November 11, 2015

Mengenangkanmu bisa buat mataku berkaca...



Salam sayang buat semua...
Hari ini hari yang sayu...asyik-asyik terkenangkan ibu di kampung..begitu jugalah agaknya perasaan anak-anakku saatku berjauhan agaknya...
Ya Tuhan..benar..mengenangkan ibu dengan jasa-jasanya buat mataku kabur dan berair. Tiada lain kupinta, sudah cukup Engkau ampunkan apa jua dosa-dosanya di muka bumi ini sepanjang hayat beliau..

Ini titipan indah yang buat ku sebak... seolah-olah inilah apayang ibuku mahu sampaikan semasa dia masih gagah... T_T

dapat dari sini: aliyfaizal.blogspot.my



Anakku yang tercinta…

Suatu hari nanti anakku akan melihat Ibu sudah tua, dan tingkah laku Ibu sudah tidak masuk akal lagi.

Ketika itu, ibu berharap anakku mau memberi sedikit waktu dan sedikit kesabaran untuk memahami ibu.

Ketika tangan ibu bergetar sehingga makanan yang tadi ibu genggam berjatuhan diatas ibu, dan ketika ibu sudah tidak mampu memakai pakaian dengan sendiri, ibu berharap anakku mau bersabar denga tingkah dan ulah ibu. Ingatlah beberapa tahun yang lalu ibu mengajarmu apa yang ibu tidak mampu melakukannya hari ini.

Apabila ibu sudah tidak elok dipandang dengan bau yang sudah tidak wangi lagi. Jangan salahkan Ibu, dan ingatlah usaha2 ibu suatu ketika dulu mengurusmu agar terlihat tampan serta bau harum.

Jangan ketawakan Ibu apabila anakku melihat kejahilan dan ketidak fahaman Ibu mengenai memahami generasimu, tetapi jadilah mata dan akal Ibu agar ibu dapat susuli pelajaran2 yang sudah terlepas. Ibulah yang mengajarmu beradab dan Ibu juga yang mengajarmu bagaimana mengharungi kehidupan, jadi patutkah engkau wahai anakku hari ini mengajar Ibu mana yang baik dan mana yang tidak baik?!!

Jangan merasa bosan disebabkan ingatan Ibu yang sudah tidak tajam dan pertuturan serta pemikiran Ibu yang lambat ketika berbicara denganmu, karena kegembiraan Ibu sekarang ini hanya berbicara denganmu!!! Hanya satu yang ibu pinta darimu, tolong bantu selesaikan keperluan-keperluan Ibu, selebihnya biar Ibu yang selesaikan karena Ibu masih tau apa yang Ibu perlukan!!

Ketika kedua kaki ini sudah tidak mampu membawa ibu ketempat yg Ibu kehendaki, berlemah lembutlah dengan Ibu dan ingatlah ketika anakku kecil, Ibu selalu memegang tanganmu agar kamu bisa berjalan, maka janganlah malu untuk membantu ibu berjalan di usia Ibu sekarang ini, karena disuatu hari nanti kamu akan mencari orang yang dapat menolongmu berjalan.

Dalam usia Ibu yang sekarang ini, ketahuilah cita-cita untuk hidup lebih lama lagi sudah tidak sepertimu wahai anakku, Ibu hanya menanti kematian, dari itu bersamalah dengan Ibu dan janganlah menjauh dari Ibu.

Ketika anakku ingat akan kesalahan-kesalahan yang pernah Ibu lakukan terhadapmu, ketahuilah bahwa ketika itu yang ibu inginkan adalah kepentinganmu, dan sebaik-baik apa yang anakku buat untuk Ibu disaat ini, berdoalah agar Allah mengampuni segala dosa Ibu dan berdoa agar Ibu memperolehi dariNya perlindungan. Begitu juga semoga anakku diampuni dosanya dan diberi perlindunganNya.

Sampai saat ini tawa dan candamu membuat Ibu gembira seperti sedia kala, oleh itu janganlah ambil kesempatan ini wahai anakku, karena yang Ibu inginkan hanya bersamamu.

September 22, 2015

Nombor Telefon KBVC dan cawangan seluruh Kelantan


Salam sayang buat semua especially animal lovers. MI dah lama bebenar tak hupdate blog. Maaf sesangat buat semua mereka yang bertanya. MI rasa bersalah bila tak mampu membalas komen dan email pencinta kucing yang bertanyakan nombor untuk dihubungi di sekitar Kota Bharu.  Okay, kat sini MI snap biz card Dr Che Azila dan cawangan-cawangan seluruh Kelantan. Semoga dapat membantu kalian yang tercari-cari:



Dr. Che Azila agak accessible, tiada masalah sangat nak dapatkan khidmatnya coz dia bagi number handphone terus.  Menurut staf kat situ, kediamannya dan KBVC area Tunjong tu dah tak jauh. Belakang tu aje. Correct me if I was wrong.

Number nya: 012 928 3950





No. Telefon cawangan-cawangan KBVC lain:


1. Kota Bharu : 09-743 9352
2. Tunjong:- sorry sudah blur T_T
3. Pasir Mas: 012-928 7950
4. Machang: 017-9752974
5. Kuala Lumpur: 012-928 7950
6. Gua Musang: 012-928 3950


Kata KBVC:


" kami merawat semua haiwan"

March 30, 2015

Sebak...mandikan ibu..




Assalamualaikum..

huhuhh..lama betul MI tinggalkan blog ni..sibbaik still boleh login...sibuk tak blehblah..sebenarnya kalau seminggu lebih tinggalkan blog, memang xde canla nak update..jadi terbiasa..padan muka aku..

okay..MI ingat nak share pengalaman MI bergelar anak kepada parents MI..selagi boleh share MI akan share. Kali ini Allah menguji MI dan semua adik beradik dengan memiliki ibu yang semakin lemah ingatannya, istilahnya nyanyuk..atau penyakit Alzheimer. Kami semua dah redha dengan ujian ini..walau apapun selalu my brother said, kenanglah ibu kita di saat sihat dan cergasnya dulu yang berupaya membesarkan kami dengan jayanya. 


Kalau ikutkan hati yang jahat, selalu nak persoal; kenapa mak aku macam ni, kenapa ibu orang lain yang lebih berusia masih gagah ingatannya, masih hebat masakannya, masih kelakar lawaknya? Ini ujian...Allah nak bagi kita pahala berbakti kepada orang tua. Selalu kata-kata semangat ini keluar daripada mulut orang yang terdekat dengan kami...saudara mara dan sahabat handai..malah jiran-jiran.

sebaik aje MI dapat ditukarkan ke sekolah berdekatan dengan rumah parents..MI mula mempelajari kesan-kesan sikap pelupa ibu dalam kehidupan sehariannya. Hampir semua perkara menjadi kekok baginya walaupun dulu adalah rutinnya berpuluh-puluh tahun. Antaranya ibu mula lupa cara solat, cara ambil wudhuk, mandi, menukar pakaian, dan pelbagai lagi. Pengurusan dirinya semakin merosot dan memerlukan bantuan dan sokongan. Alhamdulillah MI terima semua ini sambil tak putus pohon agar Allah permudahkan untuk MI yang berkerjaya selain komitmen terhadap anak-anak.


Untuk entry kali ini cukuplah MI berkongsi bagaimana MI mandikan ibu. MI ingat lagi ketika itu ibu memberitahu mahu badannya dijirus kerana panas cuaca. Wajahnya cukup resah dan tidak selesa. MI segera akur. Nak tanggalkan pakaian sendiri pun ibu gagal buat sendiri, terpaksa MI bantu dan kenakan kain basahan. Masa mula jiruskan air ke badan ibu, memang dapat lihat susuk badannya yang mula menggigil. Tangannya terketar-ketar. Untuk mengelakkan badan sendiri yang basah, MI minta ibu duduk mencangkung. Ibu akur sahaja sambil bersedia tunggu air yang akan dicurahkan ke atasnya. Masa tu MI tak tahan air mata sebak sangat..tangan ibu terketar-ketar. MI baru mula perasan bahawa tubuhnya sudah semakin susut dan mengecil. Kurus dan kelihatan sangat lemah. MI sangat sedih tak mampu menahan air mata daripada terus mengalir. Ya Allah! Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa ibu sebagaiman air ini membersihkan badannya..! Betapa hebat ibu dahulu..semua anaknya telah dimandikannya dengan tangannya yang gagah!


Masa menjiruskan air ke badan ibu, dia cakap betapa selesanya dapat mandi juga. MI capai syampu dan mula mencuci rambut ibu. Nampaknya rambut ibu semakin sedikit memang kelihatan separa botak namun rambut ibu cepat panjang walaupun semuanya uban yang memutih..betapa hebat baktinya sepanjang beliau hidup membesarkan kami semua..seterusnya MI capai pula cecair mandian dan lumurkan keseluruh badannya. Ibu cakap...wangi!!!!  MI sekadar tersenyum padahal muka dah bengkak dengan air mata. 


Selepas siap membilas, MI capaikan tuala untuk mengelap dan menukar kain basahannya dengan kain batiknya yang bersih. MI memakaikannya baju dan kain sarung. Rambutnya disikat kemas dan pipinya MI sapukan bedak...lepas tu MI pimpin mak ke sofa..minta dia berehat..

lepas tu MI masuk ke bilik MI menghumban diri ke katil menangis teresak-esak. Dalam tangis, MI pohon Allah yang pengasih lagi penyayang mendengar doa MI dan mengampunkan segala dosa-dosa ibu MI...ibu dah semakin lemah Ya Allah..Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya. Jasanya sangat besar dalam hidup kami sekeluarga..tiada daya kekuatanku..hanya itu kupohon padaMu khusus buat ibuku yang masih ada....


October 12, 2014

We've been friends since 1996 . For me it's awesome.



Assalamualaikum..uolls..ni bajet entry masa itu emas ... ni pic raya posa tahun ni..dah lama la ...busy punya pasal...mmg amik masa nak update... 

 di sebelah kiri itu Mettie dan kanan itu Mekkas. Kami sama-sama belajar almost 6 years in IIUM iteww ... Course sama,punya minat yang sama dan kerjaya juga sama..guru..semua dah dah got married and sudah punya anak2..heheh..semua Samalah !! But tempat keje ofkoz tak sama. Hew..hew ..


Berselfie bersama mettie..!. cerah betul cahaya nur di wajah kami..depan rumah dia bebetul...



******


ps: bersahabat kerana Allah..berpisah kerana Allah, 
Semoga Allah apermudahkan kita semua menuju syurga.
 Amiin





October 10, 2014

Saat Riang di Hujung Semester

 Salam semua...perghh...lama gila babas gue tak hupdate blog. Cemburu & rindu saat-saat lapang..apakan daya busy teramat dan tak pandai urus masa...mengaku aje. :P. Entry tak mo corat coret panjang coz project paper tak siap-siap lagi...tapi gue rindu saat-saat ini...last semester in July 2014.

Ini yang cilok drpd FB...bersama lecturer kami, Dr.Hariharan.




 Mr.Aliff Hakimi; our class moniter. 




 All are young faces except me ..very old   X_X







Ni class masa sem sebelum tuh...


 Selfie sat





June 30, 2014

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua!

Oleh kerana di ABJ ni sentiasa ada saja watak-watak terpendam dalam bidang menconteng dan melukis,  bukan sekadar  di buku dan kertas peperiksaan, malah dinding serta meja sentiasa saja menjadi tempat lepak pelukis-pelukis yang tidak berbayar ini. 

Oleh itu pihak ABJ dengan gembiranya telah menganjurkan kesekian kalinya pertandingan melukis poster sempena menyambut ramadhan baru-baru ini. So, di sini bolehla pelukis-pelukis tadi menunjukkan bakat masing-masing dengan melukis dan mewarnakan lukisas dengan cat air serta berus cat yang dibekalkan untuk kumpulan masing-masing...
Ini yang MI sempat snap lah


 mula-mula dapat sehelai kain putih...blank lagi..tengah discuss nak buat hape..

 bebas mengambil mana-mana port yang sesuai asalkan bukan dalam kelas..


 Kump Lelaki 1 Mekah


 Kump Lelaki 2 Mekah


 Kump Lelaki 4 Madinah
 Kump Lelaki 5 Mekah
 Kump Lelaki 4 Mekah


 yang ni tukang sokong..takde bakat katanya..
(Faizzil & Haziq)


 ..ooh ada logo parti kat situ...memang tak dapat johanlah!

 Kump perempuan 5 Mekah



 Almost done

Ini hasil 4 Madinah


***

pemenangnya? 

Lelaki: 5 Mekah
Perempuan: 3 Mekah

Kesemua poster terpilih digantung sepanjang koridor utama sekolah...maaflah..tak sempat nak capture!



By the way...Happy Ramadhan to all my beloved students and all Muslims out there

June 18, 2014

Mendidik & Memukul Anak Cara Rasulullah SAW


Dulu kerap juga saya mengeluh kepenatan kerana menjaga si kecil biasanya kerana mereka kerap bertengkar sesama sendiri dan menangis. Alhamdulillah selalu berpegang kepada kata-kata abe har saya. "Budak ni lagi 3-4 tahun tak menangis macam ni lagi dah." Saya mula fikir balik. Memang betul kata-katanya. Saya perhatikan anak-anaknya yang mula meningkat remaja yang semakin matang, sudah bijak menguruskan hal sendiri, dan paling ketara takde dah nak menangis, menjerit macam anak-anak 
saya..huhuhu..nampaknya saya perlu hargai momen-momen mereka saat mereka menangis, datang dapatkan saya, memeluk saya erat, mendukung dan cium mereka dan lapkan air mata di pipi mereka. Mungkin saya akan merindui saat-saat ini beberapa tahun lagi. Sya yang sulung mana ada menangis lagi dah (10 tahun), yang kerap skang ni si Sofiya (7 tahun) dan Zahra (1 1/2thn). 

Selepas beberapa minit perselisihan faham, dorang masih lagi 
boleh jadi best buddy


Alhamdulillah ini tips Rasulullah untuk panduan sesama kita. Jom amalkan


MEMUKUL ANAK MENGIKUT ISLAM

 Jangan pukul anak dari lutut ke atas
· Jangan guna tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak, contohnya menampar
· Rotan anak di tapak kakinya


Sabda Rasulullah
“ Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak mengapa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak lakukanlah juga. Lepas 7 hingga 14 tahun didik dan ajar, kalau salah pukullah dia sebagai pengajaran”




MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH

1) Umur 0 – 6 Tahun
Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

2) Umur 7 – 14 Tahun
Menurut hadis Abu Daud, “ perintahkanlah anak2 kamu supaya mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki & perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, Cuma sekadar menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang”.

3) Umur 15 – 21 Tahun
Jadilah pendengar setia. Elakkan mengherdik atau memarahi

4) Umur 21 tahun dan ke atas
Beri kebebasan dalam membuat keputusan. Ibu bapa hanya perlu memantau, nasihat dengan diiringi doa supaya setiap hala tuju yang diambil oleh mereka adalah betul.

June 15, 2014

Awesome Kids Around Me

 
Sya, Sofiya bersama sepupu-sepupu kesayangan Dayana & Emy!
ups panas weyhh..



 cool





 wah wah dayana!

 selepas penat bermain-main di taman permainan berhampiran



 kesian Adam sorang aje lelaki! Tu muka ketat xmo senyum tuhhh!!!


April 11, 2014

Sayangi Anak-anak Yatim

Dekat my new school ni MI paling berkenan dengan sikap humbly di kalangan para pelajar yang tidak berapa ramai ni. Bagi MI semua students at new school ni cukup baik dan sopan akhlaknya, bukan tak ada langsung yang tidak berakhlak, ada jer tapi tidak la ramai dan amat dikenalpasti..heheh

First day masuk sekolah ni MI ingat lagi pesan mudir bahawa sekolah ni menempatkan sebahagian anak-anak yatim, ada juga yatim piatu. Jadi nak hukum mereka perlu berpada-pada jika benar mereka salah. So MI cukup berhati-hati, paling tidak elakkan memarahi mereka tanpa usul periksa. 

Yelah, serba salah juga kerana salah satu kredibiliti guru diukur melalui ketegasannya. So MI perlu berhati-hati. Tapi risau jugak kalau dah lembut sangat kang diorang seronok tak buat homework pulak. Itu pun satu problem gak..adui.

MI  sendiri pun mengalami beberapa masalah juga di sekolah ni, namun rasanya Allah nak bagi sesuatu, mungkin Dia nak MI kumpul pahala banyak-banyak kerana ramai sangat tiada mak / ayah di sini malah ada yang tidak memiliki kedua-duanya. 

Jadi dalam kesempatan itu MI sempat kenal dengan pelajar bernama Zaki ni. Zaki ni pelajar yang cukup kemas dan senyuman sentiasa meleret di bibir. Dalam pada itu dia sempat juga menumpang kereta MI beberapa kali sebelah pagi sementara menunggu bas. So kalau MI sempat nampak Zaki dan
kawan-kawannya tengah tunggu bas maka sempatla MI pick up diorang. 

Baru-baru ni MI baru dapat tahu yang Zaki ni rupa-rupanya anak yatim piatu. Menurutnya ayahnya meninggal dunia semasa dia masih kecil manakala ibunya semasa dia berusia 8 tahun. Sekarang dia menumpang kasih ibu saudaranya. Asyik juga mendengar latar belakangnya. Paling menyayat hati ibunya meninggal kerana dibunuh. Kata Zaki lagi, ibunya ada sakit mental dan dibunuh orang tidak dikenali dan sudahpun ditangkap. Tapi Zaki tenang aje bercerita, siap senyum simpul..hebat budak Zaki ni..

Zaki bercerita juga tentang kehidupan di rumah anak yatim di Kota Bharu yang penuh cabaran dan akhirnya dia berpindah di smuaabj ini. Alhamdulillah, syukur MI sempat mengenali Zaki ini. Seronok tengok dia merangkak-rangkak belajar Bahasa Inggeris. InsyaAllah MI bantu selagi terdaya.


Seronok dengan kisah Zaki, MI mulai google beberapa peringatan penting dalam Al-Quran & Hadis berkenaan golongan ini antaranya:

1. Sabda Nabi saw maksudnya:
“Aku dan penjaga anak yatim di dalam syurga ‘begini’. ” Rasulullah mengatakan demikian sambil menunjukkan dua jariya iaitu jari telunjuk dan jari tengah. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
2. Al-Quran meyebut perkataan yatim sebanyak 23 kali dan jelas sekali Allah mahu mereka ini diberi perhatian dan pembelaan masyarakat supaya hidup mereka selesa sepertimana mereka yang masih ada parents.


3. Surah al Baqarah, ayat 220, Allah SWT berfirman bermaksud;
 “Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: 
Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.

4. Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. 

5.Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

6. M Khalilurrahman Al-Mahfani dalam sebuah bukunya mencatatkan mengenai anak yatim: “Anak yatim adalah satu daripada komponen kehidupan yang harus kita rahmati. Dengan kata lain, kita harus menjadi rahmat bagi mereka, bukan menjadi musibah.”
7. Allah SWT memerintahkan kepada Nabi-Nya dengan firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha ayat 9 yang bermaksud: “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.”
8. Firman Allah SWT bermaksud: “Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhirat? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin.”
 (Surah Al-Ma’un ayat 1-3)
9. Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
10. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
11. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).



***
Alhamdulillah..perkongsian yang hebat yang pastinya daripada para ilmuan dan alim ulamak. Lepas tu MI ternampak foto ni. Speechless dan berjuraian air mata kerana terlampau sebak..Ya Allah bagilah syurga untuk arwah ibu  kanak-kanak ini, termasuk penjaganya serta dirinya juga.Amiin.

http://gizanherbal.files.wordpress.com/2013/03/205375_167522280068460_1451920861_n.jpg?w=490

***gambar ini diambil di sebuah rumah anak-anak yatim di Palestin. Beliau terlalu rindukan ibunya lantas melukis gambar ibunya di lantai dengan wajah tersenyum dan beliau tidur di "lengan" ibunya. Cukup menyayat hati kerana apalah yang si kecil ini tahu erti peperangan. Kejam kan Israel ni. T_T




sumber rujukan:

http://pondokhabib.wordpress.com
http://detikislam.blogspot.com

Nasihat Dalam Nasyid



Zaman belajar di uia dulu ada satu nasyid tu selalu buat saya berair mata..memang takleh feeling lagu ni..makin dilayan makin sebak rasanya. Yelah..saya di Gombak sana dan parents di Machang sana..lepas tu kalu ada je problem pasal study ke, assignment ke, dan apa saje mesti nangis sengsorang sambil feeling bait-bait nasyid ni..rasa sedih..sayu dan rasa banyak buat dosa dekat parents..paling takleh tahan saya membayangkan mereka sudah terbujur kaku..uwaaa..masa tu memang sebak dalam selimut...huh..itulah kenangan..

syukurlah my parents masih lagi di sisi dan rasa mahu mereka terus dipanjangkan usia dan sihat selalu..

Memang best lirik ni, terkesan di jiwa dan suara merdu arwah Ustaz Asri sudah cukup buat saya kagum dan sayu. Mungkin beliau sendiri ikhlas menyanyi nasyid untuk berdakwah dan menyampaikan kebaikan. Moga-moga syurgalah tempatnya. Amiin.


Okay, ini liriknya..agaknya apalah perasaan anak-anak yatim piatu bila dengar lagu ni ye... T_T



Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

April 10, 2014

Chicken Pox & Si Kecil

Pertengahan dan penghujung February lalu merupakan detik yang penuh ujian buat MI selaku ibu menjaga Zahraa yang tiba-tiba diserang chicken pox. Mula-mula satu dua bintik merah yang ada di badannya itu MI sangkakan kesan gigitan nyamuk, makin lama makin banyak. Rupa-rupanya sah chicken pox. Setelah ke hospital, kami dibekalkan 
1-sebotol kecil cecair pink yang dipanggil calamine dan,
2- ubat demam kanak-kanak; paracetamol. 

Memang standard la kalo kena penyakit ni, 2 jenis ubatan ni yang akan diberikan kepada pesakit (mengikut kata Pak Chamat, my uncle yang dulunya orang kuat hospital ).

Nak dipendekkan cerita memang peritlah menjaga si kecil yang diserang chicken pox ni. Dia tak mahu makan dan minum. Tangan kita ditepisnya.Botol susu memang dia campak jauh-jauh. Allah memang nak uji kesabaran MI masa tu. Tugasan di sekolah berlambak, kelas part time pun ada tugasan tertentu. 

Si Zahraa hanya tahu menangis, menangis dan menangis. Dua malam pertama masa bintik bintik merah tu mulai tumbuh memang kami tak boleh tidur. Lampu pun kami biarkan terbuka sepanjang malam. Buat apa serba tak kena, didukung pun nangis, pujuk macam mana pun tak dilayannya. Zahra memang lain sikit perwatakannya. Tak macam dua lagi kakaknya, mudah senyap apabila dipeluk dan ditepuk-tepuk lembut belakang. Si Zahra meronta-ronta dan menendang dengan kaki terus ke badan MI. Huhuh...mencabar sungguh

Tapi kena redha la..MI berdoa siang malam minta Allah segera sembuhkan dia, MI baca semua doa yang MI belajar tiup kat ubun-ubun dia. MI minta Allah beri biar sakit itu dipindahkan kepada MI coz tak sanggup sangat tengok dia terseksa menahan sakit. Dia masih kecil dan MI rasa dia tak patut merasai itu semua. Tapi ini kan perancangan Tuhan..MI tunggu penuh kesabaran hingga dia betul-betul sembuh. 

MI cukup terseksa masa tu coz sekolah tengah rancak meraikan sukan sementara MI merupakan setiausaha kokurikulum di sekolah..banyak tugasan MI belum settle. Derita bertambah apabila pihak taska enggan menerima si kecil yang kena chicken pox risau menjangkiti kanak-kanak lain. MI merayu, dan alhamdulillah mereka terima cuma dikuarantin di bilik asing, jagaan khusus. Tapi kesian la Zahraa sorang-sorang dalam tu entah camana keadaannya.. T_T

Benar kata my aunty, lepas 1 minggu dia akan okay, memang okay. Cuma perlukan lagi perhatian seperti sapu calamine. Demam dah berkurangan. Zahra betul-betul kembali ceria 2 minggu kemudian..tapi sepanjang dia sakit tu hanya Allah yang tahu betapa hati saya sungguh tidak tenteram...


Ni sempatla MI snap pic masa dia sakit buat kenang-kenangan di masa hadapan..


 nanges tak hengat

 nanti Arra besar tengok pic ni ye sayang





 di abdomen depan

  belakang


 Dia nanges sampai penat...tak makan pujuk..


dah tidur macam ni baru bleh sapu calamine tu satu badan, termasuk atas kepala dan bahagian alat sulit






Masa Arra sakit MO pun diam aje..dia paham

****

sakit ni ada beberapa peringkat:
1-semasa bintik-bintik merah itu nak muncul dari badan, akan rasa pedih dan gatal
2-apabila sudah timbul di badan, bintik-bintik merah itu akan membesar di mana ada cecair memenuhinya selain gatal yang berterusan
3-Namun bahaya apabila digaru kerana ia boleh boleh pecah dan akhirnya cecair yang keluar pula sangat pedih dan menyakitkan

**Calamine adalah ubat yang sangat membantu kerana sekurang-kurangnya menghilangkan gatal selain mengelakkan dari rasa yang pedih.

sebaik aje Arra sehat, Kak Sya pula diserang chicken pox....tetttt kisah bersambung semula-cuma syukur Sya dah 10 tahun, dia bukan meraung macam Zahraa..