Sambil menjalani kehidupan seharian yang sangat sibuk dan huru hara, MI ada kalanya terimbau kenangan petai bersama ibu MI. Kenangan itu memang agak pahit untuk ditelan. Masa tue tak silap usia MI sekitar 5 atau 6 tahun. Kalau terlalu melayan memang menitik juga air mata ni..maklumlah..kes menipu ibu kali pertama yang sangat meninggalkan kesan. Kata orang, kalau peristiwa itu sukar dilupakan, memang besar juga dosa yang MI lakukan terhadap ibu.
Kehidupan MI, mak+ayah & 8 lagi adik beradik memang dalam suasana yang agak sukar dan susah, nak kata miskin pun betul jugalah. Masa tu rasanya serba dalam kesusahan, namun dalam peritnya suka duka, kami tetap masih dapat menjamu selera makan nasi. Alhamdulillah.
Dalam daifnya hidup, dengan suasana adik beradik ramai dan riuh rendah setiap hari, memang susah sangat kami nak dapat ulam seperti petai, zaman 30-40 tahun lepas tak sama cam sekarang. So, bila ayah bawa balik petai, ada seorang abang yang mula amik dan sembunyikan diam-diam, lepas sorang, sorang lagi, so MI tak ketinggalan buat benda yang sama dan sorokkan. Tiba masa tengahari semua makan nasi bersama ikan singgang (mak selalu buat ikan singgang-lazat pulak tue!) sambil bertemankan ulaman petai dicicah dengan budu...memang lazatlah! Masa tu we all adik beradik makan tak hengat dunia, tak ada pun nak tanya mak dah makan ke belum, yelah mak busy dengan kerja basuh kain (pakai tangan) , sidai kain, dll.
Bila tiba malam, tetiba mak MI nak makan nasi, yang adik beradik lain tidur awal, so MI yang jadi mangsa; mak tanya petai ada simpan tak, mak nak satu. MI jawab tak ada, memang menipu coz tak mahu bagi mak , nanti kalo mak makan, dah kurangla petai MI berbanding adik beradik yang lain. Tak mungkin bagi mak! Mana aci! So, MI terus tak hiraukan mak, buat-buat sibuk dan tidur. MI sempat intai mak masa tue makan nasi hanya berlaukkan budu......
Keesokannya memang MI bangun tidur dalam keadaan yang sangat rasa bersalah dan sedih. Memang kenangan tue MI ingat sampai bila-bila. Naik sekolah rendah-menengah-sehinggalah masuk u. MI frust dengan sikap MI sendiri yang mementing diri. Mak pula sebenarnya dah masak dengan peel anak-anaknya yang suka sorok petai, namun, hanya kerana menghormati kehendak anak-anak, tak pernah pula mak mengugut letak kat mana atau buat-buat cari, padahal semua area mudah dicapai..hebat sungguh seorang ibu sanggup berlapar makan nasi tanpa sebarang lauk + ulam semata-mata mahu melihat anak membesar dengan sihat dan berjaya. Ya Allah....ampunilah aku dan kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku kecil........ T_T
Hallamak...memey feveret nehh!! ^^
ReplyDelete