(Sumber: Google image)
kalaula ada pokok kunyit sesubur begini kat belakang umah kannnn!
Yang ni pun, dulu ada..skang dah lenyap..huhuh..
MI dan adik beradik tak kira lelaki ke perempuan semua suka makan ulam. Agaknya coz ulam ni dah jadi fav our parents dedulu. macam MI, suka sangat ulam ni coz my sister, especially kakak sulong, Kak Za memang hantu ulam. MI ingat lagi masa kecik-kecik dulu dia tak habis-habis cakap pasal awet muda la, kulit licinla, muka gebu dan macam -macam lagilah..so entah cuak ke tak we all adik-adik layan aje, sambil telan dalam-dalam..hehe..tapi normal la, cam budak-budak lain, zaman kanak-kanak jadi fobia makan sayur/ulam coz perit bila tergigit part yang pahit...serikla jadinya..
As a Kelantanese, we all wajib cicah ngan budu, kalo campur tempoyak maka extra best la jadinya..hehe..
Kalo ternampak bunga kunyit kat pasar, maka MI jatuhkan hukum"harus" membelinya oleh kerana tiada ditanam di kawasan umah..malah sekuntum bunga kunyit makcik tu jual RM1 pun MI tetap juga beli kerana nak makan sangat..rasa dia macam rasa kunyitlah! cuma yang ni lebih fresh dan krup-krup bunyinya masa digigit..hehe (detail MI describe..hamek kau :D)
Okay...antara khasiat bunga kunyit ialah sebagai agen antibakteria malah mampu merawat sakit sendi dan asma, masalah kurang pencernaan, jaundis , masalah hati dan pepundi hempedu.Bunga kunyit juga mampu menguraikan
pembekuan darah dan lebam. Paling popular,kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu terutamanya kepada ibu-ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Manakala daun dan batang pegaga kalau diamalkan sebagai ulam, sebagaimana diketahui ramai, ulam pegaga boleh :
1. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
2. Mencegah nyanyuk dan mengekalkan awet muda.
3. Menyahkan kotoran dan toksik dalam badan.
4. Boleh dijadikan sebagai tonik untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.
5. Menguatkan salur dan kapilari darah.
6. Mampu merawat masalah kejang dan bengkak kaki.
7. Mampu mengurangkan masalah demam, campak, sakit tekak dan batuk kering.
8. Merawat masalah keputihan.
9. Berupaya mengurangkan masalah tidak selera makan, sakit perut, cacing, buasir
dan keracunan makanan.
10. Meredakan bisul.
11. Mencuci buah pinggang.
anak2 akak semuanya tak makan ulam kecuali timun ja..agaknya mcm mak nya masa kecik2 dulu..dah tua2 baru nak makan ulam2...
ReplyDelete@Kamsiah..
ReplyDeletehehe..betula tu kak..biasa kita ikut parents