Subhanallah..indahnya pagi..esp bila kita perlu rush ke tempat kerja..
"....pagi yang gelap kini sudah terang.."- memang pengalaman yang menarik terutama pabila melalui denai-denai, sawah padi sepanjang perjalanan..ini kerana MI tinggal di kawasan kampung..jauh dari hiruk pikuk segala bagai..
Lagi indah pagi yang dimulai dengan puji-pujian memuji Allah penuh kesyukuran, yakni mulakan dengan solat malam sebelum tiba Subuh. MI cukup salute terdengar kisah suami isteri yang saling kejut mengejut seawal pagi untuk solat sunat bersama kerana mengejar waktu mustajab berdoa..subhanallah..pasti indah nian rumahtangganya..aminn!
*****
ramainya alim ulama menyetujui kehebatan berpagi-pagi ni:
1.Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy,
Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى
بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkatilah umatku di waktu paginya.”
2. Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluanmu.
Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barakah dan keberuntungan.
(HR. Ath-Thabrani dan Al-Bazzar)
(HR. Ath-Thabrani dan Al-Bazzar)
Sebagaimana Rasulullah tidak tidur
selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat yang
berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
3.“Ya Allah, berkatilah umatku yang
berpagi-pagi”
Baginda
berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka
Baginda bersabda:
4.“Wahai anakku, bangunlah dan
hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang
lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar
hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata
Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani
5.“Berpagi-pagilah (subuh) dalam
mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”
Oleh
itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan
dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh
dan Asar:
6.“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf
selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha
(syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”
7.Dan
dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” (Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya)
Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat
Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang
berjaga malam untuk qiyam dsb.
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!