Salam semua..heheh...hari ni mood nak buat entry nak share citer pasal hujan..memang MI suka sungguh bab hujan-hujan nih..espeselli kalo hujan kat kampung, umah my parents la mana lagik.Tiap kali hujan lebat MI suka sangat kemas rumah dan tabiat tue kekal sampai sekarang. Rasa macam saat atau peluang yang tak boleh dilepaskan. So MI akan sapu lantai, cuci pinggan, dan apa sahaja yang baik. Jarang sekali nak duk diam, bagi MI peluang semasa hujan turun tue bukan untuk disia-siakan.Cuma skang ni elokla dibuat semua tue disusuli doa kerana salah satu doa yang dimakbulkan ialah berdoa semasa hujan turun.
Sejak kecil sampai la dah tua ni memang suke la kalo hujan turun, memang tak merungut, sangat bersyukur..hati ceria berbunga-bunga gitew. Dulu masa kecil memang suka rumah naik air..suka sangat main air,walaupun lopak yang kecil. Masa MI kecil-kecil dulu, umah my mum still pakai atap rumbia...macam kat bawah nie..
so bila MI kenang-kenang balik masa hujan dedulu tu kitorang adik beradik pakat hulur tangan tadah air yang turun dari atap rumbia. Atap rumbia ni walaupun daun, memang hebat ciptaan Allah, takde bocor pun, ada tapi tak banyak,adala satu atau dua tempat yang kena tadah basin. Jenis atap rumbia ni kalo waktu siang tak panas. Cuma risiko kalo kebakaran la, boleh lenyap sekelip mata coz sangat kering dan mudah terbakar.
Okay, berbalik pula kepada cerita hujan tadi, lepas beberapa tahun tinggal di rumah beratap rumbia,then my ayah plan buat rumah baru. Lalu terbinalah sebuah rumah yang beratap zink dan digandingkan bersama asbestos.Zink tu menjadi bumbung bahagian dapur manakala asbestos bahagian luar rumah berserta bilik-bilik dan ruang tamu. So bila hujan datang, area dapur paling bising coz beratapkan zink. Kuatnya bunyi tu sampai kami tak dapat dengar sesama sendiri. Kalo nak gelak sakan pun sama,saling kami tak dengar. Kalo ada benda penting jugak, kami kena jerit kuat-kuat atau cakap aje kat luar.Kejadian hujan yang sangat kuat ni buat MI teringat pula kat bait poem "Nature" puisi English Ting 5. "The days when the rain beats like a bullet on the roof".Mereka yang tak pernah merasa rumah beratapkan zink takkan tahu atau rasa betapa kuatnya air hujan yang turun dari langit. Uolls yang duk umah teres confirm tak rasa. Kuat macam orang kata peluru berpandu pun bolehlaa..haha.
Okay, now MI ada 3 anak perempuan,sorang demi sorang si kecil ni akan tergamam kalo tiba-tiba lalui suasana yang bising begitu sekali sekala. Skang ni paling menarik perhatian si Zahra coz dia paling bongsu..baru setahun lebih..dan dia paling kuat senyum dan sengeh tiap kali hujan....
thanks:Mr.Google
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!