August 26, 2012

"Kuku Mak Panjang..Tolong Potong"

Salam sayang buat semua....rasa nak menitis aje buat entry pasal ibu MI nie..  MI dapat feel seorang ibu sesudah kawin dan lahirkan anak pertama..rasa2nya semua wanita kat dunia nie macam tue lah kot...pada MI alangkah bagus feel itu dirasai seawal usia kita meningkat remaja..so kita dapat appreciate ibu kita semaksimum mungkin..

Apa yang paling sebak bila anak2 MI mula membesar...mula bersekolah...So MI selalu bandingkan sendiri kehidupan MI sewaktu kecil sejak awal persekolahan dengan kehidupan anak2 MI sekarang.. memang sangat jauh berbeza..apa yang MI paling syukuri ialah MI memiliki ibu sehebat mak MI sendiri..

Okay, berbalik kepada title entry, teringat pula MI di sekolah rendah dolu-dolu...setiap kali hari perhimpunan iaitu hari Ahad (belah Kelate..)..hati selalu berdebar-debar coz takut dengan pengahwas2 (pengawas) sekolah yang akan check kuku students. Memang takut sangat, kadang2 menggigil sampai sejuk tangan, padahal kuku takdelah panjang sangat pown. So nak dijadikan cerita ada satu kali tu kene tegur seorang pengahwas ni yang cakap kuku MI panjang, sib baik warning aje,lepas tue balik rumah tengahari tue MI siap marah2 dan merajuk dengan mak yang tak potong kuku MI masa cuti sekolah dua hari tue (Jumaat/Sabtu). Tak silap MI masa tue Darjah Dua. (tak reti2 nak potong kuku sendiri). Mak senyap aje..sehinggalah tiba keesokan hari (Isnin) pagi, mak still lupa nak potong kuku MI. So pelagi, MI lepas mandi pagi nak bersiap tue terus nangis-nangis sambil marah mak yang tak potong lagi kuku MI,so pagi tue cepat2 mak ambil penyepit kuku dan potong kuku MI. Mak cakap "ala..panjang kat mana nya, mak tengok ok aje, xpanjang pun.." Tapi MI nangis jugak sampai puas ati..bukan ape..MI takut pengahwas yang sama cari MI pagi tue amik nama, report kat PK HEM...hemmmm mmg takut tak hengatlaaa...


Itu kisah berpuluh tahun lepas...skang kalo balik umah mak, tetiba mak cakap "Kuku Mak Panjang..Tolong Potong"..so cepat2 MI capai sepit kuku dan potongkan kuku mak. Tapi biasanya kalo check kuku mak, tak ada yang panjang pun..semuanya pendek dan kemas...agaknya saja mak nak bermanja dengan anak2 nya atau mungkin juga mak dah x boleh beza seperti sebelum ini..

Sementara mak masih menghirup udara di dunia ini, MI mahu buat apa saja untuk mak, MI nak mak bahagia. MI perlukan doa mak sepanjang hidup MI. Memang MI tak dapat bayangkan hidup MI macam mana nanti kalo mak tiada lagi..pengorbanan mak sepanjang mak hidup dulu sangat hebat..MI tak tahu MI sekuat mak atau tidak ...tapi mak tetap ratu hati MI sampai mati...


Masa MI nangis marah2 kat mak tue coz MI tak reti lagi nak pikir, cukupkah tidur mak hari-hari. Adik beradik masa tue kecik2 lagi..hampir semuanya bersekolah, tapi masa tue MI tak reti nak pikir mak sihat ke tak, dah makan ke belum, duit belanja cukup ke tak, dan macam mana mak atur jadual harian serta usaha mak tingkatkan ekonomi keluarga dengan keadaan ayah hanya seorang petani aka penoreh getah...bila kenangkan semua tue...rasa nak sujud depan mak.... MAK...maafkan MI masa kecil2 dulu yang TAK PERNAH MENGERTI.......

No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!