February 29, 2012

Jack lagi..

Kisahnya masa Jack datang umah MI hari tue waktu asar, di hujung minggu plak. (Jumaat) So lepas selesai solat, MI call KBVC kat Kota Bharu (Tunjung), katanya dah tutup, tapi staff dia quite kind, dia bagi contact no satu lagi cawangan kat Machang, quite near dengan my parent's house. Tapi actually kedua-dua klinik haiwan ni, both at KB and Machang lebih kurang sama aje jaraknya dari umah MI tinggal ni, KL (Kok Lanas), around 18 km la juga. Bukan senang nak cari klinik haiwan kat Kelantan nie, tak banyak macam kat negeri lain. Dah dapat contact num staff in charge (bukan doc vet), dia kata lagi 10 minit nak tutup..hadui...memang cian sungguh kat Jack. So nak tak nak MI try treat sendiri. Memang tak pro macam PM, yang segala ubat + jarum ada kat umah. Bila dah tak sempat ke vet, MI pegi kedai cari wet food 3-4 bungkus. Ubat-ubatan memang tak ade. Kalo ader sekalipun, memang MI tak taw macam mana nak bagi ker suap ker, sapu dll. Kalo tengok keadaan mulut dier memang sudah herot. MI rasa macam rahang dier patah. Lidah dier terjulur keluar. Seolah-olah dah tak boleh masukkan semula ke tempat asal. Bila bagi wet food whiskas junior, memang dier makan habis sampai licin. So MI assume nie perkembangan yang baik coz at least Jack can eat. So InsyaAllah he will recover soon. Lepas makan, cecair yang meleleh di mulut tue memang tak berhenti menitis. Lepas tue bagi dier minum air. Sekejap aje bekas air tue kotor coz bercampur dengan cecair dari tempat mulut yang cedera tue. Dier pun macam dah tak boleh urus diri sendiri. So semua paper yang MI alas kat cage tue kotor. Separuh mulut sebelah bawah pipi kiri dier dah buruk. Jack memang dah tak boleh nak tutup mulut dier sendiri dah. Mata plak berair..Ya Allah..tolongla agar segalanya dimudahkan. MI berdoa dalam hati. Then, MI amik kain dan beberapa helai tisu, MI lapkan mulutnya yang comot kerana wet food yang dimakan tadi bercampur pula dengan cecair yang menitis tak berhenti-henti dari mulut dier. Risau jugak kot-kot dier menepis marah atau sakit. Tapi nasib baik dier kelihatan "pasrah". Banyak helai tisu jugak habis. At least kat mulut aje yang cedera teruk, bahagian badan, kaki, tangan, ekor so far nampak ok. Then masa usap-usap kepala dier MI dapat rasa macam tempurung kepala dier bengkak dan berketul. Tak reti nak explain kat sini. But masa usap tue, bahagian yang berketul tue macam ikut sekali. MI panik jugak, kot-kot tempurung kepala pecah ke ape. Then malam tue bagi sebungkus lagi wet food, pun dier makan dengan lahap macam ada mendengus pun ye coz mulut takleh tutup kan. Namun cecair yang menitis tempat cedera tue tetap tak berenti keluar. Lepas abis makan+lap mulut +air mata dier, MI cakap-cakap sket dengan dier. Suh dier tidur lena malam tue, esok pagi nak bawak pegi jumpe vet. Dier cam dengar kata aje, terus tidor berdengkur. Hehe. Cage tue kat luar umah, malam tue dalam 11pm, MI rasa tak sedap ati, pegi intai dier jap. Lampu tak terang sangat, MI nampak memang dier tidur, tapi kurang nyenyak. Rupa-rupanya si Jack nie dihurung nyamuk yang banyak sangat. Berpuluh-puluh ekor. Semua pakat gigit tempat cedera yang terdedah tue, selain hidung dan telinga Jack, memang kesian sangat. Air mata still kuar lagi. T_T. MI terus cari ubat nyamuk (lingkaran Shieldtox-iklan jap), dengan harapan semua nyamuk tue lari. Sib baik still simpan ubat nyamuk nie, padahal beli tahun bila tah, ada jugak gunanya. Letak jauh sket dari cage, coz kuat sangat bau asap dier. Alhamdulillah baru bleh tidur lena. Sambung next entry.





     

    

12 comments:

  1. Terus updated lagi, yer.. kami doakan Jack kembali sehat & ceria semula..

    ReplyDelete
  2. semoga Jack akan kembali sihat, sedih bila jadi camni....

    ReplyDelete
  3. sy sntiasa tgu cite jack...nak lihat dia sht...cian kat dia..jack kamu kn kuat tau (memet pesan)

    ReplyDelete
  4. dear Jack...kuat dan semoga cepat sembuh ye.

    Ikah: try pg vet gomen kat kubang kerian...betul2 sebelah masjid besar

    ReplyDelete
  5. Jack sayang,
    Get well soon....kesiannya dia. Nak nangis kita baca. purrr...meow!

    ReplyDelete
  6. m4rilyn,

    tq..ikah ingat nak pegi jugak sana nnt, cuma yg itu jauh sket, satu lagi, fail sket jln ke KB nie, w/pun menetap di kelate...hehe

    ReplyDelete
  7. cat-from-sidney,

    memang kesian sgt kat Jack

    ReplyDelete
  8. la ciannya Jack...kalau akk pun mesti nk bantu dia smpi sihat..kesiannya..

    ReplyDelete
  9. klinik kat machang 2 kat mane ek?

    ReplyDelete

Thank You Friends!