November 10, 2012

Bela Kucing Pun Boleh Jatuh Hukum Berdosa



Salam sayang buat semua bloggers, especially cat lovers /animal lovers dan pengunjung yang sudi menjengah ke blog MI yang sangat tidak seberapa ni. MI rasa nak berkongsi sedikit ilmu yang MI perolehi sekitar bulan lepas dari majalah Solusi-sila dapatkan di pasaran. (iklan jap-tetiba) Cukup berguna rasanya, cuma masa tidak begitu mengizinkan untuk berkongsi ilmu tersebut lebih awal. Namun pasti sudah ada yang tahu. Yang MI maksudkan ialah adab kita dalam membela binatang kesayangan di samping menjaga hati jiran. Nasihat dan perkongsian ini juga ditujukan untuk diri MI sendiri yang sering lupa dan alpa tentang kepentingan menjaga hati jiran.

Dalam keseronokan kita menjaga kucing kesayangan, perlu juga dipantau cara pembuangan air besar kucing-kucing kita. MI tidak mengkhususkan kepada kalian yang membela dalam rumah atau terhad dalam pagar atau kawasan pagar sendiri sahaja. Tidak juga rumah kampung yang jarak sebuah rumah dengan rumah yang lain agak jauh atau luas. Tidak juga MI maksudkan kepada yang membelanya dalam kurungan khas yang ada menyediakan litter box yang selamat dan bersih.

Fokus MI lebih kepada mereka yang acuh tidak acuh bab kebersihan terutamanya dalam hal najis kucing yang sangat terkenal dengan baunya yang ERKKK... Tiada gunanya kita bela kucing tapi dibiarkannya berak di pasu-pasu rumah jiran, dalam pagar jiran, ceroboh masuk dapur rumah jiran mencuri ikan dan sebagainya . Perlu kita sedar hakikat bahawa dalam kita mahu mengambil pahala membela haiwan kesayangan Rasulullah SAW, pada masa yang sama kita telah menyakiti hati jiran.

Perlu untuk kita tahu tidak semua manusia punya hati yang sama, iaitu menyukai kucing. Terlalu ramai manusia di luar sana yang anti-kucing, benci kucing, dan alahan terhadap kucing. MI sendiri punyai ramai kawan yang tidak gemarkan kucing, tapi saling menghormati hak dan pendirian masing-masing. Teringat juga MI zaman sekolah dulu punya seorang kawan yang menangis meraung ketakutan gara-gara seekor kucing manja datang menggesel di kakinya. Tak kira lagi beberapa kawan yang lari bertempiaran bila nampak kucing. Ramai yang bersikap kasihan kan kucing, tapi tidak sayang. Itu perkara biasa, sekurang-kurangnya mereka bukan pendera kucing.Bukan setakat itu, kucing yang kuat mengiau kerana lapar adakalanya boleh menyakiti hati jiran dek kerana terganggu apa jua aktiviti yang dilakukannya.

Bagi yang terlalu menjaga kebersihan (extreme clean behavior), kucing itu seolah-olah najis baginya, langsung tidak dibenarkan masuk rumah apalagi tersentuh walau seurat bulu kucing...Oleh itu, perlu kita fahami adab yang digariskan Allah dalam kita hidup berjiran. Menjaga hati jiran sangat penting sehingga dikategorikan dosa besar yang tidak terampun sekiranya kita melakukannya kerana ini melibatkan hati manusia sesama manusia. Dosa ini masih tidak diampunkan Allah walaupun telah bertaubat nasuha, mengerjakan haji mahupun puasa yang sempurna. Dengan cara kita sedar atau tidak telah menyakitkan hati jiran, kita sebenarnya telah menempah tiket ke neraka, malah dosa sebegini menempatkan kita antara 11 golongan ahli neraka yang mana akan memasukinya tanpa mempunyai kaki dan tangan.  Sumber di sini. Ini dosa besar ye kawan-kawan, sehingga Islam menggariskan pula beberapa cara penebusan dosa supaya pelakunya mendapat peluang meraih syurga Allah. Ya Allah, moga kita semua dijauhinya. Mudah-mudahan post sebegini mengingatkan kita tentang kepentingan hidup bersyariat.


Wallahua'lam. p/s: pakat pantau kucing aku berak kat mana hari nie..


 

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ermm bukan setakat bela kucing je..tapi sebarang haiwan yang kita bela ..contoh haiwan ternakan spt kerbau, lembu, kambing kbykn org kita yg bela haiwan ternakan lepas camtu je ..esp kat kg2..

    ReplyDelete
  3. Kalau bela kucing berdosakah jika tidak Berpasangan?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak sy mintak izin nk copy sedikit petikan di atas ya boleh ker

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. boleh..xde masalah. mintak adik bagi email add. sorry lambat reply

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum... sy minta izin nk copy sikit petikan ni yer.. sbb sy ade jiran y bela kucing y suka berak depan rumah sy...huhu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... saya juga nk minta izin copy petikan ini. Saya suka dan sayang kucing tp saya tak blh bela kucing sebb suami dan ank2 saya alah dgn bulu kucing. Tapi kucing jiran berak dan kencing depan n dlm porch saya. Kerap sangat. Dan ada jiran yg tak bersihkan najis kucingnya sampai saya tak boleh buka pintu. Mereka sedar perbuatan mereka tp tiada penyelesaian yg dilakukan.

    ReplyDelete
  8. Saya suka kucing tapi sgt2 geli.takot ngan kucing...
    Jiran seblah rumah bela kucing...katenye pandai berak dlm toilet umahnya.. slalu dtg sini main ngan anak... tapi saya ttp pintu.. hanya sekada main di sliding je...

    Tuan kucing marah sebab saya xbukak pintu bagi kucing masok.. salah ke saya...saya xpernah pukul pojak atau cederakan kucing dia..

    Ape maaalah dia pon sy xpasti

    ReplyDelete
  9. Saya suka kucing tapi sgt2 geli.takot ngan kucing...
    Jiran seblah rumah bela kucing...katenye pandai berak dlm toilet umahnya.. slalu dtg sini main ngan anak... tapi saya ttp pintu.. hanya sekada main di sliding je...

    Tuan kucing marah sebab saya xbukak pintu bagi kucing masok.. salah ke saya...saya xpernah pukul pojak atau cederakan kucing dia..

    Ape maaalah dia pon sy xpasti

    ReplyDelete
  10. Saya suka kucing tapi sgt2 geli.takot ngan kucing...
    Jiran seblah rumah bela kucing...katenye pandai berak dlm toilet umahnya.. slalu dtg sini main ngan anak... tapi saya ttp pintu.. hanya sekada main di sliding je...

    Tuan kucing marah sebab saya xbukak pintu bagi kucing masok.. salah ke saya...saya xpernah pukul pojak atau cederakan kucing dia..

    Ape maaalah dia pon sy xpasti

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum saya nak juga nk minta copy petikan nie sebab saya senasib dengan sahabat yang komen diatas .

    ReplyDelete
  12. asSalaam! terima kasih atas perkongsian. boleh saya share info ni? tq-raja aiza

    ReplyDelete
  13. Thank you sy copy ayt awak ye sbb xthn dh pagi2 lg dh kna cuci porch sbb kucing jiran berak huhu.....xnk tmbah dosa sbb mrah kucing tp dh xthn kdg tu sja kuatkn suara marah2 biar owner kucing tu dengar...semoga Allah ampunkn dosa sy sbb prilaku sy ni...

    ReplyDelete

Thank You Friends!