July 28, 2013

Amalan 10 Ramadhan Terakhir






Salam semua...sedar tak sedar kita sekarang sudah di penghujung Ramadhan. Tak sempat langsung berblogging..sekadar menyiapkan assignment dan menjaga si Zahraa yang asyik demam..Dugaan sungguh di bulan mulia ini. Hasrat di hati sebelum Ramadhan dulu macam-macam..nak khatam Quran..nak solat tarawikh setiap malam...nak itu ini...namun tak semuanya mampu ditunaikan...MI just tunaikan ikut kekuatan dan keadaan yang mengizinkan...selebihnya serah saja kepada Allah. Dia Maha tahu segala hajat dan impian kita..segala doa kita..segala-gala yang terbaik untuk kita. 

Okay..pagi tadi otw ke skul, MI terdengar slot bersama Ustaz Al-Hafiz yang berbicara tentang 10 Ramadhan terakhir. Tak sempat dengar habis, separuh aje. Selebihnya MI search kat google i dan inilah amalan-amalan yang kita patut mulakan dari sekarang; sama sepertimana yang ustaz tadi maklumkan:
  • Menghidupkan malam dengan solat malam (qiamulail)seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

  • Mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.(kalo dorang tak nak bangun terpulanglah, at least we've done our part)-kita turut mendapat pahala melakukannya

  • Suami isteri tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

  • Amalan i'ktikaf -iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: 

“Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : 

“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Jenis-jenis Ibadah Rasulullah 10 Ramadhan Terakhir

Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : 

“Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”


Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.


Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata:

 “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”


Tulisan MI bertujuan untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan mengamalkan amalan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan. Kita teruskan seperti biasa amalan-amalan ini dengan konsisten, manalah kita tahu rupa-rupanya amalan itu jatuh pada malam Lailatul Qadar. Subhanallah! Semoga jiwa kita dibersihkan dari segala kotoran dosa

dan seandainya doa itu jatuh pada malam Lailatul Qadar, maka ingatlah pesanan Ibnu Abbas bahawa terdapat 4 golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar iaitu: 

  1. orang meminum arak 
  2. anak yang derhaka kepada ibu bapa
  3. orang yang selalu bertengkar 
  4. mereka yang memutuskan silaturahim

****moral..kalau ada rasa "terderhaka" kpd ibu bapa terus pohon maaf, begitu juga yang asyik nak bertengkar sesama Islam...yang berputus saudara erat-eratkanlah pada bulan mulia ini.....sayang kan kalau doa xditerima?

wassalam 

No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!