February 24, 2013

Air Terjun Yang Membeku di China


Subhanallah..



Air mencurah berhenti kerana cuaca sejuk melampau


nak gi jugak bleh






Fenomena air terjun membeku ini berlaku di hadapan Reservoir Empangan Longchuang, Zaozhuang City, Shandong Province China Timur. Air yang menyimbah Empangan Takungan Longchuang telah membeku apabila suhu jatuh dan bertukar menjadi air terjun ais.

*****
Beberapa minggu lepas MI terlihat imbasan berita ini di TV3, memang terkejut melihat fenomena aneh sebegini..yelah, kita kat mesia ni mana nak rasa seme ni..bagi yang memandang bukan melihat akan kagum & terkasima..tapi cubalah kita melihat dengan mata hati..semua ini tidak mungkin berlaku dengan kuasa Allah bukan?

Air terjun yang sedang turun perlahan-lahan membeku sedikit demi sedikit..ini  petanda kebesaran Allah. Kita tidak mungkin tahu mereka juga bertasbih dengan cara tersendiri..semuanya memuji-muji keagungan Allah.


Jom perhatikan dalam Al-Quran:

 “Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1


“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Jumu’ah : Ayat 1


“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41



**********

jom bertasbih!

3 comments:

Thank You Friends!