Walaupun dalam keadaan tidak bersuci...perempuan masih boleh meneruskan ibadat dengan ikhlas kerana Allah seperti amalan berikut:
-Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang Al Quran
-Mentadabbur ayat-ayat al-Quran (membaca makna/terjemahan dan menghayati maksud ayat-ayat al-Quran)
-Zikrullah-iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan:
-SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
-Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
-Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
-La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
-SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
-La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
-Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah“Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali.
-Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
-Berdoa-memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.
-Doa Lailatul-Qadar
Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
-Muhasabah diri.
-Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
-Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH
-Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan. Kerana di dalamnya kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar.
Ibadah-ibadah lain
-Menghadiri majlis ilmu.
-Menjauhi perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.
-Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.
-Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa. InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.
-Berinfaq.
-Membantu orang yang kesusahan.
-Menyebarkan salam.
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!