July 09, 2013

"Tangan yang menggeletar itu telah membesarkan saya"




(sumber: google image)



My mom semakin uzur..hari-hari bersama beliau rasa masih kurang kerana desakan kerjaya dan menguruskan keperluan dan perhatian anak-anak. Namun  MI cuba juga luangkan masa berkualiti buat my mom. Paling ketara mak selalu kata tangannya menggeletar. Ini kerap terjadi semasa mak nak solat..memang dia nak MI pakaikan telekung leteww..

Cuma yang latest ni MI ingat mak perlu disuap masa makan..yelah macam kita kecik-kecik dulu la..mak dah lupa mana nak amik lauk, kalau tak dibubuh lauk ke pinggannya maka makan nasi putih la jawabnya..MI mungkin akan suap juga nanti, cuma sekarang ni tak sempat sungguh! 

Ok, tadi kat Fb MI jumpa ni:



"Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia. 

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

Namun,

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit? 

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali. Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus."



Walaupun post berkenaan ditaip untuk tujuan business (yakni jual telekung solat), hati kecil MI tersentuh..coz jauh di sudut hati tidak mahu jadi anak derhaka..taknak!! 

Jangan sampai kita menangguh-nangguh nak buat perkara yang diredhai nantikan tak sempat sampai ke sudah...jom kita dapatkan keredhaan ibu bapa hari ini juga.  



No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!