Google pic: Edinburgh University
Salam semua...pic di atas sekadar pendorong buat MI nak jejak kaki ke UK suatu hari nanti...mudah-mudahan menjadi kenyataan..Amin.
Okay hari ni MI ingat nak share fakta bukan auta drpd buku tersohor En.Fathuri, "Mudahnya Menjemput Rezeki" tentang mencipta impian. MI ringkaskan Bab 35, iaitu Bahagian 4 dalam buku tersebut. Menurut beliau:
- Hanya satu persamaan kisah orang yang berjaya-mereka semua ada IMPIAN!
- Hanya 10% sahaja orang yang mempunyai impian dan hanya 3% sahaja yang menulisnya di kertas.
- Hakikatnya kita bukan tidak berupaya mencapai kejayaan, tetapi tidak pernah bertanya dengan serius apakah sebenarnya impian kita.
- Dalam usaha mencapai impian, kita perlu berani memberitahu impian kepada orang lain
- Selain menulis impian, kita boleh juga melukis (jika berbakat), menampal gambar dalam buku khas e.g, gambar rumah idaman dan tampalkan di dinding atau buku impian tadi.
- Step berikutnya maklumkan kepada ibu tentang impian kita dan mohonlah redhanya,jika niat kerana Allah,pasti dimudahkan. Gembirakanlah hatinya.
- Selain ibu, beritahulah kepada orang paling hampir dalam hidup anda. Sudah tentu suami/isteri (bagi yang sudah berkahwin),dan mungkin sahabat yang paling akrab dan dipercayai dalam hidup anda, mungkin juga kakak, abang atau adik beradik yang saling memahami. Paling best bagi pasangan suami isteri yang serasi, bisikkan aje "ini impian kita bersama." Kalau belum kahwin,cukup sahabat handai, adik beradik anda fahami dan doakan impian kita.
Hakikat impian jangan disamakan dengan angan-angan. Impian lebih realistik kerana hampir dengan cita-cita yang pasti menjadi kenyataan dengan hebatnya usaha, doa dan tawakkal. Impian juga bukan sekadar menulis di kertas, dan ditampal ke dinding,malah kita perlu memperuntukkan waktu khusus untuk merasakan impian itu menjadi nyata. Kita perlu lakukannya di minda dan berimaginasi secara bijak. Ayuh! Marilah kita sama-sama tergolong dalam 10% manusia yang yang mempunyai impian tadi!
p/s: En.Fathuri yang baik hati turut berkongsi beberapa tips dan strategi ghaib dalam usaha mencapai kemuncak kebahagiaan dan kejayaan dalam redha Allah pastinya!
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!