February 10, 2013

Tips Membuat Pembentangan Yang Hebat (Pelajar)

MI ingat nak share sedikit sebanyak tentang tips presentation yang terBAEK. InsyaAllah, kumpul sedikit sebanyak pengalaman masa diploma, degree dan skang master. Rasa cam ada jer yang kena improve. Tapi bagi MI la, untuk menjadi presenter terbaik bukan senang, perlu merasa beberapa kali presentation sebelum ini dan belajar drpd kesilapan lalu.

Selagi anda bergelar pelajar, memang perbentangan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Zaman IT skang pula memerlukan kita semakin kreatif dengan menggunakan Power Point bukan lagi kertas mahjong atau papan tulis. Lepas alam universiti, alam kerjaya pun banyak juga yang memerlukan soft skill sebegini bila berhadapan dengan client, customer dll. Namun focus MI hanya untuk pelajar okes..
Bagi MI, pengalaman paling memeritkan ialah pertama kali present masa zaman matrik uia dulu. Memang takde pilihan coz lecturer nak individual presentation, masa tu memang tak tentu arah, nervous gabra gementar tak tentu arah semua ada. Namun bila dah melalui beberapa siri presentation, lama-lama kita menjadi semakin matang dan bersedia.
Walau apapun, bagi MI penglibatan pelajar dalam kelas perlu diberi pendedahan seawal sekolah menengah lagi. Ini merupakan salah satu faktor terpenting yang mampu memberi suntikan semangat kepada mereka. Bila dah memasuki alam kolej, university dan yang sewaktu dengannya, sekurang-kurangnya tidakla kekok sangat coz mereka telah mengalaminya di alam persekolahan.
Di sini selaku guru juga, MI menyeru agar guru-guru lain lebih kreatif kaedah P&P nya yang sering mendahulukan penglibatan pelajar di dalam kelas. Pengajaran bukan sahaja semakin menarik, malah lebih berkesan sehingga mampu meninggalkan pengalaman manis kepada para pelajar.
Di sini MI share banyak keping gambar anak-anak murid MI yang batch SPM 2012 semasa kem SPM mereka tahun lepas di Sri Nipah Resort. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan, memang hebat belaka. Ada kalanya kita jadi kagum sendiri melihat betapa hebatnya mereka apabila berkata-kata di hadapan khalayak ramai. Di sinilah kita dapat menilai tahap ilmu, mentality dan kekuatan jiwa seseorang semasa presentation. Memang benarlah kata pujangga “ucapan seseorang melambangkan keperibadiannya”.


































































Okay, antara tips yang MI nak kongsi ialah:


1. Preparation-buatlah persediaan dari A-Z. Kalo berkumpulan biarla diskus sampai betul2 puas hati,sapa yang akan mula dulu, point apa yang akan disebutkan oleh rakan2 dan teliti semula dari awal hingga akhir. Last sekali, kalo masih ada masa cubalah buat rehearsal secara ringkas (kalau boleh anggap real) supaya tiada point penting yang tertinggal.
 2. Co-operation –sekiranya presentation anda dalam kumpulan, setiap member perlu beri kerjasama, bukan sekadar mendengar, berilah pendapat, kongsi apa yang anda tahu selain berusaha menjadikan kumpulan anda adalah yang terbaik.
3-Language-gunalah bahasa yang mudah, maksudnya tidak terlalu bombastic. Takde maknanya bila kita buat persembahan di depan tetapi audience semuanya berkerut kening coz tak  paham. Objektif tak sampai, markah presentation mungkin tak banyak coz mesej kita tak sampai..huhuh kesian taw.
3. Eye Contact - Yang ini memang penting, kalo tak kena tempat memang nervous tak hengat. Anggap semua audience itu adalah sahabat karib anda yang sentiasa menyokong, bukannya orang asing. Selain itu cuba sekali-sekala pandang lecturer (pemberi markah), bila dah dapat sedikit keyakinan, pandanglah keseluruhan audience (bukan seorang dua yang dikenali saja). Kalo nervous jugak, ada petua menyatakan pandang dahi mereka, bukan mata.
5. Body Language-Bahasa badan hendaklah sentiasa positif. Berdiri tegap dan cuba dapatkan postur badan yang selesa dan menyakinkan. Jangan berpeluk tubuh, menghayun tangan tidak tentu arah, menyeluk saku, bercekak pinggang atau apa-apa tabiat tangan yang tidak sesuai. Anda akan tahu dengan sendiri bagaimana menggunakan tangan semasa menyampaikan point dengan gerakan yang sesuai dan difahami. Selain itu mimic muka perlu juga sesuai bukannya tunjuk muka ketat (stress), moody dan yg sewaktu dengannya.
6. Appearance-sapa kata pemakaian tidak penting, kalo semua students pakaian uniform seragam, ok fine. Tapi kalo dah kat u, biarlah kemas dan warna yang sesuai
7. Confidence- Ini sangat penting. Uolls perlu yakinkan diri bahawa apa yang akan uoll sampaikan nanti sangat penting, malah lecturer sendiri belum tentu tahu dan aware dengan research atau kajian yang telah uoll lakukan. Jadi cara penyampaian perlulah berkesan dan buktikan yang uolls telah cuba sedaya upaya memberi persembahan yang terbaik.

6. Introduction, body and conclusion. Memberi ucapan atau menyampaikan persembahan individu mahupun berkumpulan untuk carry mark course samalah seperti buat karangan/essay. Ada permulaan, isi kandungan dan penutup. Setiap lokasi ini sebolehnya curilah telinga audience uoll dengan sesuatu yang boleh menjadi memori. Jika menarik, ia mungkin menjadi trademark diri anda. Uoll yang berfikiran kreatif mungkin mampu menyelitkannya dengan cerita ringkas, humor ungkapan / frasa yang catchy, hadis, potongan ayat suci al-Qur’an, pantun yang direka sendiri dan sebagainya yang boleh meninggalkan audience dalam keadaan senyum kerana puas hati atau dalam bentuk persoalan yang menguji minda

Selain itu, beberapa tips lain ialah:
-Setelah sehabis daya berusaha membuat persiapan, maka berdoalah..kerana tanpa bantuan Allah, kita menjadi lemah.
- Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan. 
-Tenangkan diri sendiri dengan berselawat, beristighfar dan sedikit senaman ringan kerana sedikit sebanyak mampu mengawal tekanan darah yang gemuruh.

-Cuba bersedia dengan apa jua bentuk soalan kerana anda mungkin disoal macam-macam selain sahabat-sahabat yang suka mengusik persembahan anda.

- Jangan sesekali beritahu ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda (ini nasihat daripada lecturer MI sendiri)

-Jangan menghafal setiap patah isi kandungan persembahan yang akan disampaikan, ini mendatangkan masalah yang lebih parah. Cukup sekadar point dan huraian spontan sepertimana yang telah dibincangkan dalam kumpulan.

-Jangan biarkan emosi negative menguasai minda.Pemikiran positif akan memberi keyakinan dan kepuasan untuk diri anda seterusnya menyampaikan aura tersebut kepada seluruh audience anda termasuk pensyarah / guru anda. Selamat mencuba yer!


10 comments:

  1. terbaik ticer, dari bekas warga kerja azhariah...

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu ats nasihat nie..
    saya akan cuba praktikkan.. :D

    btw, Selamat Hari Guru!

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu ats nasihat nie..
    InsyaAllah,yana akan cuba praktikkan..

    mmg selalu gementar..dr hafal..msa present sume hancur..xtersusun jadinya..
    hurm..

    ReplyDelete
  4. Yana Sakura,
    mungkin baru permulaan..lama2 akn terbiasa..selawat byk2 InsyaAllah terbaek hasilnye ok

    ReplyDelete
  5. nak mintak izin nak copy untuk rujukan diri sendiri

    ReplyDelete
  6. saya copy boleh? untuk ajar student kemahiran saya?

    ReplyDelete

Thank You Friends!