy phm perasaan sedih kehilangn anak bulus...tp kita dh bt sekadar yg terdaya...yelah...kdg2 kt pun ada bt silap..tp harap jgn terkilan sgt krn xbwk dia g vet tmpoh hari...bersbr yer...sy turut tumpang sedih...(bgmana dgn jack yer? sy asyik tgu cite dia)

    ReplyDelete
  2. sedihnya :((

    Puspa dah tenang sekarang pasti itu yg terbaik utk dia

    ReplyDelete
  3. ery,tqvm. mmg fikir punya fikir, MI dpt rasakan MI dah cuba lakukan yg terbaik,kalo MI tak amik dia ari tu sekalipun, Puspa pasti meninggal juga. Cuma mungkin lokasi berbeza

    ReplyDelete
  4. MM, itulah, mmg qada' & qadar Allah adalah yg terbaik utk kita.

    ReplyDelete

Thank You Friends!